Memaparkan catatan dengan label audio interface. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label audio interface. Papar semua catatan

Jumaat, 1 November 2013

#83: Sexy Beast

Focusrite Scarlett series 18i6
OMG! Ambe dok sangka yang sebelum ni ambe duduk aim nok beli Focusrite Scarlett 2i4, tapi hari ni, Focusrite Scarlett 18i6 pulak yang ambe dapat. Sebelum ni sewaktu ambe survey mengenai Scarlett 2i4, ambe ada terbaca di satu forum mencadangkan alang-alang nak ambil audio interface yang baik, baik sambar Scarlett 8i6 terus sebab harganya tak jauh beza dengan Scarlett 2i4.

JACK shows 18 input and 6 output
Long story short, ambe telah beli sexy beast ni dari seorang rakan FB dari Setapak. Second hand, datang dengan kotak dan 2 disc driver, installer Ableton Live dan koleksi sample audio loops. Ambe ingat 18i6 ni kecik macam 2i4 tapi meleset. Benda ni besar dan very well build! External power source pun kena ada (tak macam 2i4 yang fully powered dgn USB).

18i6 ada 18 input dan 6 output. Tapi yang ada pada unit ni hanya ada 10 input. 8 lagi boleh connect dengan Optical input dari belakang unit ni. So far, ambe guna menatang ni dengan Linux Mint tade masaalah.

Ambe dapat latency 2.67 millisecond dengan memilih sample rate 192000 dan 256 frames. Dengan latency 2.67 millisecond, ambe masih mendapat XRUN, tapi tak kerap (1 XRUN dengan selang 8-10 saat) jadi ambe rasa ia acceptable. Untuk lebih selamat, bolehlah gunakan setting yang lebih sederhana dan akan berakhir dengan latency yang masih acceptable seperti 13 millisecond dengan langsung tak ada XRUN.

Settings on qjackctl. Latency 2.67 millisecond.

Rabu, 8 Mei 2013

#53: Battle : Focusrite Scarlett 2i4 vs PreSonus AudioBox 22VSL

PreSonus AudioBox 22VSL
Dengan price range sama dengan Focusrite Scarlett 2i4, PreSonus AudioBox 22VSL bagi ambe adalah contender yang baik. Ambe boleh discover USB Audio Interface ni dari sebuah page online shopping dengan mencari price range sama level dengan Focusrite Scarlett 2i4. Dari segi specification, AudioBox 22VSL memang sebagus Scarlett 2i4. Kedua-duanya bercirikan 24 bit dan 96kHz. 2 soket untuk 48V phantom powered input untuk XLR dan instrument jack. MIDI-in dan MIDI-out. Kedua-duanya memang direkabentuk dengan binaan kukuh dan tahan hentakan. Dibawah ini adalah pandangan depan dan belakang PreSonus AudioBox 22VSL (cuba bandingkan dengan Focusrite Scarlett 2i4):
PreSonus AudioBox 22VSL USB Audio Interface
Focusrite Scarlett 2i4 USB Audio Interface
Kedua-dua Audio Inteface ini mempunyai fungsi yang hampir sama sehinggakan jika anda google "focusrite scarlett 2i4 vs presonus audiobox 22vsl" anda akan jumpa beberapa post yang menanyakan tentang yang manakah pilihan yang lebih baik antara kedua-dua produk ini. Dan jika anda browse kebanyakan post-post ini, anda akan lihat ramai orang lebih mengesyorkan untuk memilih Focusrite Scarlett 2i4. Ada pengguna AudioBox 22VSL menulis ia satu produk yang baik, tetapi setelah lama menggunakannya, volume knob pada 22VSL mula bermasaalah dan ada juga memberitahu terdapat clipping sewaktu melakukan recording. Latency AudioBox 22VSL sangat baik malah AudioBox ada fungsi untuk mendengar terus monitor wetsignal secara realtime dengan hampir tiada latency! Focusrite Scarlett 2i4 pula mengikut rujukan di internet hanya boleh monitor dry signal (citation needed). 22VSL jelas ada fungsi yang cemerlang dan memang langsung tiada pada Scarlett 2i4. Fungsi kedua-dua device ini yang ada kelebihan masing-masing memang membuatkan pengguna ralat untuk memilih yang mana satu patut dimiliki.