Crystal Menthol |
Bini ambe demam selsema semalam dan hidungnya sumbat. Ambe beli menthol crystal utk bantu relieve hidung sumbat. Sekarang ambe berangan jadi Walter White jual crystal meth Hahahaha!
Ambe beli crystal menthol ni dari sebuah farmasi berdekatan rumah ambe tinggal. Dijual dalam botol kecil dengan harga lebih kurang RM 5 sebotol. Bentuknya ambe nampak macam serpihan kaca pecah (sehingga ambe tonton rancangan Breaking Bad, ambe perlu cakap ia ada resemblance produk awal crystal meth yang dihasilkan Walter White sebelum berjumpa dengan Tuco Salamanco Hahaha!).
Crystal Menthol baunya sangat tajam. Konsentrasinya tinggi sebab tu baunya lebih tajam berbanding dengan Vicks atau vaporub lain. Menthol sebenarnya diproses daripada tumbuhan Peppermint (pokok Pudina). Ia mengeras pada suhu bilik dan mencair di suhu melebihi suhu bilik. Untuk mendapatkan efek terbaik, mentol perlu di cairkan dulu. Kerana dalam bentuk kristal, ia taklah vaporised dengan baik. Ambe dapati, oleh sebab konsentrasi crystal menthol yang sangat tinggi, sedut vapor menthol ini dengan kuat akan menyebabkan rasa sakit di nasal passage diikuti sakit pada mata. Oleh itu disarankan sedut vapor crystal mint ini dengan perlahan-lahan supaya anda boleh control kemasukannya.
Musim hujan ni elok Mr. White mulakan bisnes Crystal Menthol. To the purest Crystal Menthol ever! |
PENTING! Hanya sedut vapor dari Crystal Menthol, dan bukannya sedut serpihan kristal tu sendiri okay! Hahahaha! Ambe dok bertanggung jawab kalau apa-apa berlaku bila sedut serpihan crystal menthol dalam hidung (ambe agak akan berlaku kesakitan yang tak boleh dibayangkan Hahaha!)
Ada sesetengah orang suka menggunakan wap air panas untuk relieve blocked nose. Caranya sediakan air panas berwap dalam bekas, kemudian masukkan beberapa keping Crystal Menthol kedalam air panas berwap ini. Biarkan kristal ini mencair (dalam masa beberapa saat saja kerana ia mudah mencair di suhu lebih dari suhu bilik). Kemudian ambil kain selimut, selimutkan kepala anda bersama dengan bekas air panas berwap yang dah dicampur menthol kristal ini. Cuba bernafas dalam steam ini (tujuan selimut adalah supaya wap tak terlepas keluar). Bernafas dalam wap beraroma tajam ini mungkin agak susah, tapi cubalah sehingga rasa blocked nose dah kurang. Selamat mencuba!
My sinuses are clear now but my eyes are burning! |
Tiada ulasan: