Khamis, 25 April 2013

#43: CloudStation AWWYEEAAHHH!

CloudStation
So, seperti artikel sebelum ni, saya ada inform untuk ke Plaza Low Yat untuk cari satu Network Attached Storage dan akhirnya saya telah memilih untuk membeli Buffalo CloudStation dengan 2TB storage. Sebenarnya saya kurang senang pada label "powered by pogoplug" di device ini. Saya fikir apalah nasib pemilik device ini jikalau apa-apa berlaku pada company pogoplug ini. Nampaknya device ini sangat bergantung pada pogoplug yang sudah tentu memerlukan sambungan internet untuk membolehkan penggunaan servis ini. Idea CloudStation adalah bagus, tetapi tidak semua orang mahu online 24/7.

Saya tidak boleh mengeluarkan review secara keseluruhan mengenai device ini kerana baru spend 1 malam bersamanya. Tapi untuk buat masa lebih kurang 12 jam bersama device ini, saya agak berpuas hati dengannya dan suka konsep "webview" di pogoplug. Cuma saya perlukan satu "guarantee" untuk pogoplug available setiap masa sepanjang tahun. Cloud computing bukanlah kesukaan saya, tapi ia adalah features yang bagus untuk sebuah NAS (Network Attached Storage). Tapi jika NAS itu lebih menumpu kepada Cloud computing sahaja, konsepnya telah lari dan saya fikir NAS sebegini bukanlan NAS yang baik. 

Pogoplug web interface. Streams data from my Buffalo CloudStation at my house.
Saya ada menjumpai beberapa cara untuk mount NAS Buffalo CloudStation sebagai local drive supaya ia tak perlu melalui pogoplug untuk pemindahan file. Maksudnya pemindahan file berlaku pada Local Network. Tanpa perlu talian internet aktif. Icon network storage akan ditunjukkan di desktop Mac OSX sebagai storage dan juga Time Machine, mount point di Linux dan icon storage di My Computer untuk Windows. Saya baru menjumpai workaround untuk mount NAS ini di Linux dan akan mencubanya pada malam ini. Perkembangan terbaru akan saya postkan disini. Workaround untuk Linux adalah:
  1. Di Buffalo CloudStation, setup 1 user dengan akses RW pada semua bahagian storage yang anda mahu akses.
  2. Kemudian di Linux system, dalam dir /mnt, buat satu folder baru nama /mnt/cs
  3. Kumpulkan maklumat ini sebelum proceed iaitu CSIP untuk IP address CloudStation, SHARE untuk nama folder yang ingin di mount, CSUSER untuk username CloudStation, CSPASS untuk password CloudStation dan USER untuk akaun sistem Linux anda.
  4. Di terminal, execute command ini 
sudo mount -t cifs //CSIP/SHARE /mnt/cs/SHARE -o username=CSUSER,password=CSPASS,uid=USER,file_mode=0644,dmode=0755
sudo akan  menanyakan password untuk admin dan jika tak ada masaalah, anda sudah pun berjaya mount NAS pada lokasi /mnt/cloudstation. Untuk pengetahuan,  mount -t cifs adalah satu filesystem yang dikenali sebagai Common Internet File System iaitu file sytem yang biasa digunakan untuk berkongsi file melalui internet dari berbagai platform.


uTorrent WebUI runs smoothly in any web browser. Saya boleh manage uTorrent walau di tempat kerja.
Features yang paling saya sukai pada NAS ini adalah Torrent, yang mana amat berguna sekali kerana saya tak perlu on komputer sepanjang hari untuk download. Torrent yang perlu ambil masa panjang tidak lagi menjadi masaalah bagi saya. Saya sudah berani download Torrent bersaiz 30 GB yang sudah tentu memerlukan saya buka komputer selama 2-3 bulan untuk siap kalau connection saya perlahan. Dengan CloudStation, saya hanya perlu buka router dan CloudStation yang hanya menggunakan maximum 18W sahaja. Ini sangat menjimatkan eletrik sebanyak sekurang-kurangnya beberapa puluh ringgit hingga seratus ringgit sebulan.

Tiada ulasan: