Memaparkan catatan dengan label tradingview. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tradingview. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Jun 2015

#121: Trading Memories (90s)

Beriteks dari TV3. Beroperasi dari 1985 hingga 2008.
Bursa Saham Malaysia
Teleteks luar. UK Indices.
Ambe ingat lagi dulu lewat tahun 90an, ayoh ambe beli tv baru yang ada button warna-warni pada remote. Guna untuk tengok teletext, atau Beriteks (servis teletext TV3) bagi memantau pergerakan harga saham. Zaman tu ambe dok paham sikik habuk apa gunanya. Bila fikir balik, untungnya sekarang dah boleh tengok chart monthly sampailah ke tick chart pun boleh di akses dgn mudah.

Ambe dok pasti bila ayoh ambe mula melibatkan diri dalam trading. Yang ambe tahu, sewaktu ambe di darjah 1, tahun 1992, ayoh ambe dah berada dalam dunia trading. Ayoh ambe kerjanya posmen. Ambe masih ingat waktu di darjah 1, cikgu ambe tanya setiap murid tentang kerjaya ayah, ayoh ambe suruh bagi tahu "pelabur". Waktu di darjah 1, ambe dok paham apapun tentang pelaburan saham nih. Ayoh ambe selalu tengok paper di muka surat yang penuh dengan nombor-nombor (ruangan ekonomi). Ambe terlalu bodoh untuk paham apa-apa pada waktu tu. Ayoh pernah bawa ambe ke pejabat broker, tempat yang penuh dengan paparan skrin, dan nombor-nombor. Dok paham.

So tulah memori ambe dengan ayoh ambe tentang trading. Boleh kata langsung ambe dok paham. Bila ambe dah dewasa ni, ada belajar sedikit sebanyak tentang trading currency exchange, futures dan stocks, barulah ambe faham sedikit sebanyak apa yang ayoh ambe buat dulu. Seingat ambe, ayoh ambe tadok melihat terus chart. Tadok chart pattern, tadok candlestick, seingat ambe, apa yang ada hanyalah nombor-nombor dan mungkin carta kecil yang dicetak dalam surat khabar. Ambe terfikir juga bagaimana strategy ayoh ambe trading. Yang pasti, sudah tentulah "Buy low, Sell high".

Ambe ada bertanya pada mok ambe tentang ayoh ambe trading dulu, katanya ayoh ambe banyak membeli saham syarikat-syarikat yang baru ditubuhkan. So ambe fikir itu tentulah saham IPO (Initial Public Offering). IPO, kadang-kadang sangat menguntungkan. Ambe ada terbaca dalam sebuah buku trading stock tempatan, ada sebuah bank yang ditubuhkan pada tahun 70-an dahulu, jika anda ada share saham bernilai RM1,000.00 pada waktu itu, pada tahun 2015 ini, nilai saham itu dah bernilai lebih dari RM1,000,000.00.  "Buy low, Sell high", bila lagi kalau nak dapatkan harga paling murah kalau bukan IPO? Ambe dok pasti macam mana order diletakkan oleh trader pada zaman itu. Ambe ingat lagi meja ayoh ambe penuh dengan keratan akhbar dan sampul-sampul surat beserta borang-borang. Bila ambe tanya, ayoh ambe jawab untuk dihantar ke "pejabat saham". Seperti yang ambe bagitahu, pada waktu umur ambe tu, ambe dok paham sikit pun apa yang ayoh ambe usahakan pada waktu tu. Tapi bila difikirkan logik, untuk bukak order, kena hantar melalui surat, kurang-kurang 3 hari baru sampai. Bayangkan, buka order untuk bacaan harga saham 3 hari lepas.

Ambe fikir pada waktu itu, harga-harga saham adalah daily (timeframe 24 jam), oleh sebab itu setakat tertinggal 3 hari pergerakan harga, masih tak ada kesan sangat. Lagipun, bila anda compare sendiri chart saham dan chart forex, anda akan dapati ia sangat berbeza. Dari segi "density". Chart saham tersangat banyak "gap". Ini kerana ia beroperasi di waktu pejabat sahaja. Bermula waktu pagi, berhenti beberapa jam untuk waktu rehat, beroperasi semula, dan tutup waktu petang. Disebabkan nature pergerakan harga saham adalah begitu, adalah lebih praktikal untuk melihatnya pada chart di timeframe yang besar, sekurang-kurangnya daily.

Old television set with teletext support
Disebabkan cara untuk ayoh ambe tahu pergerakan harga saham adalah melalui surat khabar dan kalau ada lebih masa, pergi menonton skrin di pejabat broker, jadi adalah lebih menjimatkan masa dan wang ringgit jika ayoh ambe dapatkan satu set televisyen dengan teletext support. Ia boleh memaparkan pergerakan harga saham secara "atas talian". Mungkin ia tidak diupdate begitu kerap, tapi ia lebih cepat dari membeli surat khabar setiap hari untuk melihat satu pergerakan harga untuk 1 hari.

Bila difikirkan balik, begitu banyak kekurangan yang dihadapi oleh trader pada zaman 90an dahulu. Begitu banyak kemudahan yang boleh diakses oleh orang ramai sekarang untuk membuat keputusan sewaktu berdagang. Dengan trading platform online, order yang dahulunya mengambil masa berhari-hari untuk dibuka, boleh dibuka dalam hanya beberapa saat sahaja. Bermacam jenis chart, bersama-sama beratus-ratus indikator untuk membantu technical analysis untuk membantu dalam membuat keputusan untuk membeli atau menjual semuanya tersedia.
Modern chart technical analysis platform even runs on web browser!
Walaupun dengan segala kekurangan teknologi awal 90-an, ambe fikir ayoh ambe boleh hadapinya dengan baik. Ambe tok pasti apa strategi yang ayoh ambe buat, walaupun ada kerugian, malah masih ada lagi akaun saham ayoh ambe yang tradenya masih belum ditutup kerana sedang loss, tapi dengan kerja yang gaji tidak seberapa, ayoh ambe dapat jugalah beli beberapa aset hartanah, yang buat ambe rasa agak bangga sekarang, atas sesuatu yang ambe langsung tak faham pada waktu ayoh ambe masih ada dahulu..

Jumaat, 1 Mei 2015

#120: Trading point 5 in Wolfe Wave (Final Part)

Jika anda pernah guna indicator ZUP, anda akan dapati indicator ini akan sentiasa mencari pattern baru didalam chart. Jika anda menjumpai pattern dengan signal Bullish di TF H1, tidak mustahil anda akan jumpa pattern Bearish di TF M15. Signal Bullish dan Bearish dalam trading adalah amat berlawanan. Ambe dapati hal ini sangat mengganggu urusan untuk mencapai target profit. Indicator Wolfe Wave ZUP v61 WW juga tidak terkecuali.

Jadi ambe dapati adalah lebih praktikal jika ambe menyalin semula pattern yang telah dijumpai kerana indicator ZUP akan terus mencari pattern terbaru. Jika ambe sudah jumpa pattern yang bagus, ambe akan menyalin ia dan mengabaikan pattern yang dijumpai lepas itu selagi tidak mencapai target profit.
Contoh Wolfe Wave yang dikesan oleh ZUP v61 WW. Lihat point 5 melepasi garisan 1-3.
So, setelah ambe menjumpai pattern Wolfe Wave, ambe akan menyalinnya ke chart supaya ia meninggalkan tanda yang tak akan berubah walaupun indicator telah menjumpai pattern baru. Ambe biasanya akan menyalin pattern yang dijumpai di chart TradingView. Ini contoh yang telah ambe salin:
Fig 3. Wolfe Wave yang ambe salin di chart TradingView
Untuk trading Wolfe Wave, decision perlu dibuat di Point 5. Ambe memberi contoh Wolfe Wave yang sudah berjaya. Lihat Fig 3, ambe ada tandakan bulatan untuk decision area, dimana keputusan untuk trade dibuat di area tersebut. Sebelum ini ambe ada cuba terus membuat order terus betul-betul di puncak Point 5. Tapi ambe dapati ia bukan semudah itu. Price boleh pergi lebih tinggi melepasi Point 5 dan ia boleh menjadi Point 5 yang baharu menyebabkan order anda boleh terkena SL.
Jadi, order ambe adalah pada kemasukan semula price dari Point 5 ke garisan 1-3, dan bukan bermula dari Point 5
Sekarang, tumpuan utama ambe adalah di ruang Decision Area yang ambe telah tandakan. Ambe menggunakan konsep "last kiss" untuk menentukan price mempunyai konsistensi yang tinggi untuk terus bergerak ke arah yang dianjurkan oleh Wolfe Wave, dan dalam kes ini, bergerak ke bawah. Oleh itu, ambe akan tandakan Decision Area dengan sebuah kotak seperti ini supaya ambe senang mencarinya kemudian.
Tandakan dengan sebuah kotak untuk memudahkan mencari Decision Area dari mana-mana TF
Selepas tandakan ruang Decision Area, kita akan bergerak ke TF yang lebih rendah untuk mengetahui apa yang berlaku di ruang Decision Area. Dalam kes ini, Wolfe Wave ditandakan di TF M5. Jadi ambe akan turun ke TF M1 untuk melihat apa yang berlaku di dalam kotak tersebut.
Ini kotak Decision Box di TF M1. Disini kita tumpu untuk melihat bagaimana price react pada 1-3 trendline.
Setelah masuk ke TF yang lebih rendah, dalam kes ambe ini, M1, cari semula lokasi kotak dan tumpuan kita sekarang adalah untuk melihat bagaimana price react pada garisan 1-3.
We have a last kiss here!
Sekarang, kita cuba cari apakah tanda-tanda untuk conformation bahawa price akan terus bergerak ke bawah. Ambe membuat conformation dengan mencari candle "Last Kiss". Atau sesetengah orang memanggil "Last Touch". Lihat bagaimana ada 3 candle terlebih dahulu melepasi garisan 1-3, tapi naik keatas semula. Itu bukanlah entry point bagi ambe. Lihat bagaimana seterusnya satu candle Bearish menembusi garisan 1-3 dengan lebih kuat, kemudian ada satu lagi candle Bullish yang telah diopen dibawah garisan 1-3 menyentuh semula garisan 1-3 tapi rejected. Ini adalah setup bagi "Last Kiss", satu conformation bahawa price akan terus menjunam melepasi garisan 1-3 mengikut anjuran Wolfe Wave hopefully, menyentuh Target Profit pada garisan 1-4
Lihat bagaimana price bergerak dari garis 1-3 dan melepasi garisan 1-4
Ini adalah setup Wolfe Wave yang telah selesai. Price bergerak dari Point 5, menjunam melepasi garisan 1-3 dan terus menjunam hingga menyentuh garisan 1-4 iaitu target profit kita. Wolfe Wave menandakan Supply dan Demand imbalance yang tinggi. Lihat bagaimana price terus bergerak menjunam melepasi garisan 1-4 kerana Supply Demand Imbalance yang sangat tidak stabil (kebetulan juga terdapat High Volatility News disaat price menyentuh garisan 1-4). Jika anda suka menggunakan Trailing Stops, dengan setting Trailing Stops yang sesuai, anda mungkin boleh terus mendapat profit beberapa ribu pip.

Setakat ini sahaja artikel ambe mengenai Wolfe Wave dan cara untuk trade di Point 5. Ambe berharap artikel ini bermanfaat. Nasihat ambe lagi, sila gunakan Stoploss dengan sesuai untuk setiap trade kerana walaupun Wolfe Wave mempunyai probability yang tinggi untuk menang, tapi potensi untuk loss masih ada. Jadi sila letakkan SL level dengan bijak.

Selamat bertrading! Sekian.

Sabtu, 13 Disember 2014

#114: Selepas Sebulan di TradingView.com

Currently I only share Forex market trading ideas
Ambe telah mendaftar di TradingView sebulan lepas. Ambe rasa TradingView adalah platform yang bagus untuk berkongsi dan berbincang mengenai idea analisis keatas trading chart. TradingView menyediakan banyak chart, tapi tidaklah ada chart stocks tempatan (Malaysia) kerana TradingView hanya menyediakan chart untuk stocks antarabangsa. Untuk chart Foreign Exchange walaubagaimanapun boleh didapati dengan mudah di TradingView. Dalam tempoh sebulan di TradingView ambe telah gain sebanyak 99 reputation dan 8 dari 21 chart ambe telah di hand-picked oleh TradingView staffs untuk menjadi Suggested Chart. Di bawah ini adalah beberapa trading ideas yang ambe kongsikan di TradingView:
EURCAD. Kombinasi CCI dan Supply/Demand levels
Trend lines works great. Notice I also use moving average to detect main trend
Strong downtrend and we are at the highest price peak
Here we have multiple supply and demand levels.
Always buy at low price and sell at higher price. Low demand meaning low price.

Selasa, 18 November 2014

#110: Trading Ideas!

Lihat di sebelah kiri blog ambe ni, ruang "Navigator", ambe telah add satu link baru iaitu "Trading Ideas". Link ni bila diklik akan redirect ke profile ambe di TradingView. Disini ambe akan kongsikan idea-idea ambe untuk trading di ruang "Published Ideas". Setakat ini ambe hanya melakukan analisis untuk currency exchange kerana TradingView tidak mempunyai data untuk stocks/futures di Malaysia. Sebarang pendapat berkenaan trading ambe amat hargai dan boleh dikongsikan di TradingView :)
Profile ambe di TradingView.