Memaparkan catatan dengan label photography. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label photography. Papar semua catatan

Isnin, 9 September 2013

#71: Photoshop: Adding more sky

Gambar asal yang lebar dan tak tinggi.
Sebelah ini adalah satu foto yang ambe edit pada disember tahun lepas. Ambe telah crop gambar ni yang sepatutnya mengikut saiz standard menjadi gambar yang pendek tetapi lebar bagi memberikan perspektif panorama. Gambar ni ambe dok save pada kualiti tinggi kerana ambe edit ni bukan untuk sesuatu yang serius, tapi hanya untuk gilap semula teknik PS ambe yang dah berkarat. Langit ambe birukan dan ambe beri filter motion blur untuk memberikan efek pergerakan awan yang biasanya didapati dari long exposure photography. Ambe rasa gambar ni ok, tapi ada satu masaalah. Disebabkan gambar ni lebar tetapi pendek, bila ambe guna gambar ni untuk dimasukkan dalam slide Power Point, ia nampak sangat kecil. Bila ambe resize height jadi lebih tinggi, kelebaran gambar ni dah melebihi slide Power Point. Jadi, ambe takde pilihan lain, ambe kena adjust gambar ni menjadi lebih tinggi untuk menjadikan lebar dan tinggi gambar ni lebih seimbang.

Ideanya adalah untuk menambah bahagian langit menjadi lebih besar. Details bangunan sangat susah untuk dibuat. Jadi saya mengambil jalan mudah dengan membina langit lebih luas. Dengan menggunakan Photoshop CS2 Pertama sekali ambe resize canvas menjadi lebih besar di bahagian langit dan ruang kosong canvas ambe kenakan filter Clouds yang boleh diakses dari Filter > Render > Clouds. Ambe gunakan sample warna awan yang sedia ada iaitu biru gelap dan biru cerah untuk render awan ini. Lepas tu ambe kenakan pula Gaussian Blur yang kuat di awan yang baru render ini diikuti dengan Motion Blur. Angle Motion Blur adalah berpandukan angle Motion Blur sebelum ini. Gabungan tool Dodge dan Burn, ambe cuba berikan efek awan yang berlopong-lopong memberikan kesan awan yang lebih realistik. Smudge tool juga digunakan untuk memberikan distortion pada aliran pergerakan awan dan ini hasilnya:
Hasilnya, gambar dengan lebar dan tinggi yang lebih seimbang.

Rabu, 29 Mei 2013

#60: The New Flickr

Hangging bear. Near Taman Melati, Kuala Lumpur.
Ambe buka akaun flickr pada hujung tahun 2007 dimana ambe berhijrah dari deviantart (deviant since 2005 dengan deviant username geekhead dan astrocoder) kerana malas untuk hadapi proses upload foto di deviantart yang mengambil lebih masa. Seingat ambe flickr hanya membenarkan untuk upload 200 foto dan jika anda upload lebih dari 200 foto, foto yang lama akan dihiddenkan. Bagi ambe, sebagai pengguna kamera filem, untuk mencapai 200 foto memang mengambil masa yang panjang, jadi ambe upload foto-foto ambe tanpa rasa bimbang. Sehinggalah ia reached 200 foto beberapa tahun lepas. Foto-foto lama ambe telah dihidden dan ambe tak ada cara untuk melihatnya semula. Ini memang sesuatu yang ralat bagi ambe kerana flickr meletakkan limitasi sebegini.

Disebabkan ambe rasa sangat terganggu dengan limitasi flickr, ambe telah mengambil keputusan untuk subscribe FlickrPro account dimana bila subscribe, flickr akan membuang limitasinya dan membolehkan ambe lihat semula foto-foto lama ambe. Kalau tak silap, FlickrPro mengenakan bayaran RM100 untuk setahun. Ambe menggunakan FlickrPro dengan sepenuhnya dan upload banyak gambar. Sejak ambe memiliki kamera DSLR, uploads ambe berganda-ganda.

My wife. Shot with Canon 40D attached with old Nikon lens.
Sehinggalah cukup setahun langganan FlickrPro ambe pun expired. Maka flickr kembali kepada rupa asalnya seperti sembelum ini, foto yang lebih dari 200 terakhir di hidekan. Ambe fikir ini tak boleh jadi. Berapa banyak flickr paw ambe hanya untuk tunjukkan foto sahaja. Disaat flickr mencari uwang dengan subscription dengan menghadkan limitasi sebegini, ambe masih ingat, facebook telah melakukan upgrade pada photo viewernya. Dengan latar belakang hitam, view yang besar, comment, tagging, dan hampir tiada limitasi untuk bilangan gambar ambe mula fikir flickr adalah alternatif yang sebenarnya jauh lebih baik dari flickr! Dengan lebih ramai pengguna daripada flickr, inovasi facebook menarik lebih ramai orang meninggalkan flickr berhijrah ke facebook. Disaat itu ambe mula melihat flickr sebagai budak sombong forever-alone. Ambe hanya datang occasionally sahaja di flickr mungkin untuk 3 bulan sekali. Itupun tak ada banyak updates kerana aktiviti di flickr jatuh mendadak.

Sehinggalah beberapa minggu lepas, ambe terlihat ada beberapa orang post status di facebook mengenai layout baru di flickr, jadi dengan curiosity, ambe pun lawatlah semula... Dan... Wow! Ambe jatuh cinta pandang pertama pada layout baru flickr! Lebih dynamic, lebih inovasi dan yang paling hebat sekali adalah, 1 Terrabyte ruang untuk setiap pengguna flickr! WOW! Bila google first came out dengan GMail 1 Gigabyte untuk satu akaun pun ambe dah terkejut beruk, inikan pula 1 Terrabyte! 1024 kali lebih banyak storage berbanding storage yang GMail boleh sediakan!

The new flickr layout. Dynamic content. 1 TB storage!