Memaparkan catatan dengan label stock. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stock. Papar semua catatan

Ahad, 20 Ogos 2017

154: My Thoughts on Trading.

Dalam dunia trading, trader akan membuat pembelian dan penjualan bagi mendapatkan keuntungan, Biasanya bukan untuk digunakan untuk sendiri. Contohnya beli Crude Oil 30 tong, bukan bermaksud trader ingin menggunakannya untuk kereta sendiri. Tapi menyimpannya hingga mendapat perbezaan harga yang menguntungkan dimasa akan datang. Sama seperti membeli emas 1 kg emas hari ini dengan harga RM150 segram dan beberapa hari kemudian harga emas naik ke RM155 segram, trader akan mendapat untung RM5 untuk setiap gram emas. Sekali tengok, kerja-kerja trading ni ianya macam meramal masa hadapan.

Jam 9 pagi harga 1240. Jam 2 petang melonjak ke 1250.
Kita tahu harga 1 ounce emas pada 31 Mac 2017 jam 5 petang NY Time adalah 1248.29 USD, tapi berapakah harga emas sejam kemudian atau keesokan hari atau minggu depan, atau bulan depan?

Ambe selalu bagi contoh pada rakan-rakan ambe yang ingin tahu tentang trading dengan contoh, jika malam ini kerajaan umumkan harga petrol akan naik sebanyak 20 sen pada esok hari, apa yang kamu nak buat hari ini untuk mendapat wang mudah? Kalau besok harga petrol bakal naik 20 sen, ambe akan beli petrol dalam kuantiti yang banyak pada malam ini dan akan menjualnya besok kerana ambe akan mendapat untung 20 sen untuk setiap liter petrol. Kes ini sama juga dengan perbezaan harga emas sewaktu membeli dan menjual. Akan tetapi, cara membeli petrol ni sudah tentulah menyalahi undang-undang negara kita, Ambe bagi contoh untuk mudah faham sahaja. Jangan sesekali cuba buat ini hehehe.

Ambe selalu menonton webinar di internet berkenaan trading bagi menambah pengetahuan kerana ambe tak pernah mengikuti kelas secara formal. Secara kasar, trading tak lah susah sangat kerana ia banyak berlaku di kehidupan yang nyata. Kamu beli sesuatu dengan harga murah dan jualnya semula dengan harga mahal, maka perbezaan harga beli dan harga yang kamu jual tu adalah untung yang kamu dapat.

Daripada penjual sayur di pasar malam, broker jual beli rumah hinggalah urusan penjual kapal terbang, harga jualan mestilah lebih tinggi dari kos beli, barulah kamu boleh mendapat untung. Kalau kos beli dan harga jualan sama, maka urusniaga kamu tak menguntungkan. Kalau kos beli lebih tinggi dari harga jualan, maka urusniaga kamu merugikan.

Malahan kamu akan nampak bodoh jika kamu pegi kejar hockey puck yang dah melantun ke tempat lain.

Sabtu, 27 Jun 2015

#121: Trading Memories (90s)

Beriteks dari TV3. Beroperasi dari 1985 hingga 2008.
Bursa Saham Malaysia
Teleteks luar. UK Indices.
Ambe ingat lagi dulu lewat tahun 90an, ayoh ambe beli tv baru yang ada button warna-warni pada remote. Guna untuk tengok teletext, atau Beriteks (servis teletext TV3) bagi memantau pergerakan harga saham. Zaman tu ambe dok paham sikik habuk apa gunanya. Bila fikir balik, untungnya sekarang dah boleh tengok chart monthly sampailah ke tick chart pun boleh di akses dgn mudah.

Ambe dok pasti bila ayoh ambe mula melibatkan diri dalam trading. Yang ambe tahu, sewaktu ambe di darjah 1, tahun 1992, ayoh ambe dah berada dalam dunia trading. Ayoh ambe kerjanya posmen. Ambe masih ingat waktu di darjah 1, cikgu ambe tanya setiap murid tentang kerjaya ayah, ayoh ambe suruh bagi tahu "pelabur". Waktu di darjah 1, ambe dok paham apapun tentang pelaburan saham nih. Ayoh ambe selalu tengok paper di muka surat yang penuh dengan nombor-nombor (ruangan ekonomi). Ambe terlalu bodoh untuk paham apa-apa pada waktu tu. Ayoh pernah bawa ambe ke pejabat broker, tempat yang penuh dengan paparan skrin, dan nombor-nombor. Dok paham.

So tulah memori ambe dengan ayoh ambe tentang trading. Boleh kata langsung ambe dok paham. Bila ambe dah dewasa ni, ada belajar sedikit sebanyak tentang trading currency exchange, futures dan stocks, barulah ambe faham sedikit sebanyak apa yang ayoh ambe buat dulu. Seingat ambe, ayoh ambe tadok melihat terus chart. Tadok chart pattern, tadok candlestick, seingat ambe, apa yang ada hanyalah nombor-nombor dan mungkin carta kecil yang dicetak dalam surat khabar. Ambe terfikir juga bagaimana strategy ayoh ambe trading. Yang pasti, sudah tentulah "Buy low, Sell high".

Ambe ada bertanya pada mok ambe tentang ayoh ambe trading dulu, katanya ayoh ambe banyak membeli saham syarikat-syarikat yang baru ditubuhkan. So ambe fikir itu tentulah saham IPO (Initial Public Offering). IPO, kadang-kadang sangat menguntungkan. Ambe ada terbaca dalam sebuah buku trading stock tempatan, ada sebuah bank yang ditubuhkan pada tahun 70-an dahulu, jika anda ada share saham bernilai RM1,000.00 pada waktu itu, pada tahun 2015 ini, nilai saham itu dah bernilai lebih dari RM1,000,000.00.  "Buy low, Sell high", bila lagi kalau nak dapatkan harga paling murah kalau bukan IPO? Ambe dok pasti macam mana order diletakkan oleh trader pada zaman itu. Ambe ingat lagi meja ayoh ambe penuh dengan keratan akhbar dan sampul-sampul surat beserta borang-borang. Bila ambe tanya, ayoh ambe jawab untuk dihantar ke "pejabat saham". Seperti yang ambe bagitahu, pada waktu umur ambe tu, ambe dok paham sikit pun apa yang ayoh ambe usahakan pada waktu tu. Tapi bila difikirkan logik, untuk bukak order, kena hantar melalui surat, kurang-kurang 3 hari baru sampai. Bayangkan, buka order untuk bacaan harga saham 3 hari lepas.

Ambe fikir pada waktu itu, harga-harga saham adalah daily (timeframe 24 jam), oleh sebab itu setakat tertinggal 3 hari pergerakan harga, masih tak ada kesan sangat. Lagipun, bila anda compare sendiri chart saham dan chart forex, anda akan dapati ia sangat berbeza. Dari segi "density". Chart saham tersangat banyak "gap". Ini kerana ia beroperasi di waktu pejabat sahaja. Bermula waktu pagi, berhenti beberapa jam untuk waktu rehat, beroperasi semula, dan tutup waktu petang. Disebabkan nature pergerakan harga saham adalah begitu, adalah lebih praktikal untuk melihatnya pada chart di timeframe yang besar, sekurang-kurangnya daily.

Old television set with teletext support
Disebabkan cara untuk ayoh ambe tahu pergerakan harga saham adalah melalui surat khabar dan kalau ada lebih masa, pergi menonton skrin di pejabat broker, jadi adalah lebih menjimatkan masa dan wang ringgit jika ayoh ambe dapatkan satu set televisyen dengan teletext support. Ia boleh memaparkan pergerakan harga saham secara "atas talian". Mungkin ia tidak diupdate begitu kerap, tapi ia lebih cepat dari membeli surat khabar setiap hari untuk melihat satu pergerakan harga untuk 1 hari.

Bila difikirkan balik, begitu banyak kekurangan yang dihadapi oleh trader pada zaman 90an dahulu. Begitu banyak kemudahan yang boleh diakses oleh orang ramai sekarang untuk membuat keputusan sewaktu berdagang. Dengan trading platform online, order yang dahulunya mengambil masa berhari-hari untuk dibuka, boleh dibuka dalam hanya beberapa saat sahaja. Bermacam jenis chart, bersama-sama beratus-ratus indikator untuk membantu technical analysis untuk membantu dalam membuat keputusan untuk membeli atau menjual semuanya tersedia.
Modern chart technical analysis platform even runs on web browser!
Walaupun dengan segala kekurangan teknologi awal 90-an, ambe fikir ayoh ambe boleh hadapinya dengan baik. Ambe tok pasti apa strategi yang ayoh ambe buat, walaupun ada kerugian, malah masih ada lagi akaun saham ayoh ambe yang tradenya masih belum ditutup kerana sedang loss, tapi dengan kerja yang gaji tidak seberapa, ayoh ambe dapat jugalah beli beberapa aset hartanah, yang buat ambe rasa agak bangga sekarang, atas sesuatu yang ambe langsung tak faham pada waktu ayoh ambe masih ada dahulu..