Memaparkan catatan dengan label code blue. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label code blue. Papar semua catatan

Rabu, 24 April 2013

#41: Ada Orang Collapse?!! OMG! OMG! OMG!

Ada orang collapse?!! OMG! OMG! OMG!
First of all, saya tertinggal "." pada baris 3 iaitu selepas perkataan "TELEFONIS". "Sila dail "0" untuk telefonis. Format pengumuman Code Blue adalah bla.. bla.. bla.. Begitulah bacaannya. Tapi poster ni dah di print jadi saya hanya buat "dot" disitu dengan permanent marker. Enough tentang grammatical error ni.

Poster ni diletakkan di 9 tempat di seluruh hospital ambe. Salah satunya tempat ambe sendiri. Secara flownya, mana-mana orang akan call ambe untuk activate Code Blue dan ambe akan call telefonis untuk buat pengumuman Code Blue yang boleh didengari seluruh hospital. Kemudian barulah orang yang berkenaan boleh pergi ke tempat mangsa. Tujuannya untuk bagitahu tempat kejadian dan kumpulkan ahli team Code Blue menuju ke lokasi.

Isnin, 22 April 2013

#40: Code Blue Poster Design

Ambe masuk meeting bersama "orang-orang besar" jumaat lepas dan ada isu yang timbul mengenai unit ambe mengenai Code Blue. Tak ramai orang tahu tentang perkara ni sedangkan ia penting untuk diketahui semua staff yang bertugas di hospital. Jadi timbul satu cadangan iaitu untuk mengiklankan sistem Code Blue kepada semua unit-unit di hospital ambe. Ambe memang suka benar dalam bab-bab design-mendesign ni, so ambe came out dengan design ni:

This one is in english
And this one is in malay.
Yeap, semua dalam Helvetica Hehehhe. Design agak skema dan sebenarnya ada follow poster parody berkenaan medical emergency dimana poster itu menunjukkan seorang lelaki melakukan Heimlich Maneuver pada seekor angsa LOL! Poster ini mungkin memerlukan penambahbaikan dan kemudian akan ditampal di seluruh Hospital ambe.

By the way, ambe ada generate satu poster "keep calm and carry on", versi Code Blue Hehehehe:

Keep Calm and call my unit maaa...