Memaparkan catatan dengan label philip glass. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label philip glass. Papar semua catatan

Rabu, 17 April 2013

#36: Arpeggiator On Steroid

Muzik dibawah saya compose menggunakan application yang mempunyai satu tools bernama "Arpeggiator". Saya tiada pendidikan formal dalam muzikal dan perkataan "arpeggio" adalah asing bagi saya tetapi saya menjumpai maksud perkataan "arpeggio" melalui tools bernama Arpeggiator dari application tadi. Menurut google, arpeggio bermaksud "The notes of a chord played in succession, either ascending or descending". Dan itulah yang dilakukan oleh tools bernama Arpeggiator, playing chord in sucession samaada menaik atau menurun. Maka saya compose muzik ini untuk berexperiment dengan arpeggio:


Pertama kali ambe dengar Philip Glass adalah sewaktu menonton filem dokumentari bernama "Koyaanisqatsi" directed by Godfrey Reggio yang menggunakan muzik-muzik instrumental dari Philip Glass sebagai background music pada seluruh filem ini. Muziknya bercirikan pattern yang kecil dengan repetition yang melampau-lampau. Bagi sesetengah orang ia membosankan tapi tidak bagi saya. Pattern yang panjang tapi berulang-ulang memang membosankan tapi pattern pendek yang berulang-ulang tidak.


Kalau anda perhatikan video diatas, anda boleh dengar pattern keyboard dan vocal yang repetitive. Ini adalah konsep yang baru bagi saya dan bagi saya ia adalah menarik tetapi unorthodox dalam penghasilan muzik.

Jumaat, 12 April 2013

#31: Relax petang jumaat sambil dengar muzik indian-orchestral-fusion

Muzik hasil kolaborasi 2 minda genius muzik tradisional barat dan timur iaitu Philip Glass dan Ravi Shankar menghasilkan album bernama Passage memang baik untuk dilayan petang-petang begini bagi menghilangkan stress waktu kerja. Dibawah ini adalah Ragas in Minor Scale:


Awas! Muzik ini sangat mengkhayalkan! Tapi jika anda memang mahu relax, tenangkan fikiran, ini ubatnya. Untuk lebih kesan relax, sila dengar menggunakan headphone sambil memejam mata. Dat feeling memang buat diri rasa melayang diudara.

So besok cuti, jadi selamat bercuti yah!