Memaparkan catatan dengan label film. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label film. Papar semua catatan

Rabu, 14 Januari 2015

#115: Whiplash (2014) film review

Kalau Stanley Kubrick segarang Sergeant Hartman (Full Metal Jacket) menjadi pengajar muzik, maka beliau adalah Terence Fletcher. Whiplash (2014) adalah tajuk satu muzik Big Band Jazz yang mana big band ini features drumming (seperti Buddy Rich Big Band). Siapa yang meminati jazz mungkin tahu betapa rumitnya muzik jazz. Jazz sepatutnya menenangkan, tapi ia tak setenang yang ditunjukkan. Filem ini menunjukkan betapa teruknya latih tubi yang perlu dilakukan seorang drummer jazz untuk menjadi perfect bagi menepati kehendak seorang perfectionist yang bermulut puaka. Segarang-garang Sergeant Hartman pun, beliau jenis tak simpan dendam. So technically, Fletcher lagi teruk. Whiplash (2014) ambe dapati ada resemblance Black Swan (2010) dimana ia tentang students yang hampir tergelincir kewarasannya ingin memenangi hati pengajar supaya terpilih untuk menjadi orang utama. Ia hampir segelap Black Swan (2010) dan ada ala-ala Rocky (1976) dengan mentor yang juga bermulut puaka cuba push kemampuan manusia hingga limit. Ambe suka filem ni tapi ambe suka kalau ia lebih "dark". So ambe bagi rating 7.5/10 untuk filem ni.


Whiplash (2014)

Selasa, 8 April 2014

#98: Some of My Old Photos

Suhaimi di tahiyyat akhir. Solat di perhentian R&R ketika pulang dari kursus di Kuala Lumpur
My old Rolleicord TLR and some unexposed films.
Teman lama.
I miss my old hair.
This is Jailani checking his telephone.

Selasa, 9 April 2013

#28: Facebook features - Adding your favorite films!

Sebahagian kecil dari filem-filem yang telah saya tonton
Filem adalah passion saya. Seperti muzik juga, saya suka akan filem foreign. Filem yang bagus transcends perbezaan budaya dan bahasa. Beberapa hari lepas saya lihat terdapat perubahan pada layout facebook dan antaranya adanya ruang untuk memasukkan filem-filem yang anda telah tonton atau filem-filem kegemaran anda. Diatas adalah sebahagian kecil dari filem-filem yang telah saya tonton.

Roger Ebert meninggal pada beberapa hari lepas. Saya tak fikir master dalam review filem ini sempat menggunakan function ini sebelum beliau meninggal. I do miss him and his great film reviews.

Selasa, 3 Januari 2012

#11: Expired Centuria DNP 100

My younger brother, Udin
Pagor
A very good friend of mine, Joe


Make: Olympus OM2n/Zuiko 50mm/1.4/Expired Centuria DNP 100
Semuanya manually developed dan negative scanned by Dr. Pishal (kudos). Baru-baru ini saya telah sertai meeting SPPG dan saya berasa amat terkejut dgn perkembangan group itu akhir-akhir ini. SPPG bermula dengan hanya 5-6 orang ahli peminat fotografi analog, dan sekarang ia berkembang hingga setakat ini ahlinya mencapai lebih 350 orang. Sewaktu menghadiri perjumpaan SPPG di studio SPPG baru-baru ini, saya dapat lihat banyak aktiviti dilakukan seperti latihan amali film developing dan penggunaan film enlarger (sebuah studio bilik gelap yang lengkap). 

Teruskan praktis yang terbaik! Terus maju SPPG! :)

Khamis, 1 Disember 2011

#7: Le Review of CCTV 25mm f1.4 (Part 2)

Bokeh comparison. Lihat Cat's Eye Effect pada lens CCTV.
Sila rujuk artikel Kenrockwell mengenai bokeh (yang saya fikir ia penjelasan paling detail mengenai bokeh di internet). Menurut beliau, bokeh yang bagus sepatutnya (secara sains optik) mempunyai tebing yang lembut (seperti Gaussian blur) hingga tebing bulatan bokeh tak dapat dikenali. Saya fikir bokeh lens pencake Lumix 14mm f2.5 adalah bokeh yang bagus walau pada wide open (f2.5). CCTV 25mm f1.4? Nampak ok dalam kegunaan biasa di bawah cahaya matahari. Tapi bila sumber cahaya dari lampu, lihat ini:

Tebing bokeh yang tidak lembut. Lens CCTV 25mm f1.4
Ya, tebing bokeh yang keras. Klasik.

Bentuk bokeh yang semakin menjauhi center gambar akan terdistort membentuk "mata kucing". Distribusi bokeh yang berjauhan dengan center gambar nampak makin padat. Formation bokeh yang berjauhan dengan center gambar membentuk seperti spiral. Cat's Eye + Spiral Formation, obviously ia membentuk swirl bokeh.

So, bokeh, cats eye effect, adakah ia tak bagus? Bagi saya, ia personal preference. Juga mengikut keperluan tujuan kita menggunakan kamera. Untuk special effect, saya akan pilih lens ini! Untuk fotografi yang memerlukan detail terbaik dan extreme precision, saya akan pilih lens yang bagus untuk kerja itu. Seperti bertanya, "kenapa di zaman moden ini masih menggunakan filem?". Ia ada keistimewaannya yang tersendiri.