Selasa, 7 Januari 2014

#87: Katak Bawah Tempurung - A New Perspective

Katak bawah tempurung adalah peribahasa melayu dimana lebih kurang bermaksud, orang yang tak pernah terdedah dengan dunia luar dan tak tahu menahu apa disekelilingnya. Dulu ambe menganggap ia perkara yang teruk untuk menjadi "katak bawah tempurung", tapi ambe realize ada baiknya juga dengan sesetengah keadaan.

Kisah katak bawah tempurung ni ambe suka nak kaitkan dengan dari Greece bertajuk Dogtooth. Filem ni mengisahkan tentang satu keluarga yang duduk di tempat yang terpencil dan parents keluarga tersebuat semacam membuat satu "social experiment" keatas anak mereka sendiri. Social experiment ini adalah dengan membesarkan anak-anak mereka di tempat yang tidak ada orang lain dan mereka menggunakan perkataan-perkataan serta tanggapan sendiri. Contohnya memberitahu bahawa kucing adalah pemangsa manusia. Mempunyai vocabulary sendiri yang songsang dari dunia luar seperti memanggil sesuatu objek dengan nama yang lain contohnya memanggil "Epal" dengan nama "Keyboard". Ia filem yang sangat disturbing dan tak berperikemanusiaan, tapi ia memberi idea yang jelas tentang katak dibawah tempurung.

Dogtooth. Anak ditutup mata dari dunia luar.
Berbalik kepada katak dibawah tempurung, ambe fikir dengan kedudukan yang unik, katak dibawah tempurung boleh menjadi sesuatu yang baik. "Di bawah tempurung" boleh bermaksud di dunia sendiri tanpa campuran idea-idea dari luar. Ini adalah sesuatu yang unik. Dengan adanya persekitaran sendiri tanpa pengaruh luar, sesuatu yang baru dan asli boleh lahir. Sesuatu yang idea asal tanpa influence orang lain. Contohnya seseorang yang tak pernah mendengar muzik rock dan diberikan sebuah gitar. Tanpa pengetahuan bermain gitar, tapi dengan perasaan ingin tahu dan suka mendengar bunyi-bunyian beliau mungkin akan memetik gitar tersebut dan cuba bermain sesuatu. Gitar juga perlu di tune mengikut standard. Dan jika orang itu tak pernah tahu apa itu cara tuning gitar, lama kelamaan beliau akan mencipta satu standard tuning sendiri. Kaedah memetik gitar, time signature sendiri serta bentuk muzik yang tak pernah didengari sebelum ini. Idea asal yang tidak pernah dipengaruhi.

By the way, ini Javier Reyes, salah seorang gitaris dari band Animal As Leaders. Seriously, ambe dok pernah dengar muzik begini. Ambe saspek dia ni jenis "katak bawah tempurung" :)


Javier Reyes. Seriously, I never heard this kind of music before!

Tiada ulasan: