Freelensing. A visual guide |
Freelensing. Pertama kali ambe mendengar tentang ini adalah melalui seorang kawan baik ambe yang dikenali sebagai Apin atau lebih popular dengan nama Norah Zain. Pada waktu itu ambe sangat obses dengan foto-foto yang mempunyai bokeh dan LOMO. Pada waktu itu ambe menggunakan gear Canon 40D bersama lens Nikkor dan Zuiko (ambe menggunakan adapter untuk mount lens Nikkor dan Zuiko kepada Canon 40D). Diceritakan kepada ambe, ada satu teknik fotografi dimana lens dicabut dari body kamera dan lens dipegang dengan tangan didepan kamera sambil lens itu dipusing-pusing atau dicondongkan kearah-arah tertentu. Teknik ni agak susah untuk dicontrol kerana hanya menggunakan tangan (sangat tidak stabil) dan teknik ini akan menjadikan depth of field sangat sempit (hampir seperti macro photography). Teruja dengan penerangan dari rakan saya ini, saya terus mencari maklumat tentang teknik ini dan mencubanya pada kamera Canon 40D saya.
Memang amat susah untuk mengawal lens dengan hanya memegang dengan tangan yang lepas diudara. Lebih merumitkan lagi, depth of field yang sangat sempit menjadikan teknik freelensing hampir mustahil boleh menghasilkan foto yang baik. Ambe kecewa. Sepatutnya foto yang dihasilkan adalah bagus, penuh bokeh, ala tilt-shift, tetapi apa yang ambe dapat hanyalah foto gelap tak ada fokus dan hanya foto blur semata-mata.
Melensa Percuma, freelensing to infinity and beyond! |
My Reverse-Freelensing Prototype. |
Masih terdapat satu masaalah mengenai freelensing ini, dimana, bila lens sudah tidak di mount pada kamera, untuk fokus pada infinity adalah sesuatu yang mustahil. Infinity boleh dicapai dengan membawa lens dekat pada lens dan mencabut lens dari mount akan menambah jarak lens dengan permukaan filem/sensor. Ini menjadikan freelensing seakan hanya sesuai untuk sekadar macro photography.
Walaubagaimanapun, secara tidak sengaja, ambe telah terjumpa satu cara untuk membolehkan freelensing untuk focus jarak dekat untuk macro photography dan juga membolehkan freelensing untuk focus kepada infinity dan secara teorinya menlangkaui infinity (theoretically infinity and beyond!).
Ambe secara tak sengaja telah berjaya focus ke infinity sewaktu mencuba lens-lens lama (lens Nippon Kogaku dan Zuiko) pada body kamera Canon 40D. Saya selalu menggunakan lens-lens lama pada kamera saya ini kerana lens-lens lama yang berkualiti masih dapat menghasilkan imej yang cantik. Untuk mount lens-lens lama ini, saya memerlukan satu adapter untuk convert mount lens Nikkor atau Zuiko pada badan kamera canon dengan mount EF-S. Adapter ini adalah berbentuk bulatan dengan ketebalan 3-4mm untuk membolehkan lens Nikkor/Zuiko focus kepada infinity pada body kamera EF-S. Ketebalan adapter ini adalah bergantung kepada perbezaan flange focal distance pada kamera Nikon dan Olympus kepada body kamera Canon EF-S.
Flange focal distance |
Secara teknikalnya, jika sesebuah kamera mempunyai flange focal distance yang pendek, kamera tersebut boleh menggunakan lens untuk kamera yang mempunyai flange focal distance yang panjang. Contohnya jika sebuah kamera jenis Sony E-Mount dengan flange focal distance 18mm, ia boleh dipasang dengan lens kamera Nikon kerana kamera DSLR Nikon-F Mount mempunyai 46.5mm dengan syarat adapter perlu dipasang pada kamera Sony E-Mount untuk memegang lens Nikon-F Mount pada jarak 28.5mm dari mount kamera Sony E-Mount (46.5mm-18mm=28.5mm). Bila adapter ini dipasang, lens Nikon-F Mount ini akan boleh focus pada infinity kerana lens Nikon-F Mount yang direka untuk flange focal distance 46.5mm dapat mencapai jarak 46.5mm dengan perantara adapter berketebalan 28.5mm.
Memandangkan freelensing akan menyebabkan jarak lens dengan sensor/filem akan terlebih, oleh sebab itu lens tersebut tidak akan boleh fokus ke infinity. Penyelesaian yang ambe temui, untuk membolehkan freelensing dilakukan ke infinity, anda mestilah menggunakan lens yang direka untuk kamera yang mempunyai flange focal distance yang panjang! Contohnya, menggunakan lens Nikon-F pada kamera Canon EF-S. Inilah yang saya temui secara tak sengaja, bila saya cuba melakukan freelensing dengan menggunakan lens Nikkor Nikon-F Mount dan lens Zuiko OM Mount secara terus tanpa menggunakan adapter, ambe akhirnya mampu focus kepada infinity dengan teknik freelensing! Bukan sahaja focus kepada infinity, tapi sebenarnya ambe berjaya focus kepada infinity and BEYOND (kerana secara teorinya ambe telah focus melebihi infinity kerana ambe boleh gerakkan lens lebih dekat kepada sensor/filem melebihi had yang ditetapkan). Untuk rujukan anda, jadual di bawah ini adalah flange focal distance dari beberapa jenis mount kamera:
Flange focal distance |
Hasil "Melensa Percuma", a modified freelensing technique. Focus ke infinity, bahagian lain masih dengan bokeh! |
Tiada ulasan: