Selasa, 30 April 2013

#49: I'm into Music (Again!)

Audio Technica ATH-M20
Masaalah ambe ialah ambe ada "musim". Ambe boleh tiba-tiba minat sesuatu, kemudian lepas beberapa lama, ambe hilang minat pada benda tu. Lepas tu bila tiba "musim" dia, ambe minat balik! Benda ni rotate pada beberapa perkara yang ambe minat iaitu programming, muzik dan photography. So, sekarang ambe rasa ambe minat semula untuk main muzik!

Beberapa hari lepas ambe pegang gitar dan cuba strum-strum, ambe dah rasa aura untuk ambe main muzik semula dah datang. Tapi ada satu lagi masaalah yang timbul. Komputer saya ada di bilik tidur dan anak saya sangat sensitif pada bunyi-bunyian. Jadi untuk selesaikan masaalah ini, saya perlukan headphone supaya saya boleh compose muzik dalam keadaan senyap. Saya berkenan pada headphone sebelah ni untuk menjadi studio monitor saya.

Sabtu nanti ingat nak survey. Ambe tak biasa guna headphone, tapi ikut nasihat adik ambe, recommend cari proper monitor headphone. Kalau cari headphone yang ada "sound enhancement" memang sedap dengar, tapi bunyi tu bukan boleh didengari semua orang. Kalau guna monitor headphone dengan "zero enhancement" dan  "zero EQ" maka bunyi dari headphone ni memang bunyi RAW yang keluar dari instrument yang kita main atau muzik yang telah kita compose. Jadi ini memang memerlukan kemahiran khas berkaitan audio engineering untuk finalize muzik yang dicompose. Bayangkan kalau anda compose muzik dengan headphone yang sudah ada EQ dan sound enhancement. Anda fikir muzik yang anda compose soundnya sudah perfect, sound yang cukup dinamik, bass dan treble dalam keadaan balance dan tak perlu EQ lagi. Tapi bila anda sudah finalize muzik anda, dan bila orang pasang di radio kereta, home theater, di radio, soundnya sudah lain. Lebih teruk lagi, ada sound yang anda dapat dengar di headphone anda tapi tak kedengaran di speaker atau headphone lain atau vice-versa dimana anda dapat dengar bunyi di speaker atau headphone lain sedangkan sewaktu anda compose muzik itu, headphone anda tak ada pun bunyi itu. Ini sudah tentu masaalah yang besar bagi composer muzik!

Tiada ulasan: