Memaparkan catatan dengan label NAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NAS. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2013

#48: CloudStation Transfer Rate Test

Transfer Rate untuk device NAS selalu menjadi isu. Ada video di youtube condemn beberapa device NAS yang mengatakan menyediakan transfer rate selaju 100 MB/s sedangkan bila test, hanya mendapat transfer rate selaju 3 MB/s. Saya terlalu malas untuk membaca transfer rate pada manual Buffalo CloudStation, jadi saya tidak tahu berapakah transfer rate yang boleh ia capai. Memandangkan saya ada banyak file untuk di back-up ke dalam CloudStation, saya pun mengambil keputusan untuk mendapatkan transfer rate bagi Buffalo CloudStation saya ini.
TPLink TL-MR3420 connected to my computer
Komputer saya adalah Dell T3400 Core 2 Quad dengan 4 GB RAM. Saya menggunakan Mint Linux 14. Router saya adalah model TPLink TL-MR3420. Connection saya adalah Network Card > Network Cable > TPLink TL-MR3420 >  Network Cable > Buffalo CloudStation. Saya cuba copy folder kedalam "Network" dengan beberapa ratus file didalamnya dengan total size lebih kurang 15 GB dan ia mengambil masa lebih kurang 20 minit. Transfer rate yang paling tinggi saya dapat dalam proses perpindahan file itu adalah 8.5 MB/s. Bagi saya ia adalah cukup tinggi memandangkan kebanyakan review yang saya lihat di youtube hanyalah pada 3 MB/s sahaja. Pada masa perpindahan file-file ni berlaku, CloudStation sedang melakukan seeding dan leeching pada beberapa ratus file torrent, router saya sedang "melayan" permintaan wifi dari telefon saya dan juga permintaan web browser dari komputer saya sendiri. Samaada transfer rate lansung tiada kaitan dengan permintaan wifi dan web browser, atau jika tanpa permintaan lain transfer rate akan bertambah laju, ia tidak diuji oleh saya.
Buffalo CloudStation 2TB transfer rate can reach up to 8.5 MB/s
Walau bagaimanapun, dalam beberapa kali percubaan, transfer rate bukanlah sentiasa konsisten pada rate 8.5 MB/s, tapi kerap kali pada 7 MB/s, 3 MB/s malah pernah pada 1+ MB/s. Faktor yang menentukan transfer rate yang perlahan tidak dapat saya detect. Tetapi pada kebanyakan masa transfer rate adalah pada 8 MB/s.

Khamis, 25 April 2013

#43: CloudStation AWWYEEAAHHH!

CloudStation
So, seperti artikel sebelum ni, saya ada inform untuk ke Plaza Low Yat untuk cari satu Network Attached Storage dan akhirnya saya telah memilih untuk membeli Buffalo CloudStation dengan 2TB storage. Sebenarnya saya kurang senang pada label "powered by pogoplug" di device ini. Saya fikir apalah nasib pemilik device ini jikalau apa-apa berlaku pada company pogoplug ini. Nampaknya device ini sangat bergantung pada pogoplug yang sudah tentu memerlukan sambungan internet untuk membolehkan penggunaan servis ini. Idea CloudStation adalah bagus, tetapi tidak semua orang mahu online 24/7.

Saya tidak boleh mengeluarkan review secara keseluruhan mengenai device ini kerana baru spend 1 malam bersamanya. Tapi untuk buat masa lebih kurang 12 jam bersama device ini, saya agak berpuas hati dengannya dan suka konsep "webview" di pogoplug. Cuma saya perlukan satu "guarantee" untuk pogoplug available setiap masa sepanjang tahun. Cloud computing bukanlah kesukaan saya, tapi ia adalah features yang bagus untuk sebuah NAS (Network Attached Storage). Tapi jika NAS itu lebih menumpu kepada Cloud computing sahaja, konsepnya telah lari dan saya fikir NAS sebegini bukanlan NAS yang baik. 

Pogoplug web interface. Streams data from my Buffalo CloudStation at my house.
Saya ada menjumpai beberapa cara untuk mount NAS Buffalo CloudStation sebagai local drive supaya ia tak perlu melalui pogoplug untuk pemindahan file. Maksudnya pemindahan file berlaku pada Local Network. Tanpa perlu talian internet aktif. Icon network storage akan ditunjukkan di desktop Mac OSX sebagai storage dan juga Time Machine, mount point di Linux dan icon storage di My Computer untuk Windows. Saya baru menjumpai workaround untuk mount NAS ini di Linux dan akan mencubanya pada malam ini. Perkembangan terbaru akan saya postkan disini. Workaround untuk Linux adalah:
  1. Di Buffalo CloudStation, setup 1 user dengan akses RW pada semua bahagian storage yang anda mahu akses.
  2. Kemudian di Linux system, dalam dir /mnt, buat satu folder baru nama /mnt/cs
  3. Kumpulkan maklumat ini sebelum proceed iaitu CSIP untuk IP address CloudStation, SHARE untuk nama folder yang ingin di mount, CSUSER untuk username CloudStation, CSPASS untuk password CloudStation dan USER untuk akaun sistem Linux anda.
  4. Di terminal, execute command ini 
sudo mount -t cifs //CSIP/SHARE /mnt/cs/SHARE -o username=CSUSER,password=CSPASS,uid=USER,file_mode=0644,dmode=0755
sudo akan  menanyakan password untuk admin dan jika tak ada masaalah, anda sudah pun berjaya mount NAS pada lokasi /mnt/cloudstation. Untuk pengetahuan,  mount -t cifs adalah satu filesystem yang dikenali sebagai Common Internet File System iaitu file sytem yang biasa digunakan untuk berkongsi file melalui internet dari berbagai platform.


uTorrent WebUI runs smoothly in any web browser. Saya boleh manage uTorrent walau di tempat kerja.
Features yang paling saya sukai pada NAS ini adalah Torrent, yang mana amat berguna sekali kerana saya tak perlu on komputer sepanjang hari untuk download. Torrent yang perlu ambil masa panjang tidak lagi menjadi masaalah bagi saya. Saya sudah berani download Torrent bersaiz 30 GB yang sudah tentu memerlukan saya buka komputer selama 2-3 bulan untuk siap kalau connection saya perlahan. Dengan CloudStation, saya hanya perlu buka router dan CloudStation yang hanya menggunakan maximum 18W sahaja. Ini sangat menjimatkan eletrik sebanyak sekurang-kurangnya beberapa puluh ringgit hingga seratus ringgit sebulan.

Rabu, 24 April 2013

#42: DIS I WANTT!!!

Petang ni saya bercadang nak ke Plaza Low Yat, cari Network Attached Storage. Ada beberapa brand yang saya jumpa di sana antaranya Synology, DLink dan Buffalo. Kalau nak dikira budget, brand Buffalo lah paling murah. Synology terlalu mahal untuk kegunaan di rumah (mungkin pilihan yang baik untuk ofis), DLink pula tak dilengkapi servis Torrent (features ni mandatori untuk saya). Jadi hanya tinggal Buffalo sahaja. Buffalo ada Torrent (probably using uTorrent client web interface), storage yang agak besar dan harga agak budget (RM399 untuk storage 2 TB)
Buffalo CloudStation dengan 2 TB storage
Saya kurang info tentang device ni kerana tak banyak info tentangnya di internet. Malah tak ada 1 pun video di youtube yang mereview device ini. Jadi dengan hanya berpandukan video-video youtube lain yang mereview NAS dari Buffalo untuk model yang lebih advance, saya fikir alat ni boleh membantu saya untuk menyimpan data secara dalam talian dan mengakses data dari device ini dari mana-mana tempat di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, saya tidaklah mempunyai expectation yang tinggi pada device ni kerana ada banyak review buruk mengenai device ini yang dikeluarkan.di internet. Purata rating pun dalam 3/5 sahaja. Ramai komen tentang transfer rate yang sangat perlahan untuk upload/download data dari device dan kedalam device. Expectation tak tinggi, saya harap saya tak kecewa sangat kalau performancenya teruk bila saya dah membelinya nanti.

Tujuan sebenar saya membeli alat ini adalah untuk menjimatkan penggunaan eletrik di rumah. Saya selalu membiarkan komputer saya terbuka sepanjang hari dan malam untuk melakukan kerja-kerja yang time-consuming seperti Torrent leeching dan seeding. Kenapa perlu ON seluruh PC sedangkan bahagian yang perlu run hanyalah network card dan hard disk. Saya tak perlu USB, monitor, printer, midi controller etc untuk seed/leech torrent. Oleh sebab itu bil eletrik saya tinggi kerana berlaku pembaziran eletrik atas sesuatu yang tidak perlu.

Dengan adanya device ni, saya tak perlu ON kan komputer lagi untuk seed/leech torrent kerana device ni stand-alone tanpa perlu pemantauan. Dan jika saya perlu pantau pun, saya boleh lakukan melalui web-interface yang boleh saya browse melalui tablet atau telefon. Dengan power consumption yang rendah iaitu hanya perlu power supply 17W sahaja berbanding 300+W untuk desktop Dell Precision T3400 saya, saya boleh jimatkan banyak tenaga eletrik. Finally, saya harap device ini dapat jimatkan bil eletrik saya dan serves sebagai "central-storage" untuk rumah saya dengan baik.