Memaparkan catatan dengan label omar shahnaz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label omar shahnaz. Papar semua catatan

Selasa, 26 Ogos 2014

#106: Omar's Audiology Test

Omar dipasang dengan sensor di tengah dahi dan mastoid process.
Ambe bawa anak ambe Omar ke Hospital Rehabilitasi Cheras tadi untuk temujanji di Unit Audioloy pagi tadi. Ujian ni dibuat dalam keadaan tidur. Disebabkan ambe tak mahu sedatekan Omar, malam sebelumnya ambe buat dia tidur lewat, kemudian kejut dia seawal 5 pagi supaya dia mengantuk sewaktu ujian yang dibuat pada jam 9 pagi.

Nampaknya telinga kanan dia anatomically lebih sempit dan ada sikit keabnormalan pada bacaan EEG. Mungkin bunyi yg Omar dgr dari telinga kanan tak sama dgn apa yg kita dgr. Terima kasih pada Audiologist Pn Jamilah kerana meluangkan masa utk buat ujian ni.

Explanation Audiologist ttg condition Omar tadi ambe cuba faham dgn istilah dalam produksi muzik. Kiranya apa yg Omar dengar bukanlah "dry" signal, tapi "wet" signal atau gabungan "wet" dan "dry" signal dgn percentage tertentu yang tidaklah teruk pun. Apapun ambe harap ia tak akan mengganggu kemampuan dia utk meniru percakapan org dewasa.

Audiologist tadi juga menakutkan ambe ttg bad habits ambe yg suka mendengar muzik kuat akan gradually merosakkan pendengaran ambe permanently! Ia akan destruct sel-sel didalam cochlea membuatkan ambe mulanya tidak akn dpt dgr bunyi berfrekuensi tinggi, kemudian pertengahan dan freq rendah. Akhirnya permanently hilang pendengaran. Terus insaf.

Selasa, 7 Januari 2014

#86: Monsieur Omar

Ini Omar. Dia baru elok dari demam dekat seminggu.

Isnin, 23 September 2013

#74: Selamat hari lahir Omar Shahnaz!

Setahun doh umur anok ambe.

Setahun lepas ambe ikut Cawin Imah masuk dalam wad bersalin HKL. Bini ambe puasa dari malam sebab takut tiba-tiba kena masuk operation. Contraction bermula sejak petang sebelum tu lagi. Dah dekat 12 jam contraction, tambah dengan lali gas nitrous oxide, pain killer, cakap merapu, perut kosong takde tenaga, ambe curi-curi bagi chocolate bar pada bini ambe sebab letih sangat nok meneran. Tangan ambe lebam kena ramas ko bini ambe sebab dok tahan sakit contraction. Tepat pukul 9:05 pagi, Omar Shahnaz lahir. Memang betul orang cakap, sakit waktu nok teran jah, bila dah keluar, dok rasa sakit doh. Rasa lega. Ambe pun azan dan qamat di telinga Omar.

Ambe tengok muka dia yang tadi biru, sekarang dah merah. Terdetik dalam hati ambe, "Hensem jugak ye anok aku walaupun aku dok hensem"

Wakakakaka!

Selamat hari lahir Omar Shahnaz!

Omar Shahnaz beberapa jam lepas lahir.

Isnin, 3 Jun 2013

#62: "Insomnia" Among Babies

Note: Tajuk berat, saja je nak bagi gempak. Artikel ni takde kaitan dengan insomnia. Kalau anak anda betul-betul ada insomnia, anak anda mungkin memerlukan nasihat dari pakar. Disini hal sebenarnya ambe nok konsikan adalah anak ambe yang memang sangat susah nak tidur waktu malam (tapi waktu siang tidur dengan nyenyak dan lama). Sejak lahir sampai sekarang memang jarang benar tidur awal malam. Tiap-tiap malam ambe memang kena bergilir dengan wife ambe untuk jaga anok ambe yang waktu tidurnya seakan tertukar yang sepatutnya tidur waktu malam dan berjaga waktu siang, sebaliknya anok ambe berjaga waktu malam dan tidur waktu siang. Jadi bagi ambe ini bukan insomnia sebenarnya.

Omar Shahnaz sejak lahir sampai sekarang susah untuk tidur
Tapi itulah masaalah sehari-hari bersama anok ambe. Alhamdulillah, walau gilir-gilir tidur, ambe masih boleh bekerja dengan baik di waktu siang (tapi badan rasa letih). Tapi ambe fikir sampai bila ambe nak terus dengan perangai anok ambe yang susah tidur malam begini. Ambe sebenarnya dah banyak berusaha untuk bantu dia tidur. Guna relaxing music, bagi makan banyak sebelum tidur, letak wangian lavender pada bantal, generate sound pink noise, letak buai manual dan eletrik, bedung, pasang aircond letak suhu rendah, mandi air suam, etc, tapi semuanya tak berkesan. Kadang-kadang naik juga temper ambe bila badan kita letih tapi tak dapat rehat waktu malam. Ada pernah sekali ambe terfikir untuk bagi ubat Phenergen (Promethazine) untuk buat anok ambe mengantuk, tapi bila ambe baca kontraindikasi ubat ni, tak boleh bagi pada bayi bawah umur 2 tahun. Tak jadi bagi. Ambe bingung memikirkan cara lain untuk bantu anok ambe tidur.

Johnson's Baby BedTime Bath.
Sehinggalah beberapa hari lepas ambe pegi shopping pasaraya dekat dengan rumah ambe, ambe terjumpa satu mandian bayi tertulis "Bedtime Bath" dari Johnson & Johnson. Ambe grab terus. Sebenarnya ambe memang ada produk line "unggu" J&J tapi ambe tok guna. Ambe ada dapat hadiah dari kawan ambe iaitu satu set barang J&J tapi ambe dok sentuh langsung sebab ambe dok suka letak cream pada kulit anok ambe. Rasa "belengas" (melekit). Ambe terlalu aggressive mencari cara alternatif untuk bantu anok ambe tidur sampai ambe lupa benda yang ada didepan ambe lansung ambe dok pernah cuba.

Balik rumah, ambe excited menunggu waktu malam untuk mandikan anok ambe dengan mandian ni. Lebih kurang pukul 10 malam ambe mandikan anok ambe dengan mandian ni. Mandian ni rasa "thick" sikit dari mandian yang biasa ambe guna untuk anok ambe. Biasanya bila ambe bilas mandian biasanya memang terus hilang rasa licin sabun pada kulit anok ambe. Bila guna mandian ni, bila ambe jirus berkali-kali pun memang masih terasa licinnya. Rasa licin dan seperti "creamy" seperti pakai krim pelembut pada kulit. Baunya juga lebih kuat dari bau mandian yang biasa ambe guna. Memang tertulis pada botol mandian ni tentang penggunaan aroma iaitu "NaturalCalm" aromas yang nampaknya di threadmark oleh J&J. Ambe bukanlah pentafsir aroma yang baik tapi bagi ambe, bila ambe tercium bau ni, ambe rasa ia adalah bau yang "berat". "Berat" bukan bermaksud kuat atau teruk, tapi bila tercium, ambe terasa seperti "malas". Itu pada pendapat ambe sajalah. Memang ia berlawanan dengan bau-bau yang segar seperti bau buah-buahan atau bunga-bunga yang menyegarkan. Johnson's Baby BedTime Bath wangi dan calming.

Sesudah mandi, ambe terus lap-lap keringkan badan anok ambe. Sesudah kering, bila ambe sentuh badan anok ambe, ambe dapat rasa satu lapisan lembut di kulit anok ambe seperti dah disapu krim. Lepas tu ambe ambil pula Johnson's Baby BedTime Oil dan ambe sapu di seluruh badan anok ambe. Bau yang sama dengan bau mandian tadi. Sebenarnya ada lotion untuk disapu, tapi ambe tak ada lotion tu jadi instead ambe sapu bedtime oil. Ambe rasa lebih baik untuk guna lotion sebab bedtime oil rasa sangat berminyak (tapi tak lama sebab bila ia dah meresap dalam badan, ia tak rasa berminyak lagi).

Terus ambe pakaikan pakaian pada anak ambe dan pada waktu ini anok ambe masih aktif jadi ambe tinggal anok ambe dalam baby cort bersama mainan-mainannya. Dok sampai 15 minit, ambe mula lihat anok ambe mula menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Matanya jadi kuyu dan dah tak aktif macam sekejap tadi. Wife ambe pun terus baringkan dia dan suapkan susu. Sekejap saja lepas tu anok ambe terus tertidur!

Ambe bukan bekerja dengan J&J tapi ambe nok recommend kepada ibu-bapa di luar sana yang ada masaalah baby susah tidur malam, cubalah Johnson's BedTime ni. Kalau tak silap ambe, ada bedtime lotion, oil dan mandian. Semoga dapat membantu ibu-bapa di luar sana dari migraine dan high-temper akibat tak cukup tidur. TQ for reading.

Rabu, 29 Mei 2013

#59: Omar's new Haircut!

Omar's new hairstyle, votak! My wife trim his hair while
 he is asleep. (Before haircut, L and after, R.)
Honestly, ambe fikir Omar nampak lebih sesuai berambut panjang, tapi isteri ambe fikir sebaliknya. Sama juga mok ambe, rambut pendek dan kemas bagi mereka lebih comey. Sewaktu Omar baru lahir, rambutnya memang dah panjang. Disebabkan ambe dok pandai gunting rambut, ambe biar je rambutnya panjang tanpa digunting. Lagipun ambe dok buat majlis cukur jambul untuk Omar, jadi rambutnya panjang gitu je. Sampailah satu ketika, panjang sangat, waktu balik kampun mok ambe dok berkenan, jadi dia suruh gunting jugak. Bukan ape, kalau panjang sangat, nanti panas dan disebabkan baby banyak tidur, rambut belakang kepala nampak tak rata (rambut jarang sikit dibahagian belakang sebab pressure dengan bantal). Disebabkan ini Omar nampak comel didepan, tapi bila lihat belakang, nampak tak comey (even my wife calls him "Gollum" sebab rambut belakang memang macam rambut Gollum dari LORT LOL!). Maka terpotonglah rambut Omar buat kali pertama, dipotong oleh mok ambe.

My wife ada banyak tools.
Gunting, shaver, pelentik bulu mata. Semua ada!
Memang jenis keturunan DNA ambe dan bini ambe rambut lebat, tok sampai berapa bulan, rambut Omar kembali panjang. Kali ni ambe biar lagi panjang sebab ambe tengok dia memang comey begitu. Tapi wife ambe dok senang duduk tengok rambut Omar makin panjang hampir nak tutup seluruh dahinya. Satu hari, tanpa bagitahu ambe dahulu, wife ambe called, cakap dia dah potong rambut Omar. Siap post gambar Omar dengan haircut barunya di Facebook. Agak kecewa sikit sebab ambe suka Omar rambut panjang dan wife ambe gunting tanpa pengetahuan ambe. Tapi bila ambe balik rumah, tengok sendiri rambut Omar yang dah botak tu, ambe fikir hmm.. Not bad la.. Hehehehe! Pandai jugak wife ambe gunting rambut. Katanya sewaktu lepas Omar minum susu dan tertidur di katil, wife ambe terus lapik kepala Omar dengan newspaper dan gunting rambut Omar diatas tilam tu. Settle! Hehehe! Walaupun bukanlah kemas sangat sebab ada bahagian yang tak berapa rata, tapi boleh bagi B+ lah untuk haircut ni. Sekurang-kurangnya dapatlah hilangkan "Gollum-effect" di belakang kepala Omar sebab sekarang rambutnya dah sama panjang di seluruh kepala Hehehehe!

Khamis, 16 Mei 2013

#56: Cerita Dari Cabin

Omar Shahnaz first time experience naik train dalam cabin.
Ambe lama doh tak balik ke kampung ambe di Kota Bharu, Kelantan. Disebabkan rindu nok berjumpa dengan mok ambe, jadi ambe ambil keputusan untuk balik kampung pada 11 Mei 2013. Disebabkan ambe tak ada transport, jadi ambe telah ambil keputusan untuk balik ke Kelantan dengan menaiki kereta api iaitu dari KL Sentral ke Wakaf Bharu (stesen yang paling dekat dengan Kota Bharu).

Disebabkan pengalaman ambe sebelum-sebelum ni menaiki kereta api di ruang katil dan kelas ekonomi yang agak sempit dan tak ada privasi, ambe fikir untuk ambil tiket untuk cabin sebab cabin memang ada ruang lebih luas, ada privasi dan ada kemudahan seperti sinki (penting untuk buat susu anak), tv dan lain-lain. Pada 10 Mei 2013, sehari sebelum hari ambe berhajat nok balik, ambe telah beli tiket di Stesen KTM Kuala Lumpur. Kereta api ni hanya akan bertolak dari KL Sentral (tak bertolak dari stesen KTM Kuala Lumpur). Harga tiket untuk cabin memang lebih mahal seperti yang di expected, tapi bagi ambe, experience of journey lebih bernilai kalau nak dibandingkan naik flight yang memang terasa "dull" dan "mind-numbing" walaupun kalau nak banding kereta api dan flight, kereta api adalah 14 kali lebih lambat (flight dari Kelantan ke LCCT hanya ambil masa 1 jam sedangkan kereta api ambil masa lebih 14 jam).

Omar dan ibu, sejukkkkk!
Omar pernah naik kereta api sebelum ini, iaitu beberapa bulan sebelum ini, kami telah pulang ke Kelantan dengan menaiki tren. Cuma kali ini kali pertama Omar merasa duduk di cabin (sebelum ini duduk di katil sahaja). 

Pengalaman bawa Omar di gerabak katil, memang susah sebab tahu-tahulah, budak kecik, kadang-kadang tak kena mood, menangislah jawabnya. Rasa sangat bersalah pada orang lain bila anak menangis hingga orang lain tak dapat berehat dengan tenang. Lebih teruk lagi bila nak tukar diaper. Tak perlu explain, guna saja imaginasi Hahaha!

Susu baby 3 jam sekali memang susah nak disediakan dalam kereta api. Nak basuh botol kena pergi ke tandas. Tandas dalam tren pulak memang aroma semacam. Tak sanggup nak cuci botol disitu takut-takut terkena penyakit STD Hahahaha! Macam tu lah experience naik kereta api dengan baby di gerabak berkatil. Belum diceritakan lagi tentang ruang yang sempit dan hampir mustahil dapat tidur dengan selesa bersama baby disebelah (at least dengan badan saiz saya ini Hahahaha!).

Disebabkan pengalaman dalam situasi begitulah saya rasa lebih berbaloi untuk "melabur" lebih wang untuk perjalanan yang lebih selesa dan selamat untuk pulang ke kampung dengan menaiki tren di gerabak cabin. By the way, tiket cabin yang ambe dapatkan adalah cabin 2. Ia dilabel pada tiket dengan label tempat duduk 2A dan 2B mewakili katil double-decker atas dan bawah. Ambe tak pasti berapa bilik cabin yang ada dalam satu gerabak, tapi cabin no 1 biasanya adalah surau. Dari segi logik, melalui keluasan bilik, saya fikir mungkin satu gerabak tren mempunyai 5 atau 6 cabin.

Omar Shahnaz tidur macam orang dewasa
Ambe bertolak dari KL Sentral lebih kurang pukul 8:30 malam. Biasanya gerabak cabin berada samaada di paling hadapan ataupun paling belakang tren, jadi kenalah berjalan jauh sedikit untuk sampai ke gerabak ni. Bila dah sampai ke gerabak, untuk masuk ke cabin pula, perlu lalui  lorong koridor sempit yang menuju ke bilik-bilik. Muat-muat badan saja. Memang tak akan muat untuk saya dan isteri untuk lalu di lorong ni dengan memikul beg. Jadi saya terpaksa cabut beg dahulu, dan berjalan "ketam" untuk menuju ke pintu cabin.

Sampai kedalam cabin, terus lock pintu dan ambe lihat ada 1 beg plastik berisi makanan dan air mineral diatas katil. Ambe tak diberitahu ada makanan dan minuman percuma sekali dengan pakej cabin ni, tapi ini satu inisiatif yang baik dari KTMB untuk buat pelanggan happy Hehehe! Katil ada 2 dan setiap katil ada 2 bantal. Selimut yang disediakan juga selesa, 1 selimut tebal dan 1 nipis. Bilik memang bersih dan ambe berpuas hati dengan keadaan bilik tu. Cuma... TV je yang tak boleh pasang. Bila ambe tanya pada pegawai yang bertugas, katanya TV tak boleh operate sebab ada masaalah dengan CD/DVD player dalam kereta api sebab kereta api selalu bergoyang. Tak kisahlah, ambe bukan nak tengok TV sangat, tapi ambe memang berharap di masa akan datang, TV ni boleh functional.

Omar masih nyenyak sewaktu tiba di Kuala Krai, Kelantan.
Pengudaraan dalam cabin adalah bagus dan tak terasa "lemas" sewaktu berada didalamnya. Saya perhatikan ada satu plat besi berlubang-lubang di siling cabin dan saya fikir ia adalah exhaust fan atau airconditioner. Bukaan lubang angin ini boleh diadjust mengikut kesesuaian untuk rasa lebih nyaman atau kurang sejuk. Terdapat juga kipas dalam cabin ini, dan gabungan kipas dan juga aircond ini memang menyamankan.

Berdasarkan pengalaman saya menaiki kereta api sebelum ini, suhu dalam kereta api memang cepat berubah lebih-lebih lagi bila mengikuti perjalanan waktu malam. Route yang ditempuhi meliputi kawasan bandar dan kawasan luar bandar serta didalam hutan yang tebal. Menempuhi kawasan hutan di waktu malam memang akan merubah suhu dalam kereta api menjadi sangat sejuk. Jika anda duduk di kelas ekonomi (tempat duduk), anda boleh menggigil kesejukan kerana di kelas ini sangat sejuk dan anda tak dapat mengawal suhu persekitaran. Anda lebih bertuah jika duduk di kelas berkatil. Anda dibekalkan dengan 1 selimut jika anda berasa sejuk, boleh lah menggunakannya. Untuk cabin pula, lebih bagus, kerana, anda boleh mengawal suhu bilik sendiri. Kipas dan aircond boleh dibuka atau ditutup mengikut kesesuaian anda. Selimut yang dibekalkan juga lebih selesa dan tebal berbanding koc berkatil biasa.

Abandoned railway tracks near Kuala Krai Railway Station
Setelah lebih kurang 10 jam berada dalam kereta api, sampailah ambe di daerah Kuala Krai, negeri Kelantan Darul Naim. Ambe snap beberapa pic dari tingkap cabin dan kebetulan waktu masih awal pagi, jadi anda memang boleh menangkap banyak gambar menarik kerana waktu yang dikira "golden hour" ini kerana mempunyai ambient light yang cantik berwarna keemasan. Ambe agak terkejut dan tak sangka bila ambe periksa tablet ambe, talian data di kawasan Kuala Krai ini ada HSDPA dan 3G! Apa lagi, ambe terus upload gamba-gamba di laman sosial dan instagram. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan dari Kuala Krai hingga Wakaf Bharu, memang ada talian data HSDPA dan 3G. Cuma beberapa kali untuk tempoh sekejap talian data ada memasuki EDGE. Untuk pengetahuan, saya menggunakan pelan data Celcom dan saya berpuas hati dengan coverage yang Celcom sediakan hingga meliputi kawasan pendalaman. Dari Kuala Krai lebih kurang 4 jam masa diambil untuk sampai ke stesen Wakaf Bharu. Dari Kuala Krai anda akan melalui stesen-stesen antaranya Tanah Merah, Pasir Mas barulah sampai ke Wakaf Bharu. Saya sampai lebih kurang pada pukul 10 pagi di Wakaf Bharu dan menaiki teksi untuk pulang kerumah dengan bayaran tambang RM 15. Overall perjalanan ini memanglah mengambil masa yang panjang, tetapi saya berasa agak puas dengan keselesaan yang KTMB sediakan untuk penghuni cabin ini. Dimasa hadapan, yang mungkin akan memilih untuk duduk di koc cabin lagi walaupun dengan tiket yang agak mahal, saya boleh tiba di destinasi dengan senyuman. Sekian.

A waiting chair. Kuala Krai Railway Station.

Isnin, 29 April 2013

#45: Omar and his walker

Omar jalan mengundur.
An updates on Omar Shahnaz. Hari ni genap 7 bulan umur Omar. 2-3 hari lepas saya lihat Omar sudah pandai jalan mengundur dengan menggunakan walker. Saya fikir  bergerak kebelakang memang "step" awal dalam perkembangan bayi, seperti sebelum ini, Omar seret dada pun gerak secara mengundur, tak lama lepas tu baru gerak kedepan.

Walker ini berada pada ketinggian yang agak tinggi untuk kaki Omar yang masih pendek. Nak melangkah kena jinjing sedikit sebab hanya cecah hujung jari kaki saja. Tu lah posisi yang paling rendah boleh adjust untuk walker ni. Walker ini sebenarnya datang dengan "control panel" di bahagian depan. Bentuknya macam futuristik siap ada dengan steering, 2 button eletronik yang boleh keluar muzik bila ditekan, bola mainan dan lampu lip-lap bila ada muzik. Tapi disebabkan Omar selalu gerak-gerakan kepala dia ala-ala "headbanging", saya bimbang akan terhantuk pada steering control panel ni, jadi saya ambil keputusan untuk cabut saja steering tu. Safety first, jangan dah luka baru nak kalut.

Isnin, 8 April 2013

#25: Pertama kali naik buai!

Safety belt, check!
Omar begitu excited pada kali pertama naik buai! Tapi untuk belajar membina momentum supaya boleh buai sendiri memerlukan kemahiran. Ia satu seni craftsmanship untuk mahir dalam teknik-teknik buai Wakakakaka!

AAAWWWYYYEEEAAHHHHHH!

#21: Shahnaz again!

Saya fikir Omar Shahnaz nampak lebih hensem berambut panjang. Ke guane?

Rambut dok berapo nok ado.
Rambut panjang. Badan kurus sikit. BMI pun dah turun.
Yap, berat badan turun. Omar ada batuk dan runny nose dalam beberapa minggu ni. Saya fikir kerana masaalah ini seleranya makannya turun. Susah nak minum susu tanpa boleh bernafas dengan hidung kan?

Rabu, 2 Januari 2013

#19: Shahnaz poses!

As a keyboardist!
As a guitarist!
Omar Shahnaz photo bombing!