Isnin, 29 April 2013

#47: Old Railway Station

Stesen Kereta Api Wakaf Bharu, Kelantan. Shot with Canon 40D + EFS 10-22mm
Ambe ingat nak ambil cuti untuk balik kelantan sebab ambe kena mengundi di Kota Bharu tahun ni. Tapi ambe lambat bertindak, dan atas tekanan lain, ambe lambat cari tiket untuk balik ke kelantan. Ambe harap tiket masih lagi ada sebab ambe ingat nak survey lagi pada pagi sabtu nanti. Manalah tahu kalau-kalau ada tiket tambahan (biasanya kalau ada event bersar macam hari raya atau pilihan raya macam ni, KTM ada tambah gerabak tambahan untuk tampung penumpang yang sangat ramai). Ambe rindu untuk jejak kaki ke tanah kelantan sebab ambe jarang sangat ada peluang untuk balik kampung. Ambe fikir untuk PRU13 ni ambe akan balik seorang diri dan pada masa akan datang ambe akan bawa anak dan isteri balik bersama sebab mok ambe sendiri lama tak tengok anok ambe yang baru nak belajar merangkak tu.

Untuk Malaysia yang lebih baik, ayo balik kampung mengundi! :)

Tiada ulasan: