Jumaat, 31 Mei 2013

#61: Tingkap Kereta Api Series

Shot with Canon 40D with Canon 10-22mm lens attached.
Ambe selalu berulang alik dengan kereta api sewaktu ambe tinggal di Johor Bharu dulu. Perjalanan dari JB ke KB melalui kereta api memang mengambil masa yang panjang. Biasanya ambe bertolak dari JB pada 7 malam dan biasanya akan sampai di stesen Wakaf Bharu pada 11 pagi. Dalam tempoh yang panjang dan membosankan tu, ambe boleh mati kutu kalau tak ada apa yang boleh dibuat. Tempoh lebih 16 jam tu memang satu tempoh yang "mind-numbing" lebih-lebih lagi jika anda menaiki kereta api sorang-sorang tanpa teman.

Ada satu kali tu, ambe nak balik ke kampung ambe, untuk menghilangkan bosan, ambe bawa kamera ambe, Canon 40D dengan harapan boleh shoot beberapa foto dalam kereta api. Ambe beli tiket untuk tempat tidur dan bertolak dari JB pada 7 malam. Dalam kereta api, ambe cuba shoot beberapa gambar. Takboleh. Blur. Suasana dalam kereta api dengan lampu malap memang memerlukan ISO tinggi dan benda ni tak boleh achieve dalam kamera ambe tanpa korbankan shoot gambar-gambar yang penuh dengan noise. Kecewa, ambe terus tidur sampai ke pagi.

Pagi itu, masih dalam tren, ambe bangun memerhati pemandangan luar tren melalui tingkap tempat tidur ambe dalam kereta api. Lawa. Lebih kurang pada pukul 6:30 pagi, sewaktu itu kereta api melalui kawasan Gua Musang, dengan cahaya pagi "golden hour" berwarna keemasan memancar, ambe telah witness satu pemandangan yang sangat cantik disitu. Snap! Ambe shoot melalui tingkap. Ambe tekup lens kamera ambe di tingkap dan shoot melalui tingkap. Ambe terus shoot hinggalah sambe sampai di Wakaf Bharu. Banyak pemandangan cantik sepanjang jalan itu. Terdapat beberapa padang yang luas di kiri dan kanan kereta api memang cantik untuk shoot landscape. Ini beberapa foto dari series "Tingkap Kereta Api" yang ambe shoot dari tingkap kereta api sewaktu perjalanan ambe dari JB ke Kelantan:

Rumah tengah padang. Shot with Canon 40D with Canon 10-22mm lens attached.
Lagi padang. Shot with Canon 40D with Canon 10-22mm lens attached.
Another padang. Shot with Canon 40D with Canon 10-22mm lens attached.
Rumah tepi rel kereta api. Shot with Canon 40D with Canon 10-22mm lens attached.

Tiada ulasan: