|
Omar and ibu waiting for departure at LCCT. |
Ambe baru sahaja balik dari cuti. Ambe ambik cuti selama 3 hari bermula isnin lepas hingga rabu. Bini ambe telah booking 3 tiket penerbangan AirAsia sejak tahun lepas lagi untuk percutian ni. 3 tiket iaitu untuk ambe, bini ambe dan Omar.
Disebabkan beli tiket awal, harga tiket sangat murah. Tiket pergi-balik untuk 3 orang hanyalah RM300+ sahaja yang ambe rasa sangat murah berbanding perjalanan dengan kereta yang mengambil lebih masa, tak lupa juga, caj untuk menaiki feri RM28 seorang dan sehala. Banyak juga tempat yang ambe lawati di pulau ni. Antaranya Pantai Cenang, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, dan GeoPark. Overall lawatan di pulau ini amat memuaskan. Program Island Hopping ambe rasa sangat valuable for money kerana dengan hanya bayaran RM35 (lebih kurang 10 USD) anda boleh menaiki bot meluncuri pantai melawat beberapa pulau di sekitar langkawi, satu pengalaman baru bagi ambe. Dibawah ini adalah beberapa gambar yang ambe tangkap sewaktu lawatan ambe di pulau ini.
|
This is Omar Shahnaz. He's big now. |
|
Omar |
|
Ibu & Omar |
Tiada ulasan: