Saya kekurangan masa terluang sejak kelahiran Omar Shahnaz. Ada saja benda perlu dibuat. Masa untuk fotografi hampir langsung tiada. Seingat saya last photography outing adalah sebelum bulan Julai tahun 2012. Lama loh... Ada beberapa roll filem yang belum sempat saya hantar ke lab untuk develop. Disebabkan ketiadaan peluang untuk keluar outing, saya spend sedikit masa untuk edit foto-foto lama dari folder archive untuk cuba mengasah kembali skill dalam pengeditan foto. Sekurang-kurangnya dapat la tajamkan minda sebab kerja hakiki saya memang jenis kerja yang "mind-numbing" LOL!
|
Tambah lagi kontras dan saturasi. |
Sebelum ini, saya menyukai foto-foto yang kurang saturasi ala-ala filem yang telah expired atau filem murah yang nipis atau foto polaroid yang sudah reput. Ia memberi rasa yang "lomoish" yang diminati ramai. Untuk foto diatas, saya mencuba sesuatu yang baru bagi saya dan agak berani. Tambah kontrast dan saturasi. Area gelap yang lebih gelap dan menggunakan warna-warna yang lebih "kuat". Saya fikir saya suka stail ini dan akan cuba terus ikut stail ini untuk editing seterusnya.
Tiada ulasan: