Jumaat, 1 Mei 2015

#119: Trading point 5 in Wolfe Wave (Part 1)

Fig 1. Bullish Bat Harmonic Pattern Found!
Ambe jarang trade menggunakan Harmonic Pattern dalam mencari lokasi sesuai untuk membuka order. Sebelum ini ambe ada menggunakan indicator Harmonic Pattern Recognition, ZUP v135 untuk MT4 dan ambe dapati ia bekerja dengan bagus. Cuma, sewaktu trading, ambe dapati ia sentiasa mencari pattern terbaru, dan jika ambe dah membuka order untuk contohnya Bullish Bat Pattern, dan tiba-tiba pattern baru emerges, contohnya Bearish Butterfly Pattern, ambe akan jadi panik kerana ambe sedang trade untuk Buy, tapi indicator suggested untuk Sell. Jadi ambe dapati cara ini tidak praktikal. Indicator Harmonic Pattern Recognition sungguh cekap mengenal berbagai-bagai pattern, tapi kecekapan ini sendiri menjadikan ia kurang praktikal untuk digunakan sewaktu trading.

Antara Harmonic Pattern
Walaupun ambe kurang minat untuk trade Harmonic Pattern kerana pengalaman membingungkan bersama Indicator Harmonic Pattern Recognition, ambe ada membaca tentang Harmonic Pattern kerana bagi ambe ia tetap satu cara trading yang menarik. Harmonics Pattern adalah seperti trading yang banyak menggunakan trendlines, support resistant level dan lain-lain, seterusnya memperhatikan apa tindakan harga setelah menyentuh trendlines atau support resistant level. 

Biasanya pattern di recognized berpandukan ZigZag atau Fractals pergerakan harga. Terdapat banyak Harmonic Pattern. yang boleh dikenali oleh Harmonic Pattern Recognition ZUP v135. Biasanya indicator ini akan memberikan nama pattern bersama signal samaada "Bullish" atau "Bearish". Contohnya dari Fig 1, Bullish Bat pattern dijumpai dan jika di hujung segitiga biru kedua, Buy order dibuat, anda akan mendapat profit (lihat bagaimana price react shoot up dengan begitu tinggi bermula di hujung segitiga kedua).

Ambe dapati adalah tidak praktikal untuk menggunakan Indicator Harmonics Pattern Recognition yang boleh mengenal begitu banyak pattern, kerana as the price move, pattern baru sentiasa akan keluar. Ambe membayangkan keadaan ini seperti menaiki kereta untuk membuat selekoh ke kiri, tapi dalam proses untuk pusing ke selekoh kiri, seperti apa yang kita selalu buat, kita akan pusing ke kanan sedikit untuk "ambil side" sebelum pusing masuk ke lorong kiri. So disini, tujuan kita adalah ke kiri, tapi kita pusing kekanan sikit, baru masuk kiri. So route kita adalah Kiri-Kanan-Kiri walaupun sedangkan tujuan asal kita adalah terus ke kiri, Dengan indicator ZUP v135, setelah anda dapat signal untuk Sell untuk yang sepatutnya dapat 200 pip, anda boleh mendapat Buy signal sewaktu dalam perjalanan ke 200 pip, kemudian mendapat signal Sell semula. Jadi jika anda dah close trade Sell yang pertama kerana mendapat signal Buy, anda tidak akan profit dengan sepenuhnya. Ditambah pula, Harmonic Pattern tidak mempunyai peratusan ratio "keberjayaan" yang sama untuk semua pattern. Terdapat pattern yang sangat tinggi probability signalnya. Contohnya Gartley Pattern menurut kajian mempunyai 60%-70% success ratio dan ada juga pattern yang mencapai 80%-90% success ratio. Disebabkan terdapat pattern yang mempunyai winning ratio yang bagus dan kurang bagus, ambe fikir, adalah lebih bagus jika ambe hanya mencari pattern yang mempunyai winning ratio yang tinggi dan hanya tumpu pada satu pattern itu sahaja.
Fig 2. Wolfe Wave. Bullish and Bearish setup.
Wolfe Wave. Ambe discover tentang Wolfe Wave beberapa tahun lepas. Nama Wolfe Wave berasal dari nama orang yang mengasasnya iaitu Bill & Brian Wolfe. Berdasarkan carian ambe berkenaan Wolfe Wave, pattern ini mempunyai winning ratio yang tinggi iaitu 90%. Profit dan Loss ratio untuk pattern Wolfe Wave juga sangat tinggi. Karakteristik Wolfe Wave adalah seperti dalam Fig 2 iaitu:
  1. The Symmetry of Waves 1 to 2 is the same as waves 3 to 4
  2. If wave 2 is sharp then it would find support at wave 2 of 1, and if it was flat then it would find support at the Wave 4 of 5 if 5 was extended, or at the main wave 4 itself if wave 5 was not extended then it would find support at main wave 4 of the same degree
  3. The Waves 3 and 4 should stay within the channel created by waves 1 and 2
  4. There are regular time between all waves.
  5. The Third Wave must be lower than the point one for a buy or lower than the wave one for a sell, thus If wave 3 is extended then wave 1 & 5 tend to be equal in length 
  6. The Third and Fifth waves are often equal to Fibonacci extensions
  7. The Fifth Wave goes pass the channel created by waves (1) and (3), and there can be the trade signal;
  8. If wave 5 was not extended then it would find support at main wave 4 of the same degree
  9. If wave 5 is extended then wave 1 & 3 tend to be equal in length and it would find support at wave 2 of 5
  10. My Target point for trade is a price along the line created by waves 1 and 4
  11. My Initial stop loss of a trade will be placed just at the newly formed reversal at wave 5, which can move quickly to break-even
Ambe bernasib baik, terdapat satu versi ZUP Harmonic Pattern Recognizer yang diprogram khas untuk mencari pattern Wolfe Wave sahaja. Versi indicator ZUP ini adalah ZUP v61 WW.

Tiada ulasan: