Jumaat, 1 Mei 2015

#120: Trading point 5 in Wolfe Wave (Final Part)

Jika anda pernah guna indicator ZUP, anda akan dapati indicator ini akan sentiasa mencari pattern baru didalam chart. Jika anda menjumpai pattern dengan signal Bullish di TF H1, tidak mustahil anda akan jumpa pattern Bearish di TF M15. Signal Bullish dan Bearish dalam trading adalah amat berlawanan. Ambe dapati hal ini sangat mengganggu urusan untuk mencapai target profit. Indicator Wolfe Wave ZUP v61 WW juga tidak terkecuali.

Jadi ambe dapati adalah lebih praktikal jika ambe menyalin semula pattern yang telah dijumpai kerana indicator ZUP akan terus mencari pattern terbaru. Jika ambe sudah jumpa pattern yang bagus, ambe akan menyalin ia dan mengabaikan pattern yang dijumpai lepas itu selagi tidak mencapai target profit.
Contoh Wolfe Wave yang dikesan oleh ZUP v61 WW. Lihat point 5 melepasi garisan 1-3.
So, setelah ambe menjumpai pattern Wolfe Wave, ambe akan menyalinnya ke chart supaya ia meninggalkan tanda yang tak akan berubah walaupun indicator telah menjumpai pattern baru. Ambe biasanya akan menyalin pattern yang dijumpai di chart TradingView. Ini contoh yang telah ambe salin:
Fig 3. Wolfe Wave yang ambe salin di chart TradingView
Untuk trading Wolfe Wave, decision perlu dibuat di Point 5. Ambe memberi contoh Wolfe Wave yang sudah berjaya. Lihat Fig 3, ambe ada tandakan bulatan untuk decision area, dimana keputusan untuk trade dibuat di area tersebut. Sebelum ini ambe ada cuba terus membuat order terus betul-betul di puncak Point 5. Tapi ambe dapati ia bukan semudah itu. Price boleh pergi lebih tinggi melepasi Point 5 dan ia boleh menjadi Point 5 yang baharu menyebabkan order anda boleh terkena SL.
Jadi, order ambe adalah pada kemasukan semula price dari Point 5 ke garisan 1-3, dan bukan bermula dari Point 5
Sekarang, tumpuan utama ambe adalah di ruang Decision Area yang ambe telah tandakan. Ambe menggunakan konsep "last kiss" untuk menentukan price mempunyai konsistensi yang tinggi untuk terus bergerak ke arah yang dianjurkan oleh Wolfe Wave, dan dalam kes ini, bergerak ke bawah. Oleh itu, ambe akan tandakan Decision Area dengan sebuah kotak seperti ini supaya ambe senang mencarinya kemudian.
Tandakan dengan sebuah kotak untuk memudahkan mencari Decision Area dari mana-mana TF
Selepas tandakan ruang Decision Area, kita akan bergerak ke TF yang lebih rendah untuk mengetahui apa yang berlaku di ruang Decision Area. Dalam kes ini, Wolfe Wave ditandakan di TF M5. Jadi ambe akan turun ke TF M1 untuk melihat apa yang berlaku di dalam kotak tersebut.
Ini kotak Decision Box di TF M1. Disini kita tumpu untuk melihat bagaimana price react pada 1-3 trendline.
Setelah masuk ke TF yang lebih rendah, dalam kes ambe ini, M1, cari semula lokasi kotak dan tumpuan kita sekarang adalah untuk melihat bagaimana price react pada garisan 1-3.
We have a last kiss here!
Sekarang, kita cuba cari apakah tanda-tanda untuk conformation bahawa price akan terus bergerak ke bawah. Ambe membuat conformation dengan mencari candle "Last Kiss". Atau sesetengah orang memanggil "Last Touch". Lihat bagaimana ada 3 candle terlebih dahulu melepasi garisan 1-3, tapi naik keatas semula. Itu bukanlah entry point bagi ambe. Lihat bagaimana seterusnya satu candle Bearish menembusi garisan 1-3 dengan lebih kuat, kemudian ada satu lagi candle Bullish yang telah diopen dibawah garisan 1-3 menyentuh semula garisan 1-3 tapi rejected. Ini adalah setup bagi "Last Kiss", satu conformation bahawa price akan terus menjunam melepasi garisan 1-3 mengikut anjuran Wolfe Wave hopefully, menyentuh Target Profit pada garisan 1-4
Lihat bagaimana price bergerak dari garis 1-3 dan melepasi garisan 1-4
Ini adalah setup Wolfe Wave yang telah selesai. Price bergerak dari Point 5, menjunam melepasi garisan 1-3 dan terus menjunam hingga menyentuh garisan 1-4 iaitu target profit kita. Wolfe Wave menandakan Supply dan Demand imbalance yang tinggi. Lihat bagaimana price terus bergerak menjunam melepasi garisan 1-4 kerana Supply Demand Imbalance yang sangat tidak stabil (kebetulan juga terdapat High Volatility News disaat price menyentuh garisan 1-4). Jika anda suka menggunakan Trailing Stops, dengan setting Trailing Stops yang sesuai, anda mungkin boleh terus mendapat profit beberapa ribu pip.

Setakat ini sahaja artikel ambe mengenai Wolfe Wave dan cara untuk trade di Point 5. Ambe berharap artikel ini bermanfaat. Nasihat ambe lagi, sila gunakan Stoploss dengan sesuai untuk setiap trade kerana walaupun Wolfe Wave mempunyai probability yang tinggi untuk menang, tapi potensi untuk loss masih ada. Jadi sila letakkan SL level dengan bijak.

Selamat bertrading! Sekian.

Tiada ulasan: