Khamis, 16 Mei 2013

#55: Pancaragam Garasi

Sebenarnya ambe baru sahaja pulang ke KL. Sejak 11 Mei lagi ambe balik ke kampung ambe di Kelantan, dan baru hari ni ambe naik ke KL. Dah beberapa hari ambe dok update blog jadi disini ambe nak update post mengenai pengalaman buat pertama kali ambe di Kelantan iaitu cuba-cuba menggunakan app GarageBand di iPad adik ambe.

Ambe sampai di Kota Bharu, Kelantan lebih kurang pada pukul 10 pagi. Ambe pinjam iPad adik ambe, dan by 12 noon ambe dah boleh siap compose 1 lagu dengan GarageBand di iPad tu. Ambe agak kagum dengan performance dan betapa user friendly app GarageBand ni. Sesuatu yang masih susah untuk dibuat di komputer desktop tapi dengan bantuan app ni, dalam masa singkat ambe dah boleh compose satu lagu pendek (hanya 17 saat saja hehehe). Dari segi kualiti keluaran dari iPad ni juga ambe kagum sebab kualitinya bagus (kualiti output boleh dipilih, ACC kualiti rendah dari 64 kbps hingga kualiti tinggi 256 kbps dan juga uncompressed AIFF). Banyak features yang menarik yang saya lihat ada pada GarageBand ini. Antaranya arpeggio, scales, audio effects, smart instruments dan banyak lagi. Untuk versi iPad ini, saya juga mengesan beberapa kekurangan pada app GarageBand ini antaranya adalah bilangan track yang terhad pada 8 sahaja. Tapi kemampuan untuk mix sehingga 8 track adalah cukup cemerlang bagi saya kerana ini berlaku pada sebuah mobile device dengan processing power dan bateri yang limited. Memang sangat berbaloi untuk memiliki app ini di iPad. Saya sebagai pengguna android sebenarnya berharap adanya app seperti ini untuk platform android juga, tetapi setakat ini ia masih belum wujud.

GarageBand di iPad. Sungguh user friendly dan mudah untuk digunakan!
Dibawah ini adalah satu lagu yang saya compose menggunakan app ini dan ia hanya sepanjang 17 saat dan ia mengenai anak saya, Omar Shahnaz. Saya menggunakan kesemua track (8 track maximum) untuk lagu ini. Track pertama adalah Smart Guitar dimana GarageBand akan cuba memainkan gitar untuk anda dengan hanya anda perlu memilih chord yang anda ingin mainkan (ini memang cool features! menjimatkan masa untuk pemuzik yang nak cepat). Track kedua adalah Smart Drums yang featuresnya sama sengan Smart Guitar (drum track dihasilkan secara automatik oleh GarageBand dan anda hanya perlu pilih antara "complex" dan "simple" untuk setiap percussion pada drum). Track-track lain adalah terdiri dari recording audio yang direkod dengan mikrofon iPad sendiri (recording mikrofon iPad adalah baik tetapi agak bermasaalah jika anda rekod sambil memainkan track-track lain). Cubalah dengarkan lagu 17 saat ini:


Composed menggunakan GarageBand di iPad. Total 8 track dengan various effects.

Tiada ulasan: