Memaparkan catatan dengan label film review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label film review. Papar semua catatan

Ahad, 20 Ogos 2017

#157: Filem Review: Get Out (2017)

Get Out (2017). Ambe tak ada expectation yang tinggi pada filem ni selepas ambe pertama kali tonton trailernya. Tapi bila ambe selesai tonton filem ni, ambe dapati filem ni antara filem horror yang berkualiti yang dah lama ambe tak nikmati. Trailernya hanyalah umpan untuk biarkan penonton mencipta jalan cerita sendiri yang klise bahawa ini filem tentang racism, GF kulit putih bawa BF jumpa parents dan rupanya parent GF seorang racist. Ambe seronok bila ambe silap dalam meneka jalan filem ini. Ini bukan filem racist. Ia filem tentang mencari manusia berkualiti. Ambe bagi 8.5/10 untuk Get Out (2017), easily one of my favorite horror film.
Get Out (2017)

Isnin, 13 Februari 2017

#153: Film Review: Pontianak Gua Musang (1964)


Pontianak Gua Musang (1964) arahan B.N. Rao, ambe tonton ni minggu lepas (last sekali ambe tonton seingat ambe bersama arwah ayah ambe dulu). Ambe rerun filem ni dan disini ambe nok nyatakan ni adalah filem horror berkualiti keluaran tempatan. 

Spoiler alert! Di akhir filem ni ambe dapati filem ini langsung tiada hantu pun dan ada penjelasan untuk semua kejadian. Walaupun heavily mixed dengan kepercayaan melayu lama pada jembalang, pontianak, jin, syaitan etc, tapi diakhirnya kebenaran terbongkar, semuanya hanyalah ilusi dan imaginasi dalam kepala si antagonis sahaja. Ambe dapati jalan filem ni agak moden (memandangkan tidak wujud pun hantu yang sebenar). BTW, tarian hantu oleh Mat Sentul dan Wahid Sate sangat surreal! Ambe rate filem ni 7/10. Highly recommended!
IDK, maybe ni poster dari tahun 1964

Scene ni surreal gila!

#152: Film Review: Raja Bersiong (1968)

Bukan cover asal, tapi ini awesome!
Ahmad Mahmud & Sarimah
Raja Bersiong (1968). Ambe dapati kita ada 2 filem tentang Raja Bersiong, satu dikeluarkan pada 1961 dan lagi satu 1968. Versi 1968 adalah dalam filem berwarna (Eastman Color). Ambe tonton 1968 kelmarin.

Sambil menonton, ambe ada terjumpa scene yang ambe fikir agak controversial, jadi ambe cepat-cepat wiki tentang kisah Raja Bersiong. Hikayat Raja Bersiong berlaku di zaman Pre-Islamic dan ambe dapati filem ni sangat menekankan "historical accuracy" di zaman sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu. Yep, zaman tu orang tempatan masih menyembah berhala, (mungkin beragama hindu atau buddha) dan ya, babak ini di filemkan dalam filem ini. Mungkin akan ada yang rasa kurang selesa, tapi itulah sejarah pre-islamic di Tanah Melayu.

Pada awal menonton filem ni, ambe boleh rasa ini bukan projek filem biasa-biasa. Raja Bersiong naik gajah dan diikuti oleh lebih kurang 100 askar dibelakang, lengkap dengan kelengkapan, memasuki pagar istana yang ambe agak-agak, 20 kaki tingginya, serta pintu istana setebal 2 kaki. Ini filem mahal! Dan, melalui wikipedia jugak ambe dapat info, kos pembuatan filem ni hampir RM800 ribu, iaitu 10 kali ganda melebihi average kos filem-filem lain di zaman itu.

Filem ini difilemkan dengan baik. Cuma mungkin akibat umurnya yang dah uzur, agak susah sekarang nak dapatkan kualiti yang bagus, Jalan cerita yang agak kompleks, ada elemen gory, cannibalism (minum darah manusia sahaja), mysticism, juga ada pergaduhan geng rebellion dengan geng setia, ada selit kisoh cinta, penyesalan etc. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni. Highly recommended!

Isnin, 5 Disember 2016

#150: Film Review: Jagat (2016)

Ambe tonton ni 2 hari lepas. Filem ni menampilkan muka-muka yang ambe tak pernah lihat sebelum ini dalam drama tempatan. Mungkin ada keluar di filem india tempatan, tapi ambe kurang terdedah. Jalan cerita filem nampaknya ada sedikit non-linear yang menjadi trend akhir-akhir ini. 

Character development yang bagus. Ambe lihat filem ni seperti ada 2 karakter utama (ambe ingat filem ni hanya tentang budak dalam poster filem ni sahaja). Karakter Appoi dan pakciknya Mexico sangat terbit dalam filem ni. Juga kadang-kadang watak Mexico lebih dominan dalam filem ni kerana dia bawak watak yang berat dan kamera banyak bersamanya.

Filem ini banyak dialog-dialog yang thoughtful. Mexico walaupun seorang gangster tapi beliau ada prinsip hidup yang kuat. Ambe suka ada seorang watak pakcik Appoi yang kerja nelayan dalam filem ni yang selalu bijak memberi kata-kata wisdom. 

Filem ni banyak recall memori ambe tentang kehidupan awal 90an. Ada juga scene yang ambe rasa disturbing contohnya scene Appoi telefon 999 di public phone dan buat bunyi kucing dan kemudiannya call 999 menangis teresak-esak selepas kematian pakciknya. Overall ambe suka filem ni kerana ia, walaupun hanya fiksyen, tapi ambe fikir agak dekat dalam memaparkan realiti masyarakat. Kamera work bagus. Cinematography, scenery yang dipilih pun ambe suka. Malah ambe suka detail-detail yang kecil contohnya botol arak yang bergoyang in sync dengan bot bergoyang. Soundtrack pun ok. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni.

Isnin, 18 April 2016

#141: Film Review: Joy (2015)

Joy (2015)
Filem ni adalah filem biographical kisoh benar tentang Joy Mangano, seorang wanita yang suka mereka-cipta, dalam kes filem ni, ciptaan beliau adalah sebatang mop yang boleh dipulas tanpa menyentuh bahagian mop yang kotor. Walaupun ciptaan nampak lekeh, simple, tapi ia amat praktikal (mungkin dekat rumah kamu pun ada mop ni, disini kamu boleh lihat bagaimana capaian marketing rekaan mop ni boleh sampai keseluruh dunia).

Filem ni menceritakan kisoh dari beliau dari kanak-kanan hingga dewasa dan susah payah beliau untuk menjual ciptaan beliau hingga terpaksa memajak rumah beliau sendiri dan pernah diistihar bankrupt. Ini kisoh tentang kecekalan, tak mahu menyerah kalah, lebih kurang macam filem Flash Of Genius (2008) apabila Robert Kearns mencipta patent windshield wiper tapi dimanipulasi oleh Ford hingga beliau menghadapi mental breakdown.

Ambe sangat recommended untuk tonton filem Joy (2015) sebab ia banyak memberi inspirasi pada orang yang baru dalam dunia perniagaan, jangan mudah putus asa dan jangan mudah konfius/rasa dimanipulated dengan situasi-situasi rumit berkaitan business, perundangan etc. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni.

Joy (2015) theatrical trailer

Selasa, 22 Disember 2015

#140: Film Review: Stand by Me Doraemon (2014)

Stand by Me Doraemon (2014). Ini mungkin bunyi macam childish untuk seorang yang dewasa, tapi Doraemon adalah antara karakter favorite dalam alam childhood ambe. Filem 2014 ni ambe baru tonton 2 hari lepas bersama Omar.

Ambe ingat filem ni macam kebanyakan filem kanak-kanak, tapi ambe silap. Sebelum ni memang ada filem kartun Doraemon yang "feature-length" (bukan siri TV 30 minit tu) dan ia memaparkan kisah yang jauh lebih kompleks dari siri TV Doraemon. Stand by Me Doraemon (2014) adalah filem 3D dari francaise ini yang melebihi expectation ambe. Filem ni kaya dengan scene lucu, sweet, sedih, grafik yang cantik, karakter yang comel, kisah cinta Nobita dan Sizuka, kisah buli Nobita yang incompetent dan selalu dibuli dan "paradox time travel". Ya! Paradox Time Travel! Sesuatu yang ambe fikir terlalu rumit untuk targeted audience kanak-kanak faham idea tu. Ambe bagi 7.5/10 untuk filem ni!

Stand By Me Doraemon (2014) trailer

Sabtu, 24 Oktober 2015

#135: Film Review: Soylent Green (1973)

Soylent Green movie poster
Ambe tengok filem ni minggu lepas. Filem distopian tentang kehidupan pada tahun 2022 dimana dunia menghadapi masaalah populasi berlebihan. Manusia begitu ramai, sehingga nyawa menjadi murah. 

Semua supply untuk apa sahaja produk kehabisan. Masaalah berkaitan adalah semua mulut-mulut ingin disuap dengan makanan kerana bila terlalu ramai manusia, demand sangat tinggi manakala supply sangat kurang. 

Harga makanan melambung, ladang-ladang dan kebun-kebun tak dapat menampung demand yang sangat tinggi. Jem strawberry sahaja dah berharga lebih 100 USD sebotol. Penyelesaiannya adalah makanan sintetik Soylent Green, makanan yg mudah didapati dan murah yang dibekalkan kerajaan. Tapi Soylent Green sendiri adalah satu rahsia besar yang memualkan.

Ambe bagi rating 7/10 untuk filem dengan twisted ending ni. Menonton filem ini akan buat penonton lebih menghargai makanan, barang-barang yang sebelum ni dipandang remeh, buku-buku dan akan mengelak pembaziran.

Hal yang paling memorable bagi ambe tentang filem Soylent Green (1973) ni adalah manusia begitu ramai hingga mati adalah benda yang biasa, tak ada kesedihan. Manusia dilupus dengan trak sampah. Hanya agamawan sahaja yang masih menghargai manusia. Kerajaan? Well.. Mereka yang sediakan trak sampah.

Soylent Green (1973) trailer

Ahad, 18 Oktober 2015

#134: Film Review: Candyman (1992)

Candyman (1992)
Candyman (1992). Filem slasher lama yang underrated. The moment ambe dengar soundtrack dari Philip Glass, ambe dah rasa ini bukan filem biasa-biasa. Thrill menonton filem ni memang lain macam. Kisoh tentang Helen menyediakan thesis tentang urban legend, Candyman, dan hal-hal yang beliau alami dalam mencari bahan thesis beliau. Ambe bagi 7/10 untuk filem psychological horror ni.


Candyman (1992) theatrical trailer

#133: Film Review: Stir of Echoes (1999)

Kevin Bacon in Stir of Echoes (1999)
Stir Of Echoes (1999), filem horror/misteri kisoh tentang seorang ayah yang tiba-tiba mendapat vision psychic selepas mencabar ipar beliau (seorang licensed Hypnotist) untuk hypnotize dirinya. Sejak dari itu beliau mula mendapat halusinasi yang menakutkan yang tak terkawal. Filem ni ada resemblance Sixth Sense (1999) yang keluar beberapa hari sebelum filem ni direlease tapi dari segi plot filem, filem ini jauh lebih rumit, serta lakonan Kevin Bacon amat berkesan. Ambe bagi 7/10 untuk filem ni.


Stir of Echoes (1999) theatrical trailer

Ahad, 23 Ogos 2015

#128: Film Review: Ex Machina (2015)

Ex Machine (2015). From left, Caleb, Ava and Nathan.
Ex Machina (2015). Filem ni tentang seorang programmer dijemput untuk buat Turing Test pada robot dengan Artificial Intelligent bernama Ava.

Ava robot yang pendiam (mungkin sebab murung kerana dikurung) jika nak dibanding dengan Samantha dari Her (2013).

Filem ni banyak menyentuh tentang sifat dan kemahiran manusia yang asli seperti kesunyian, belas kasihan, penipuan, berpura-pura, pentingkan diri, manipulatif, ingin bebas etc. Ambe bagi rating 8/10 untuk filem ni. Pengajaran filem ni, kalau kamu dah berjaya reka Artificial Intelligent sebenar, dengan consciousness yang asli, mulalah layan ia seperti manusia. Sebab memang kamu programkan ia untuk jadi seperti manusia sebenar kan?

Trailer Ex Machina (2015)

Selasa, 3 Januari 2012

#13: To the Women in My Life/Le Lis

My honest rating.
Kenapa 3.5/10 sahaja? Tontonlah Ombak Rindu (2011) dan BE VERY HONEST, bagilah rating.Ada baiknya dengar lagu Billy Cobham ini, lagi feeling Wakakakaka!

 Billy Cobham - To the Women in My Life/Le Lis

Seriously pengarah perlu review semula filem ini. Saya lihat ia dirakam sambil lewa kerana ada banyak ketidaksempurnaan yang tak patut wujud pun pada sebuah filem. Even filem zaman P. Ramlee pun tak ada masaalah out-of-focus seperti yang ada dalam filem Ombak Rindu (2011). Ambil positif, di masa hadapan, janganlah berlaku lagi perkara yang sama. Itu belum lagi sentuh bab transition hitam antara scene yang kadang-kadang terpotong dialong menjadikan sesetengah dialog jadi tergantung serta soundtrack sama yang berulang-ulang ntah berapa kali. Sekali lagi, ambil positif ya. Untung besar tu.. Taniah, dah berbelas juta dapat.
Try harder!
P/S: Mutu kerja pun kenalah sepadan dengan "upahnya" ok! :)