|
Cricothyrotomy: When airway is too difficult/failed airway |
Ambe kursus lagi pada 26 dan 27 Mei lepas, kali ni kursus mengenai "Difficult Airway" yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (kemudian berpindah ke Academy of Medicine, bersebelahan dengan Hospital Kuala Lumpur dan Institut Perubatan Respiratori). Kursus ni sebenarnya berbayar dan untuk "Difficult Airway", kursus selama 2 hari ni ambe dikenakan bayaran sebanyak RM 200 (yang luckily diuruskan oleh pihak kewangan di hospital tempat ambe bekerja). Kursus ni dihadiri oleh ramai medical officer dan juga jururawat serta senior PPP. Ambe rasa ambelah yang paling junior di kursus ni.
Kursus disampaikan oleh 2 orang pakar/consultant dalam bidang ini iaitu Dr Lotfi, tak silap ambe dia adalah ketua jabatan kecemasan dan trauma hospital kuala terengganu dan juga disampaikan oleh seorang consultant antithesis dari Hospital Kuala Lumpur. Mengikuti kursus ni adalah agak "tinggi" bagi saya kerana banyak isinya agak "advance" dari pengetahuan serta skop kerja saya. Akan tetapi banyak ilmu yang saya timba dari kursus ini dan mungkin boleh membantu saya di dalam pekerjaan pada suatu hari nanti. Antara pengetahuan yang paling berguna adalah beberapa algorithm untuk airway management seperti algorithm Difficult Airway, Failed Airway, Rapid Sequence Intubation, dan Crash Intubation algorithm. Terdapat juga skill station dimana ambe telah diberi peluang untuk melakukan sendiri prosedur direct intubation dengan laryngoscope berkamera, intubation menggunakan fibre-optic-driven, glidescope, memasukkan laryngeal mask airway dan juga melakukan prosedur cricothyrotomy. Ni ada beberapa foto yang ambe shoot di sepanjang event kursus Difficult Airway yang berlansung selama 2 hari ini:
|
View dari tempat kursus, Academy of Medicine. Hospital Kuala Lumpur ada diseberang jalan ini. |
|
Dr. Lotfi (baju kelabu sebelah kiri) beri lecture tentang Difficult Airway pada mannequin |
|
Intubation dengan bantuan alat GlideScope |
|
Prosedur menukar ETT tanpa perlu intubate kali ke dua |
Tiada ulasan: