Memaparkan catatan dengan label network attached storage. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label network attached storage. Papar semua catatan

Jumaat, 26 April 2013

#44: Workaround didn't work, but magic did happen (which is much better)

Dalam artikel #43 saya ada memasukkan workaround untuk mount CloudStation kepada sistem Linux. Well, it didn't work. Saya telah mencubanya semalam dengan Mint Linux 14 dan tak ada apa-apa yang berlaku (or at least in my system). Saya ada jumpa di beberapa forum mengatakan workaround itu berhasil, tapi mungkin akibat masaalah teknikal pada komputer saya, workaround tu tak berjaya.

Linux is the best thing ever happened in computing!
Tetapi sesuatu telah berlaku tanpa saya duga! Bila saya klik icon "Network Places" di Nautilus, saya dapati ada icon network place untuk device Buffalo CloudStation! Tanpa perlu setting, workaround, rupanya CloudStation telah didetect dari awal lagi. Seperti device plug-and-play. Plug sahaja device ini dengan wayar network pada router dan CloudStation ini sudah sedia untuk digunakan. So easy and so little effort! Saya tak install official application pogoplug pun.
POGO! POGO! POGO!

Rabu, 24 April 2013

#42: DIS I WANTT!!!

Petang ni saya bercadang nak ke Plaza Low Yat, cari Network Attached Storage. Ada beberapa brand yang saya jumpa di sana antaranya Synology, DLink dan Buffalo. Kalau nak dikira budget, brand Buffalo lah paling murah. Synology terlalu mahal untuk kegunaan di rumah (mungkin pilihan yang baik untuk ofis), DLink pula tak dilengkapi servis Torrent (features ni mandatori untuk saya). Jadi hanya tinggal Buffalo sahaja. Buffalo ada Torrent (probably using uTorrent client web interface), storage yang agak besar dan harga agak budget (RM399 untuk storage 2 TB)
Buffalo CloudStation dengan 2 TB storage
Saya kurang info tentang device ni kerana tak banyak info tentangnya di internet. Malah tak ada 1 pun video di youtube yang mereview device ini. Jadi dengan hanya berpandukan video-video youtube lain yang mereview NAS dari Buffalo untuk model yang lebih advance, saya fikir alat ni boleh membantu saya untuk menyimpan data secara dalam talian dan mengakses data dari device ini dari mana-mana tempat di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, saya tidaklah mempunyai expectation yang tinggi pada device ni kerana ada banyak review buruk mengenai device ini yang dikeluarkan.di internet. Purata rating pun dalam 3/5 sahaja. Ramai komen tentang transfer rate yang sangat perlahan untuk upload/download data dari device dan kedalam device. Expectation tak tinggi, saya harap saya tak kecewa sangat kalau performancenya teruk bila saya dah membelinya nanti.

Tujuan sebenar saya membeli alat ini adalah untuk menjimatkan penggunaan eletrik di rumah. Saya selalu membiarkan komputer saya terbuka sepanjang hari dan malam untuk melakukan kerja-kerja yang time-consuming seperti Torrent leeching dan seeding. Kenapa perlu ON seluruh PC sedangkan bahagian yang perlu run hanyalah network card dan hard disk. Saya tak perlu USB, monitor, printer, midi controller etc untuk seed/leech torrent. Oleh sebab itu bil eletrik saya tinggi kerana berlaku pembaziran eletrik atas sesuatu yang tidak perlu.

Dengan adanya device ni, saya tak perlu ON kan komputer lagi untuk seed/leech torrent kerana device ni stand-alone tanpa perlu pemantauan. Dan jika saya perlu pantau pun, saya boleh lakukan melalui web-interface yang boleh saya browse melalui tablet atau telefon. Dengan power consumption yang rendah iaitu hanya perlu power supply 17W sahaja berbanding 300+W untuk desktop Dell Precision T3400 saya, saya boleh jimatkan banyak tenaga eletrik. Finally, saya harap device ini dapat jimatkan bil eletrik saya dan serves sebagai "central-storage" untuk rumah saya dengan baik.