Memaparkan catatan dengan label nippon kogaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nippon kogaku. Papar semua catatan

Rabu, 10 Julai 2013

#70: Using Nikkor and other lens on Canon EF/EF-S camera!

Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS
Lens kamera DSLR moden sangat mahal? Saya juga sebagai penggemar fotografi menghadapi masaalah bajet seperti kebanyakan penggemar fotografi lain. Pada waktu awal saya mula berjinak-jinak dengan fotografi beberapa tahun lepas, saya hanya menggunakan kamera SLR filem kerana tidak mampu untuk memiliki kamera DSLR kerana harganya yang mahal. Bila kewangan saya lebih stabil, saya mula mendapatkan sebuah used DSLR model Canon 40D yang datang bersama kitlens (Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS). Ia adalah kitlens yang ok dan mempunyai focal range yang bagus untuk wide dan potrait. Ia ada fungsi IS iaitu Image Stabilizer. Ia juga agak sharp jika menggunakan aperture yang lebih kecil. Tetapi, fotografi menggunakan kitlens menghasilkan foto yang lame dan tidak ada apa-apa yang menarik. Hasilnya lebih kurang sahaja seperti foto yang shoot menggunakan kamera compact. Sebelum memiliki kamera DSLR, saya menggunakan SLR filem model Nikon F3. Saya ada memiliki beberapa lens yang digunakan bersama kamera Nikon F3 ini antaranya Nikkor 85mm f/1.8 dan Nippon Kogaku Nikkor-S 50mm f/1.4. Saya suka hasil dari lens lama Nippon Kogaku kerana walaupun ia lens yang dah berumur puluhan tahun, tapi optiknya bagus dan mempunyai aperture f/1.4. Dengan aperture f/1.4 saya boleh mendapatkan foto dengan DOF (depth of field) yang shallow menjadikan hasilnya lebih "dramatik" dan boleh seperate main subject dengan latar belakang.

Shallow depth of field. Shot using Nikkor 85mm f/1.8 shot using Nikon F90X
Alangkah bagusnya kalau Nikon, Canon dan pengeluar kamera lain berkongsi satu mount yang sama. Ini kerana, dengan adanya mount yang berbeza menyebabkan pengguna kamera lain tidak boleh menggunakan lens dari pengeluar kamera jenama lain. Nikon tak boleh guna lens Canon. Canon tak boleh guna lens dari Olympus. Leica tak boleh guna lens Nikon. Olympus tak boleh mount semua lens dari Nikon, Canon dan Leica. Semuanya mempunyai mount sendiri. Ia seperti satu kunci untuk pintu. Jika lekok-lekok dan diameter pada belakang lens tidak menyamai lekok-lekok dan diameter pada kamera, maka lens itu tak dapat dipasang pada kamera tersebut. Bukan hanya mengenai lekok-lekok dan diameter pada mount kamera dan lens, sesetengah kamera juga meletakkan chip, enjin servo dan level didalam kamera atau didalam lens untuk fungsi autofocus, pengawalan aperture dan data-data mengenai lens (informasi untuk data EXIF). Fungsi-fungsi ini memerlukan physical contact antara kamera dan lens secara eletronik atau mekanikal.

Shot using an old Nippon Kogaku 50mm f/1.4 lens mounted on my Canon 40D. Aquaria Kuala Lumpur.
Shot using an old Nippon Kogaku 50mm f/1.4 lens mounted on my Canon 40D. National Zoo.
Shot using an old Nippon Kogaku 50mm f/1.4 lens mounted on my Canon 40D. Danga Bay, Johor Bahru.
Saya bernasib baik kerana saya tak bersendirian kerana masaalah ini sebenarnya dikongsi ramai orang di seluruh dunia. Oleh sebab ini ramai orang mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ini. Ada cara yang susah dan senang. Ada orang menggantikan besi pada mount lens dengan mount yang boleh dipadankan dengan kamera. Ada juga yang menggunakan adapter yang dipasang pada lens yang menukar mount asal kepada mount yang dikehendaki. Saya pilih untuk menggunakan adapter kerana ia mudah dan murah serta tidak melibatkan modification pada lens.

Nikon lens to Canon lens adapter.
Sebuah kamera Canon dengan lens Zuiko OM Mount.
Sebelah ini adalah rupa adapter untuk membolehkan lens Nikon dipasang pada kamera Canon EF dan EF-S. Ia dipasang pada belakang lens Nikon dimana adapter ini mempunyai mount sama seperti pada kamera SLR Nikon (Nikon-F Mount) dan sebelah lagi sama seperti mount lens Canon EF. Adapter disebelah ini adalah lebih istimewa kerana ia mempunyai "chip" yang menyimpan data-data mengenai lens. Dengan adanya chip ini, ia membenarkan kamera Canon untuk membuat pengiraan exposure supaya fungsi-fungsi Aperture Priority dan mode-mode lain boleh digunakan. Tanpa chip ini, anda mungkin hanya boleh menggunakan Manual exposure. Untung bagi pengguna kamera Canon EF dan EF-S kerana terdapat banyak adapter seperti ini untuk kamera Canon EF dan EF-S tetapi hanya terdapat sebilangan kecil sahaja adapter seperti ini untuk kamera Nikon kerana Nikon-F Mount mempunyai flange focal distance yang lebih panjang. Untuk pengguna kamera mirrorless anda lebih bernasib baik kerana kamera anda mempunyai flange focal distance yang lebih pendek berbanding DSLR bermakna kamera anda akan mempunyai lebih banyak adapter untuk berbagai lens yang direka untuk kamera dengan flange focal distance yang lebih panjang. Untuk lebih lanjut mengenai flange focal distance, bolehlah baca mengenai flange focal distance di wikipedia. Dengan adanya adapter seperti ini, makan lens-lens lama antaranya dari Nikon, Zuiko, Pentax dan lain-lain boleh digunakan semula. Terdapat banyak lens-lens hebat dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar kamera utama ini, sayangnya akibat ditelan zaman, ia dilupakan. Amat sayang jika lens profesional yang bagus-bagus seperti lens yang beraperture besar seperti lens 50mm f/1.4, 50mm f/1.2, 85mm f/1.8 dan lain-lain dibiarkan sebagai perhiasan sahaja kerana tak dapat digunakan dengan kamera moden. Dapatkanlah adapter seperti ini untuk kamera anda dan tunjukkanlah appreciation anda kepada lens-lens yang bagus yang semakin ditelan zaman.

Terdapat banyak adapter dijual di online store dengan harga yang berpatutan.

Khamis, 11 April 2013

#30: Retouch semula foto lama.

Saya kekurangan masa terluang sejak kelahiran Omar Shahnaz. Ada saja benda perlu dibuat. Masa untuk fotografi hampir langsung tiada. Seingat saya last photography outing adalah sebelum bulan Julai tahun 2012. Lama loh... Ada beberapa roll filem yang belum sempat saya hantar ke lab untuk develop. Disebabkan ketiadaan peluang untuk keluar outing, saya spend sedikit masa untuk edit foto-foto lama dari folder archive untuk cuba mengasah kembali skill dalam pengeditan foto. Sekurang-kurangnya dapat la tajamkan minda sebab kerja hakiki saya memang jenis kerja yang "mind-numbing" LOL! 

Tambah lagi kontras dan saturasi.
Sebelum ini, saya menyukai foto-foto yang kurang saturasi ala-ala filem yang telah expired atau filem murah yang nipis atau foto polaroid yang sudah reput. Ia memberi rasa yang "lomoish" yang diminati ramai. Untuk foto diatas, saya mencuba sesuatu yang baru bagi saya dan agak berani. Tambah kontrast dan saturasi. Area gelap yang lebih gelap dan menggunakan warna-warna yang lebih "kuat". Saya fikir saya suka stail ini dan akan cuba terus ikut stail ini untuk editing seterusnya.

Rabu, 16 November 2011

#5: The "Kilatan".

Entri ini sekadar nak berkongsi beberapa gambar yang saya sukai dari koleksi saya yang berkaitan dengan tempat lahir saya, Negeri Kelantan Darul Naim :)

Canon 40D + Canon EF-S 10-22mm f3.5-4.5
View dari tingkap kereta api KTM Ekspress Wau (KL Sentral - Wakaf Bharu) sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung bersama wa mini. Gambar padang rumput ini saya kurang pasti dimana, tapi mungkin ia di area Tanah Merah ke Pasir Mas. 
Sebuah rumah di tengah padang, angin segar bertiup sepoi-sepoi, cukup-cukup tenaga untuk condongkan urat lalang, terkena di muka terasa bugar, jauh terasing dari hiruk pikuk bandar. Saya sayang ini. Janganlah diubahkan. Dibawa itu desini.
Nikon F3 + Nippon Kogaku Nikkor-S 50mm f1.4
Berehat sekejap menunggu masuknya waktu solat Asar di Masjid Muhammadi di tengah-tengah Kota Bharu, saya berlegar-legar di sekeliling bangunan mencari bahan menarik untuk dirakam. Snap! 
Allah hu akbar! Allah hu akbar!
"Bang, bangun bang, dah azan dah.."