Akhir-akhir ni ambe agak aktif dalam bidang trading. Ambe banyak menghabiskan masa mengkaji chart dan melakukan analisa teknikal keatas chart. Satu keperluan yang agak penting dalam mengkaji chart adalah memiliki skrin yang lebar. Ini kerana trading chart mempunyai kaitan yang signifikan dengan sejarah lampau. Trading chart mempunyai 2 paksi iaitu harga dan masa. Untuk melihat harga di paksi Y tidak menjadi masaalah kerana perubahan harga tidaklah terlalu besar. Akan tetapi untuk mengikuti paksi X pada chart iaitu mewakili masa, akan menjadi masaalah kerana ia mempunyai data yang sangat banyak yang mewakili harga untuk tempoh beberapa belas tahun. Skrin yang lebih lebar diperlukan untuk melihat lebih banyak data ini lebih-lebih lagi jika strategy yang digunakan adalah berdasarkan pergerakan harga di masa lampau.
Fig A. |
Ambe ada 2 buah monitor lama. Satu yang memang ambe beli untuk guna dengan desktop computer yang ambe guna sekarang, satu lagi ambe dapat dari adik ambe yang tidak lagi menggunakannya. Monitor ambe bersaiz 24" dan monitor adik ambe yang ambe tak tahu berapa saiznya. Aspect ratio monitor ambe adalah 16:9 manakala lagi satu 4:3. Ambe fikir untuk gabungkan 2 monitor ini supaya desktop ambe boleh extend lebih lebar. Kedua2 monitor ambe ini menggunakan VGA. Ambe menggunakan graphic card Nvidia GeForce 210. Graphic card ni mempunyai 3 output iaitu VGA, DVI-I dan HDMI. Ambe menghadapi masaalah untuk connect monitor kedua ambe kerana kedua monitor ambe menggunakan VGA sedangkan hanya ada 1 sambungan VGA dari graphic card. So ambe search dan ambe dapati ambe perlukan satu converter untuk DVI-I kepada VGA.
DVI (Digital Visual Interface) adalah successor kepada VGA tetapi mempunyai backward-compatible dengan sambungan VGA. HDMI walaubagaimanapun tidak backward-compatible dengan VGA. Ini bermakna, untuk convert signal DVI kepada VGA, hanya passive converter diperlukan. Manakala untuk HDMI, active converter diperlukan. Ambe pernah menyambung HDMI converter kepada VGA dan ambe dapati alat converter itu cepat menjadi panas mungkin kerana proses yang aktif yang berlaku dalam alat tersebut menyebabkan ia mengeluarkan banyak haba. Ambe fikir untuk kegunaan yang sangat lama, ia boleh menjadi satu masaalah kerana bimbang haba yang terjana mungkin boleh menyebabkan kerosakan, or worse, kebakaran. Jadi, ambe decide untuk membeli converter DVI-I kepada VGA untuk menyambung monitor kedua ambe.
Ada 3 sambungan disini, VGA, HDMI dan DVI-I |
Lihat Fig A, jika anda perasan, disebelah kiri terdapat satu pin besi horizontal. Ini membezakan samaada connector DVI tersebut adalah analog atau digital (ditandakan sebagai DVI-D atau DVI-A. DVI-I adalah integrated). Disebabkan VGA menggunakan signal analog, maka converter jenis analog diperlukan.
Ambe menyambung kedua monitor ini (satu kepada VGA dan satu kepada DVI-I to VGA converter kepada sambungan DVI-I). Bila ambe boot komputer, ambe dapati hanya 1 monitor yang mengeluarkan gambar. Bila login sahaja dalam windows, monitor kedua ambe sudah functional. Seterusnya apa yang perlu dibuat adalah mengset resolution supaya ia match dengan ketinggian monitor pertama supaya tidak berlaku ralat paralax. Ambe menggunakan ketinggian 1080 pixel. Mengikut kira-kira yang ambe buat, resolusi gabungan 2 monitor ambe ini adalah 3200x1080. Ambe rasa ia cukup wide untuk kegunaan ambe membuat technical analysis pada chart, menggunakan aplikasi multimedia, photo editing etc.
Nampak tona warna sebelah kiri lebih warm dari kanan? Inilah kesan umur monitor yang dah aging. |
Beginilah rupa chart di skrin beresolusi 3200 x 1080 |
Tiada ulasan: