Sound Blaster Live! 24-bit. |
Buat masa sekarang ambe guna PCI soundcard untuk pemprosesan audio di komputer. Sound Blaster Live! 24-bit yang ambe beli 2nd hand di Plaza Imbi. Soundcard ni ambe kira ok saja. Sederhana kuasanya seperti kebanyakan soundcard lain. Ambe mula menghadapi masaalah bila ambe nok proses audio dalam komputer bila masa ambe run Jack Audio Connection Kit, latency soundcard ambe adalah lebih dari 40ms! Bagi ambe 40ms bukanlah isu yang besar sebab 40ms masih takleh dapat dibezakan oleh kebanyakan manusia normal. Tapi yang jadi masaalah bagi ambe adalah masaalah "xrun" pada Jack Audio Connection Kit. Ambe membuat kesimpulan soundcard pada komputer ambe memang tak mampu untuk memproses audio dari komputer ambe. Simple-simple process takpe, ini kalau dah berapa banyak audio effect digunakan, audio pulak stack berapa channel, kalau tak ada audio interface yang cukup kuasa memang akan berlaku "xrun". "Xrun" juga berlaku sewaktu saya menggunakan MIDI keyboard, dimana bila saya mula menekan keyboard dengan laju dan menekan banyak key serentak, jack mula mengeluarkan "xrun" dan saya boleh mengesan bunyi yang ter"padam" atau hilang melalui headphone menandakan "frame" telah terskip untuk pemprosesan audio.
30 band EQ. JAMin is a JACK Audio Connection Kit (JACK) Audio Mastering Interface. |
Ambe juga banyak buat experiment yang ambe fikir akan lebih lagi membebankan pemproses audio ni iaitu synthesis bunyi. Ambe ada beberapa synth dalam komputer ambe yang ambe download dari repository Linux seperti ZynAddSubFX, Yoshimi, amsynth, dan lain-lain. Ambe juga menggunakan programming environment untuk audio synthesis seperti PureData, Faust, Beast dan lain-lain. Jadi kepantasan audio processing memang penting bagi ambe. Dengan adanya beberapa professional audio mastering tools dalam komputer ambe seperti JAMin yang mempunyai 30-band EQ, bayangkan berapa banyak calculation perlu dilakukan untuk mendapatkan keputusan secara real-time! Hal-hal seperti ini agak mustahil untuk dilakukan secara real-time tanpa "xrun" dengan audio inteface biasa.
Alesis iO2 Express Audio Interface |
Ambe ada berkenan beberapa audio interface yang ambe ada survey di internet (melalui forum-forum berkaitan Linux dan Audio) dan ambe ada jumpa beberapa USB audio inteface yang boleh digunakan pada semua platform yang ambe guna iaitu Linux, Mac OSX dan Windows. Sebelah ini adalah USB audio inteface Alesis iO2 Express. Ambe rasa ini adalah audio interface yang paling murah ambe boleh dapat iaitu di kebanyakan tempat jual dengan harga RM400+. Bagi ambe ia cukup lengkap dimana ia ada 2 input dan 2 output. Ada 2 input untuk microphone ber"phantom power" XLR dan ada input untuk MIDI. Mengikut pembacaan ambe, ia disupport dengan baik dalam Linux. Plug-and-Play terus boleh guna sebab guna interface USB lama iaitu USB 1.1. Ada ramai orang review Alesis iO2 Express sebagai audio interface yang bagus, tapi ramai orang condemn tentang build-quality yang terasa macam guna plastik murah dan mudah rosak/pecah. Ambe 50-50 untuk dapatkan Alesis iO2 Express sebab bukan setakat qualiti buatannya saja yang ambe tak berkenan, dari segi designnya pun nampak tak cool dan dull. Ambe juga suka quality dan persembahan, jadi Alesis iO2 Express memang "phail!" pada pendapat ambe. Oleh sebab tu ambe datang lagi dengan 2 model USB audio inteface yang ambe berkenan, iaitu Scarlett 2i2 dan Scarlett 2i4 daripada Focusrite. Design yang lawa, warna yang manarik, build-quality yang kukuh, design ala unibody dengan seluruhnya casing metal, warna merah yang cool dan fully supported by Linux! Cantik kan? Ada 2 jenis, Scarlett 2i2 tak ada input untuk midi dan Scarlett 2i4 ada midi-in dan midi-out.
Tiada ulasan: