Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan

Rabu, 29 Mei 2013

#58: ICCEM 2013 - Difficult Airway Course

Cricothyrotomy: When airway is too difficult/failed airway
Ambe kursus lagi pada 26 dan 27 Mei lepas, kali ni kursus mengenai "Difficult Airway" yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (kemudian berpindah ke Academy of Medicine, bersebelahan dengan Hospital Kuala Lumpur dan Institut Perubatan Respiratori). Kursus ni sebenarnya berbayar dan untuk "Difficult Airway", kursus selama 2 hari ni ambe dikenakan bayaran sebanyak RM 200 (yang luckily diuruskan oleh pihak kewangan di hospital tempat ambe bekerja). Kursus ni dihadiri oleh ramai medical officer dan juga jururawat serta senior PPP. Ambe rasa ambelah yang paling junior di kursus ni.

Kursus disampaikan oleh 2 orang pakar/consultant dalam bidang ini iaitu Dr Lotfi, tak silap ambe dia adalah ketua jabatan kecemasan dan trauma hospital kuala terengganu dan juga disampaikan oleh seorang consultant antithesis dari Hospital Kuala Lumpur. Mengikuti kursus ni adalah agak "tinggi" bagi saya kerana banyak isinya agak "advance" dari pengetahuan serta skop kerja saya. Akan tetapi banyak ilmu yang saya timba dari kursus ini dan mungkin boleh membantu saya di dalam pekerjaan pada suatu hari nanti. Antara pengetahuan yang paling berguna adalah beberapa algorithm untuk airway management seperti algorithm Difficult Airway, Failed Airway, Rapid Sequence Intubation, dan Crash Intubation algorithm. Terdapat juga skill station dimana ambe telah diberi peluang untuk melakukan sendiri prosedur direct intubation dengan laryngoscope berkamera, intubation menggunakan fibre-optic-driven, glidescope, memasukkan laryngeal mask airway dan juga melakukan prosedur cricothyrotomy. Ni ada beberapa foto yang ambe shoot di sepanjang event kursus Difficult Airway yang berlansung selama 2 hari ini:

View dari tempat kursus, Academy of Medicine. Hospital Kuala Lumpur ada diseberang jalan ini.
Dr. Lotfi (baju kelabu sebelah kiri) beri lecture tentang Difficult Airway pada mannequin 
Intubation dengan bantuan alat GlideScope 
Prosedur menukar ETT tanpa perlu intubate kali ke dua

Sabtu, 25 Mei 2013

#57: PD, not "Pure Data", but "Port Dickson"

Banyak hari ambe dok update blog. Ambe sebenarnya baru balik dari kursus yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan beberapa hari lepas. Kursus berlangsung di Hotel Avillion Admiral Cove yang terletak di tepi pantai yang ditambak membentuk satu teluk buatan manusia. Kursus yang ambe ikuti adalah kursus "Local Preceptor" yang sebenarnya kursus untuk melatih staff-staff yang terdiri dari Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Sister dan Matron bagi menyediakan diri sebagai "local preceptor" untuk Pembantu Perawatan Kesihatan di hospital. Bersama-sama post ini ambe include sekali beberapa foto yang ambe tangkap dengan handphone ambe sewaktu menjalani kursus:

Sunset. View dari birai pantai
Demonstrasi kaedah pengajaran "Show and tell"
Hotel entrance
2 of them are my boses and the rest are just makan buddies.
This is where they park their boat
What is more worse than a sunset photo? 2 sunset photo. This is the 2nd one.
Makan ber-buffet di hotel memang "WIN" bagi kami.
Bot ni ada label "AYAH". Ambe rasa pemiliknya memang anak bapak.
More demonstration. FYI, we are forming "V" shaped audience.