Patchage on Linux |
Kebolehan untuk merakam sound dari desktop amatlah penting tanpa adanya kebolehan untuk menyalurkan output audio ke input program lain seperti pada Linux. Dulu ambe pernah berfikir untuk membuat satu wayar dengan 2 hujung jack male bagi membolehkan ambe merakam sound yang keluar dari speaker untuk masuk semula ke jack mikrofon atau line-in dengan menyalurkan output dari jack speaker/headphone ke mikrofon/line-in melalui sambungan wayar fizikal speaker/headphone ke mic/line-in. Ia boleh berhasil tapi hasilnya mungkin akan mengalami sedikit masaalah dari segi kualiti dan kehilangan data. Masaalah ini berlaku kerana proses yang dilakukan oleh soundcard iaitu menukarkan signal digital kepada analog dan menukar semula signal analog kepada signal digital. Sewaktu proses conversion ini kehilangan data boleh berlaku yang akan merendahkan kualiti rakaman.
Enable Stereo Mix by right-clicking and select Enable |
Untuk aktifkan soft-audio-device ni, pergi ke Control Panel dan pilih Sound. Pada tab Recording, right-click ruang senarai recording device seperti dibawah dan pastikan Show Disabled Devices dan Show Disconnected Devices telah ditandakan. Sepatutnya ketika ini anda sudah boleh lihat device Stereo Mix didalam ruang senarai recording device. Select dan right-click Stereo Mix dan pilih Enable. Sekarang soft-audio-device Stereo Mix anda sudah diaktifkan dan sedia untuk digunakan. Sekarang cuba pasang apa-apa audio player/media player dan pasang lagu kegemaran anda dan anda akan lihat audio peak meter di sebelah Stereo Mix memberikan respon pada bunyi dari media/audio player anda. Perlu diingat, Stereo Mix menyalurkan audio dari desktop dan bukan dari aplikasi tertentu seperti di Linux. Dengan menggunakan Patchage/Qjackctl, anda boleh menyalurkan audio output dari Audacity ke aplikasi Jamin dan output dari Jamin masuk ke input Ardour tanpa dicemari bunyi-bunyian dari aplikasi lain.
Nak guna Stereo Mix mudah saja. Pasang audio recorder kegemaran anda, dan pilih Stereo Mix sebagai recording device (seperti nak pilih mikrofon). Klik record dan anda dah merekod sound dari desktop anda sendiri.
Untuk merakam sound dari desktop, gunakan device Stereo Mix. Notice the track? Yes, it's in stereo! |
Tiada ulasan: