Memaparkan catatan dengan label lumix gf-2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lumix gf-2. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Februari 2014

#93: Helangkawi Island

Omar and ibu waiting for departure at LCCT.
Ambe baru sahaja balik dari cuti. Ambe ambik cuti selama 3 hari bermula isnin lepas hingga rabu. Bini ambe telah booking 3 tiket penerbangan AirAsia sejak tahun lepas lagi untuk percutian ni. 3 tiket iaitu untuk ambe, bini ambe dan Omar.

Disebabkan beli tiket awal, harga tiket sangat murah. Tiket pergi-balik untuk 3 orang hanyalah RM300+ sahaja yang ambe rasa sangat murah berbanding perjalanan dengan kereta yang mengambil lebih masa, tak lupa juga, caj untuk menaiki feri RM28 seorang dan sehala. Banyak juga tempat yang ambe lawati di pulau ni. Antaranya Pantai Cenang, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, dan GeoPark. Overall lawatan di pulau ini amat memuaskan. Program Island Hopping ambe rasa sangat valuable for money kerana dengan hanya bayaran RM35 (lebih kurang 10 USD) anda boleh menaiki bot meluncuri pantai melawat beberapa pulau di sekitar langkawi, satu pengalaman baru bagi ambe. Dibawah ini adalah beberapa gambar yang ambe tangkap sewaktu lawatan ambe di pulau ini.

This is Omar Shahnaz. He's big now.
A Jelly Fish
.. And A Penguin
Cute little fish
Omar
Ibu & Omar

Rabu, 8 Februari 2012

#16: +ve!

Wa mini. Lumix GF-2. 14mm f2.5 pancake kit lens. On CNY 2012 eve.
Waktu itu masih tak tahu.
Uwek sana, uwek sini.
Bila masa dah tahu,
Masih uwek sana, uwek sini.
- Pantun Mr. Harmonies
Proudly announcing, wa mini dah pregnant! Alhamdulillah, Allah maha kaya! :)
Wa mini. Lumix GF-2. 14mm f2.5 pancake kit lens. On CNY 2012 eve.
Next fun part of preparing to be a parents is.. Choosing a name! :)

To be continued..

Khamis, 19 Januari 2012

#15: Spiral Bokehland

Beruwang in spiral bokehland.
Lumix GF-2 dengan lens CCTV 25mm f1.4 (equivalent 50mm f1.4 pada sensor crop 2.0). Lokasi ni di Flet Titiwangsa, area Gombak. Pelik jugak tengok 2 ekor beruang simen cacat ni digantung tinggi atas pokok. Cute tapi agak scary pada waktu malam hihihi!

Khamis, 1 Disember 2011

#7: Le Review of CCTV 25mm f1.4 (Part 2)

Bokeh comparison. Lihat Cat's Eye Effect pada lens CCTV.
Sila rujuk artikel Kenrockwell mengenai bokeh (yang saya fikir ia penjelasan paling detail mengenai bokeh di internet). Menurut beliau, bokeh yang bagus sepatutnya (secara sains optik) mempunyai tebing yang lembut (seperti Gaussian blur) hingga tebing bulatan bokeh tak dapat dikenali. Saya fikir bokeh lens pencake Lumix 14mm f2.5 adalah bokeh yang bagus walau pada wide open (f2.5). CCTV 25mm f1.4? Nampak ok dalam kegunaan biasa di bawah cahaya matahari. Tapi bila sumber cahaya dari lampu, lihat ini:

Tebing bokeh yang tidak lembut. Lens CCTV 25mm f1.4
Ya, tebing bokeh yang keras. Klasik.

Bentuk bokeh yang semakin menjauhi center gambar akan terdistort membentuk "mata kucing". Distribusi bokeh yang berjauhan dengan center gambar nampak makin padat. Formation bokeh yang berjauhan dengan center gambar membentuk seperti spiral. Cat's Eye + Spiral Formation, obviously ia membentuk swirl bokeh.

So, bokeh, cats eye effect, adakah ia tak bagus? Bagi saya, ia personal preference. Juga mengikut keperluan tujuan kita menggunakan kamera. Untuk special effect, saya akan pilih lens ini! Untuk fotografi yang memerlukan detail terbaik dan extreme precision, saya akan pilih lens yang bagus untuk kerja itu. Seperti bertanya, "kenapa di zaman moden ini masih menggunakan filem?". Ia ada keistimewaannya yang tersendiri.

Rabu, 30 November 2011

#6: Le Review of CCTV 25mm f1.4 (Part 1)

The ebay CCTV lens. Saya beli lens ini dari ebay dengan harga GBP 25.00 (approximately MYR 124.13) termasuk penghantaran (Standard international postage percuma saja. Takes 2 weeks dispatch dari Shum Shui Po, Hong Kong ke Johor Bahru). Inilah bendanya:

Tertulis: 25mm 1:1.4 TV LENS.
Dihantar hanya dalam envelope, lens ni memang compact dari segi saiz. Saya terima 4 barang. 1 lens, 1 macro ring, 1 C-Mount to Micro Four Thirds adapter dan 1 lens cap. Overall semuanya nampak ok kecuali lens cap yang nampaknya macam plastik murah saja.

Lens 25mm f1.4 ni saiznya sgt compact. Bodynya steel. Aperture ring dari getah yang dibuat bertekstur bergigi. Focusing ring berada di belakang aperture ring (sila ambil perhatian ya!) yang kadang-kadang boleh mengkonfiuskan photographer. Bukaan aperture memberikan bentuk yang pelik. Bukan bulat atau hexagon seperti lens yang biasa kita lihat, tapi bentuk yang tak seimbang seperti segi 4 yang tak sempurna. Saya tak pasti tentang bilangan bilah aperture blade, tapi ikut kiraan saya, bentuk bukaan aperture ada 10 bucu. Aperture maksimum adalah f1.4 dan aperture paling kecil adalah tertutup terus! Walau bagimanapun mengikut label, sebelum aperture tertutup terus, ia adalah pada f8.0. Body lens buatan steel dan warnanya hitam mati. Bahagian sambungan lens pada body kamera ada jalur skru (C-Mount) dan ia berwarna silver.

Bila di mount pada body kamera GF-2, lens ni nampak begitu tak sepadan kerana bentuknya yang pelik dan terlalu kecil walau untuk kamera kecil GF-2 itu. Mount adalah senang, hanya skru lens ini pada adapter yang disediakan kemas-kemas, kemudian pasangkan sahaja pada body kamera seperti mount lens biasa. Tiada electronical contact pada adapter, jadi untuk membolehkan kamera LUMIX GF-2 beroperasi dengan lens ini, maka setting "Shoot without lens" perlu dienablekan.

WARNING! Foto ini boleh membuatkan sesetengah orang rasa pening! Sample photos dari lens CCTV 25mm f1.4: Perhatikan bokehnya swirl (juga dipanggil "Cat's eye effect" kerana bentuknya yang tidak bulat sempurna seperti kebanyakan lens lain)

Walaupun in focus, tapi sharpness hanya di bahagian tengah. Menjauhi tengah, mula jadi OOF.
Aperture wide open at f1.4. 25mm adalah favorite saya untuk crop factor 2.0

Selasa, 15 November 2011

#3: The GF-2

Memandangkan kamera baru isteri saya hanya menggunakan kitlens 14mm f2.5, jadi saya fikir ada baiknya saya dapatkan satu lens yang bagus untuk dibawa kemana-mana. Maksud saya, normal focal length. 50mm pada perakam 35mm. Disebabkan sistem Micro Four Third (panjang, skrng saya akan guna "m43" untuk Micro Four Third) ber-crop-factor 2.0, jadi nak dapatkan 50mm maka saya perlu cari lens bernilai 25mm. Ni ada masuk gambarnya, Panasonic Lumix GF-2, successor yang tak berapa sakses untuk model sebelumnya, GF-1. Sensor kecik, tapi flange focal distant (20mm) sangat pendek which means, ada banyak ruang untuk pasang adapter (berbanding yang lain, Nikon - 46.5mm, Canon - 44mm, malah Leica M - 27.8mm).

Panasonic Lumix GF-2
Konsepnya begini, kalau kamera ini nak guna lens Nikon F, maka bolehlah diletakkan "pemegang" (adapter) lens yang panjangnya 26mm (46.5mm-20mm) diantara lens dan kamera. Disebabkan kamera ini mempunyai flange focal distance hanya 20mm, maka secara teknikalnya kamera ini boleh mount  lens yang direka untuk:

Samsung NX mount, RED ONE interchangeable mount, Leica M mount, M39 (Leica) Screwmount, Contax G, Olympus Four Thirds System, Konica AR, Canon FL, Canon FD mount, Start (Soviet SLR), Minolta SR mount, Fujica X bayonet, Canon EF mount, Canon EF-S mount, Praktica B mount, Sigma's SA mount, Minolta/Sony A mount, Pentax K mount, M42, Contax C/Y Mount, Olympus OM mount, Nikon F-mount, Leica R mount, Arri PL, T mount dan Mamiya 654.

CCTV? Yaa.. CCTV lens juga :) Juga, petang tadi saya baru selesai menempah satu CCTV lens dari ebay untuk digunakan pada ini. Banyak online survey yang saya lakukan dan hasil dari CCTV lens memang tak boleh dipandang remeh. Cat's Eye Effect antara yang menarik terhasil dari optik CCTV. Mengikut seller saya, lens itu katanya akan tiba dalam 2-4 minggu lagi, shipped dari Hong Kong melalui penghantaran parcel ekonomi. Setibanya lens itu, insyaAllah saya akan terbitkan lagi artikel untuk review optik CCTV pada Panasonic Lumix GF-2.

By the way, ini adalah item ebay yang telah saya beli, CCTV 25mm f1.4 C-mount dan disertakan bersama adapter C-mount ke m43 serta macro ring. Hasil gambar dari lens yang sama di flickr bagi saya sangat intriguing dan mengujakan hingga ia boleh mengganggu tidur.

Rupa bukan segalanya. 25mm 1.4. So murah, so small, so ugly, yet so bagus!