Simpan file dalam awan? |
Tapi ini adalah cara yang tidak propper untuk menyimpan file. Cara yang lebih propper untuk menyimpan file adalah seperti menggunakan FTP dimana FTP mempunyai sistem hierarki file sepertimana yang ada pada filesystem windows dan unix (file disimpan dalam folder etc). Masa berganti masa, sistem FTP juga jarang digunakan di zaman moden ini, ramai lebih memilih untuk user interface yang lebih mesra pengguna. Banyak syarikat berlumba-lumba memberi perkhidmatan yang terbaik dan tak ketinggalan dalam menyediakan perkhidmatan penyimpanan file secara online. Antara yang paling terkenal adalah DropBox yang menyediakan perkhidmatan sehingga 2GB storage secara percuma. 2GB adalah satu kapasiti yang sangat besar pada waktu itu (komputer pertama saya hanya ada hard disk 400MB).
Dari mana google dapat hardisk space? |
Terbaru, flickr dengan wajah baru, telah pergi lebih ekstrim dengan memperkenalkan storage 1 TB kepada setiap penggunanya (1024 kali ganda lebih banyak dari GMail!) tetapi hanya terhad untuk penyimpanan foto-foto sahaja.
Saya tidak memilih untuk stick pada satu perkhimatan sahaja kerana semua persaingan antara pemberi perkhidmatan storage ini akan menguntungkan pengguna dalam apa cara pun. Kalau DropBox masih mengekalkan free storage hanya pada 2GB, saya akan beralih pada perkhidmatan baru yang memberikan lebih storage secara percuma.
Saya baru sahaja find out mengenai satu penyedia cloudstorage baru iaitu Copy yang boleh dicapai melalui www.copy.com yang mana Copy menyediakan storage sebanyak 15GB secara percuma. Ia baru sahaja dilancarkan dan ada melakukan promosi storage tambahan bagi pengguna Copy yang mengajak rakannya untuk mendaftar akaun baru di Copy. So far so good, saya menyukai interface di Copy yang simple dan minimal. Terdapat desktop client disediakan untuk sistem operasi Windows, Mac OSX 10.7+ dan Linux.
This is how we browse file in Copy.com |
CopyAgent, a Copy client on Linux. |
Tiada ulasan: