Memaparkan catatan dengan label focusrite. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label focusrite. Papar semua catatan

Jumaat, 1 November 2013

#83: Sexy Beast

Focusrite Scarlett series 18i6
OMG! Ambe dok sangka yang sebelum ni ambe duduk aim nok beli Focusrite Scarlett 2i4, tapi hari ni, Focusrite Scarlett 18i6 pulak yang ambe dapat. Sebelum ni sewaktu ambe survey mengenai Scarlett 2i4, ambe ada terbaca di satu forum mencadangkan alang-alang nak ambil audio interface yang baik, baik sambar Scarlett 8i6 terus sebab harganya tak jauh beza dengan Scarlett 2i4.

JACK shows 18 input and 6 output
Long story short, ambe telah beli sexy beast ni dari seorang rakan FB dari Setapak. Second hand, datang dengan kotak dan 2 disc driver, installer Ableton Live dan koleksi sample audio loops. Ambe ingat 18i6 ni kecik macam 2i4 tapi meleset. Benda ni besar dan very well build! External power source pun kena ada (tak macam 2i4 yang fully powered dgn USB).

18i6 ada 18 input dan 6 output. Tapi yang ada pada unit ni hanya ada 10 input. 8 lagi boleh connect dengan Optical input dari belakang unit ni. So far, ambe guna menatang ni dengan Linux Mint tade masaalah.

Ambe dapat latency 2.67 millisecond dengan memilih sample rate 192000 dan 256 frames. Dengan latency 2.67 millisecond, ambe masih mendapat XRUN, tapi tak kerap (1 XRUN dengan selang 8-10 saat) jadi ambe rasa ia acceptable. Untuk lebih selamat, bolehlah gunakan setting yang lebih sederhana dan akan berakhir dengan latency yang masih acceptable seperti 13 millisecond dengan langsung tak ada XRUN.

Settings on qjackctl. Latency 2.67 millisecond.

Rabu, 8 Mei 2013

#53: Battle : Focusrite Scarlett 2i4 vs PreSonus AudioBox 22VSL

PreSonus AudioBox 22VSL
Dengan price range sama dengan Focusrite Scarlett 2i4, PreSonus AudioBox 22VSL bagi ambe adalah contender yang baik. Ambe boleh discover USB Audio Interface ni dari sebuah page online shopping dengan mencari price range sama level dengan Focusrite Scarlett 2i4. Dari segi specification, AudioBox 22VSL memang sebagus Scarlett 2i4. Kedua-duanya bercirikan 24 bit dan 96kHz. 2 soket untuk 48V phantom powered input untuk XLR dan instrument jack. MIDI-in dan MIDI-out. Kedua-duanya memang direkabentuk dengan binaan kukuh dan tahan hentakan. Dibawah ini adalah pandangan depan dan belakang PreSonus AudioBox 22VSL (cuba bandingkan dengan Focusrite Scarlett 2i4):
PreSonus AudioBox 22VSL USB Audio Interface
Focusrite Scarlett 2i4 USB Audio Interface
Kedua-dua Audio Inteface ini mempunyai fungsi yang hampir sama sehinggakan jika anda google "focusrite scarlett 2i4 vs presonus audiobox 22vsl" anda akan jumpa beberapa post yang menanyakan tentang yang manakah pilihan yang lebih baik antara kedua-dua produk ini. Dan jika anda browse kebanyakan post-post ini, anda akan lihat ramai orang lebih mengesyorkan untuk memilih Focusrite Scarlett 2i4. Ada pengguna AudioBox 22VSL menulis ia satu produk yang baik, tetapi setelah lama menggunakannya, volume knob pada 22VSL mula bermasaalah dan ada juga memberitahu terdapat clipping sewaktu melakukan recording. Latency AudioBox 22VSL sangat baik malah AudioBox ada fungsi untuk mendengar terus monitor wetsignal secara realtime dengan hampir tiada latency! Focusrite Scarlett 2i4 pula mengikut rujukan di internet hanya boleh monitor dry signal (citation needed). 22VSL jelas ada fungsi yang cemerlang dan memang langsung tiada pada Scarlett 2i4. Fungsi kedua-dua device ini yang ada kelebihan masing-masing memang membuatkan pengguna ralat untuk memilih yang mana satu patut dimiliki.

Isnin, 6 Mei 2013

#51: Audio Interface pulokkk..

Enough pasal politik, ambe nok fikir tentang nok melengkapkan home studio ambe pulok. Ambe baru saja ambik Audio Technica Headphone Monitor ATH-M20 pada jumaat lepas (sebenarnya dok bercadang untuk ambil lagi, tapi alang-alang ambe bawa adik ambe cari korg microkey dan korn kontrol, ambe sambar terus bila ambe try sendiri di kedai tu). Sekarang ambe dah ada headphone yang baik, ambe nok cari audio interface pulok.

Sound Blaster Live! 24-bit.
Buat masa sekarang ambe guna PCI soundcard untuk pemprosesan audio di komputer. Sound Blaster Live! 24-bit yang ambe beli 2nd hand di Plaza Imbi. Soundcard ni ambe kira ok saja. Sederhana kuasanya seperti kebanyakan soundcard lain. Ambe mula menghadapi masaalah bila ambe nok proses audio dalam komputer bila masa ambe run Jack Audio Connection Kit, latency soundcard ambe adalah lebih dari 40ms! Bagi ambe 40ms bukanlah isu yang besar sebab 40ms masih takleh dapat dibezakan oleh kebanyakan manusia normal. Tapi yang jadi masaalah bagi ambe adalah masaalah "xrun" pada Jack Audio Connection Kit. Ambe membuat kesimpulan soundcard pada komputer ambe memang tak mampu untuk memproses audio dari komputer ambe. Simple-simple process takpe, ini kalau dah berapa banyak audio effect digunakan, audio pulak stack berapa channel, kalau tak ada audio interface yang cukup kuasa memang akan berlaku "xrun". "Xrun" juga berlaku sewaktu saya menggunakan MIDI keyboard, dimana bila saya mula menekan keyboard dengan laju dan menekan banyak key serentak, jack mula mengeluarkan "xrun" dan saya boleh mengesan bunyi yang ter"padam" atau hilang melalui headphone menandakan "frame" telah terskip untuk pemprosesan audio.

30 band EQ. JAMin is a JACK Audio Connection Kit (JACK) Audio Mastering Interface.
Ambe juga banyak buat experiment yang ambe fikir akan lebih lagi membebankan pemproses audio ni iaitu synthesis bunyi. Ambe ada beberapa synth dalam komputer ambe yang ambe download dari repository Linux seperti ZynAddSubFX, Yoshimi, amsynth, dan lain-lain. Ambe juga menggunakan programming environment untuk audio synthesis seperti PureData, Faust, Beast dan lain-lain. Jadi kepantasan audio processing memang penting bagi ambe. Dengan adanya beberapa professional audio mastering tools dalam komputer ambe seperti JAMin yang mempunyai 30-band EQ, bayangkan berapa banyak calculation perlu dilakukan untuk mendapatkan keputusan secara real-time! Hal-hal seperti ini agak mustahil untuk dilakukan secara real-time tanpa "xrun" dengan audio inteface biasa.

Alesis iO2 Express Audio Interface
Ambe ada berkenan beberapa audio interface yang ambe ada survey di internet (melalui forum-forum berkaitan Linux dan Audio) dan ambe ada jumpa beberapa USB audio inteface yang boleh digunakan pada semua platform yang ambe guna iaitu Linux, Mac OSX dan Windows. Sebelah ini adalah USB audio inteface Alesis iO2 Express. Ambe rasa ini adalah audio interface yang paling murah ambe boleh dapat iaitu di kebanyakan tempat jual dengan harga RM400+. Bagi ambe ia cukup lengkap dimana ia ada 2 input dan 2 output. Ada 2 input untuk microphone ber"phantom power" XLR dan ada input untuk MIDI. Mengikut pembacaan ambe, ia disupport dengan baik dalam Linux. Plug-and-Play terus boleh guna sebab guna interface USB lama iaitu USB 1.1. Ada ramai orang review Alesis iO2 Express sebagai audio interface yang bagus, tapi ramai orang condemn tentang build-quality yang terasa macam guna plastik murah dan mudah rosak/pecah. Ambe 50-50 untuk dapatkan Alesis iO2 Express sebab bukan setakat qualiti buatannya saja yang ambe tak berkenan, dari segi designnya pun nampak tak cool dan dull. Ambe juga suka quality dan persembahan, jadi Alesis iO2 Express memang "phail!" pada pendapat ambe. Oleh sebab tu ambe datang lagi dengan 2 model USB audio inteface yang ambe berkenan, iaitu Scarlett 2i2 dan Scarlett 2i4 daripada Focusrite. Design yang lawa, warna yang manarik, build-quality yang kukuh, design ala unibody dengan seluruhnya casing metal, warna merah yang cool dan fully supported by Linux! Cantik kan? Ada 2 jenis, Scarlett 2i2 tak ada input untuk midi dan Scarlett 2i4 ada midi-in dan midi-out.

Focusrite Scarlett 2i2 (top) Scarlett 2i4 (bottom)