Memaparkan catatan dengan label qjackctl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label qjackctl. Papar semua catatan

Khamis, 2 Januari 2014

#85: Stereo Mix : Windows desktop sound loop back

Patchage on Linux
Dalam Linux ambe selalu menggunakan Qjackctl/Patchage untuk redirect audio output dari satu application/device ke input application/device yang lain. Menyalurkan audio dari output ke input didalam sistem operasi Linux amatlah mudah. Tapi di Windows dan Mac, ambe belum jumpa lagi cara yang mudah dan boleh dilihat secara visual seperti menggunakan Qjackctl/Patchage.

Kebolehan untuk merakam sound dari desktop amatlah penting tanpa adanya kebolehan untuk menyalurkan output audio ke input program lain seperti pada Linux. Dulu ambe pernah berfikir untuk membuat satu wayar dengan 2 hujung jack male bagi membolehkan ambe merakam sound yang keluar dari speaker untuk masuk semula ke jack mikrofon atau line-in dengan menyalurkan output dari jack speaker/headphone ke mikrofon/line-in melalui sambungan wayar fizikal speaker/headphone ke mic/line-in. Ia boleh berhasil tapi hasilnya mungkin akan mengalami sedikit masaalah dari segi kualiti dan kehilangan data. Masaalah ini berlaku kerana proses yang dilakukan oleh soundcard iaitu menukarkan signal digital kepada analog dan menukar semula signal analog kepada signal digital. Sewaktu proses conversion ini kehilangan data boleh berlaku yang akan merendahkan kualiti rakaman.

Enable Stereo Mix by right-clicking and select Enable
No worries, Windows tahu masaalah ini dan sebenarnya fungsi ini memang dah ada tanpa perlu install apa-apa aplikasi sampingan. Caranya adalah dengan menggunakan soft-audio-device yang bernama Stereo Mix. Seperti namanya, Stereo Mix adalah stereo. Sekarang anda boleh rakam sound di desktop anda tanpa perlu buat sambungan fizikal atau lebih teruk, letak mikrofon depan speaker Hahahaha!

Untuk aktifkan soft-audio-device ni, pergi ke Control Panel dan pilih Sound. Pada tab Recording, right-click ruang senarai recording device seperti dibawah dan pastikan Show Disabled Devices dan Show Disconnected Devices telah ditandakan. Sepatutnya ketika ini anda sudah boleh lihat device Stereo Mix didalam ruang senarai recording device. Select dan right-click Stereo Mix dan pilih Enable. Sekarang soft-audio-device Stereo Mix anda sudah diaktifkan dan sedia untuk digunakan. Sekarang cuba pasang apa-apa audio player/media player dan pasang lagu kegemaran anda dan anda akan lihat audio peak meter di sebelah Stereo Mix memberikan respon pada bunyi dari media/audio player anda. Perlu diingat, Stereo Mix menyalurkan audio dari desktop dan bukan dari aplikasi tertentu seperti di Linux. Dengan menggunakan Patchage/Qjackctl, anda boleh menyalurkan audio output dari Audacity ke aplikasi Jamin dan output dari Jamin masuk ke input Ardour tanpa dicemari bunyi-bunyian dari aplikasi lain.

Nak guna Stereo Mix mudah saja. Pasang audio recorder kegemaran anda, dan pilih Stereo Mix sebagai recording device (seperti nak pilih mikrofon). Klik record dan anda dah merekod sound dari desktop anda sendiri.

Untuk merakam sound dari desktop, gunakan device Stereo Mix. Notice the track? Yes, it's in stereo!

Jumaat, 1 November 2013

#83: Sexy Beast

Focusrite Scarlett series 18i6
OMG! Ambe dok sangka yang sebelum ni ambe duduk aim nok beli Focusrite Scarlett 2i4, tapi hari ni, Focusrite Scarlett 18i6 pulak yang ambe dapat. Sebelum ni sewaktu ambe survey mengenai Scarlett 2i4, ambe ada terbaca di satu forum mencadangkan alang-alang nak ambil audio interface yang baik, baik sambar Scarlett 8i6 terus sebab harganya tak jauh beza dengan Scarlett 2i4.

JACK shows 18 input and 6 output
Long story short, ambe telah beli sexy beast ni dari seorang rakan FB dari Setapak. Second hand, datang dengan kotak dan 2 disc driver, installer Ableton Live dan koleksi sample audio loops. Ambe ingat 18i6 ni kecik macam 2i4 tapi meleset. Benda ni besar dan very well build! External power source pun kena ada (tak macam 2i4 yang fully powered dgn USB).

18i6 ada 18 input dan 6 output. Tapi yang ada pada unit ni hanya ada 10 input. 8 lagi boleh connect dengan Optical input dari belakang unit ni. So far, ambe guna menatang ni dengan Linux Mint tade masaalah.

Ambe dapat latency 2.67 millisecond dengan memilih sample rate 192000 dan 256 frames. Dengan latency 2.67 millisecond, ambe masih mendapat XRUN, tapi tak kerap (1 XRUN dengan selang 8-10 saat) jadi ambe rasa ia acceptable. Untuk lebih selamat, bolehlah gunakan setting yang lebih sederhana dan akan berakhir dengan latency yang masih acceptable seperti 13 millisecond dengan langsung tak ada XRUN.

Settings on qjackctl. Latency 2.67 millisecond.

Isnin, 8 April 2013

#22: PD - Data in its purest form!

Ambe mudah bosan bila duduk takde kerja. Jadi ambe install PureData extended di komputer klinik ambe. Ada beberapa patch yang ambe buat kebanyakannya tak best pon. Cuba-cuba controller utk mengawal "atom-atom" numerik dan selesaikan beberapa exercise puredata seperti menolong penduduk amerika yang bermasaalah tentang skala metrik Wakakaka!

Helping poor americans to understand Celcius Wakakaka!

Mouse wheel controller. Bukan XY mouse position ok! :)

Obfuscated PD Patch Wakakaka!

Recording output. Tidaklah sesusah ini kalau windows ada qjackctl.