Ahad, 23 Jun 2013

#66: Static IP using freedns.afraid.org

IP saya berubah-ubah setiap kali saya memulakan sambungan baru ke ISP saya. Ini dipanggil Dynamic IP. Contohnya, IP saya sekarang adalah 111.212.122.121, selepas saya memutuskan sambungan dan sambung semula, bila periksa kembali IP saya menjadi 214.253.241.110 dan bila putus dan sambung kembali ke ISP, ia akan berubah lagi ke IP lain. Ia sangat random dan ditentukan oleh ISP saya sendiri. Tiada algorithm untuk meneka nombor IP seterusnya, jadi bagi sesiapa yang perlu tahu IP mereka sendiri, ia adalah menjadi satu masaalah yang rumit. Bayangkan, kalau anda mahu ke google.com dan instead hanya perlu taip "google.com" di address bar, anda perlu menaip 74.125.135.100 untuk ke google. Dan bila google menukar IP kepada nombor lain, anda tidak lagi dapat mengakses google di 74.125.135.100. Anda akan terkial-kial untuk meneka apakah nombor IP terbaru google.com. Berbanding menggunakan Static IP, bila anda taip "google.com" di address bar, anda akan dapat akses google walau apa pun IP google yang terbaru. "google.com" mungkin buat masa sekarang akan mengakses 74.125.135.100 dan bila google telah mengubah IP kepada 56.112.65.121, bila anda akses google.com, ia akan terus di redirect ke IP google terbaru 56.112.65.121.

Terdapat banyak perkhidmatan penyedia static IP di luar sana, tetapi kebanyakannya adalah berbayar. Bayaran biasanya tidaklah mahal, kebiasaannya dalam lingkungan $30 untuk setahun. Saya recommend anda diluar sana untuk menggunakan perkhidmatan IP berbayar kerana anda biasanya boleh memilih domain anda sendiri seperti google.com (anda boleh memilih domain anda sendiri "yournamehere.com", "nasi-ambeng.com", "pecel-lele.com" dan lain-lain). Tetapi jika anda perlukan IP untuk kerja-kerja biasa yang tidak serius, tak perlulah keluarkan wang untuk dapatkan static IP kerana ada beberapa servis yang boleh menyediakan anda static IP secara percuma. Anda boleh mempunyai static IP dengan menjadi sub-domain untuk domain lain. Instead mempunyai domain sendiri e.g "yournamehere.com", anda boleh mendapat sub-domain seperti "yournamehere.company.com". Ini sudah cukup bagus untuk kerja-kerja yang simple dan tidak serius (saya amat recommend anda untuk menggunakan domain sendiri untuk kerja-kerja serius dan commercial).

Add new account at freedns.afraid.org
Salah satu penyedia Static IP percuma adalah boleh didapati di laman web freedns.afraid.org. Saya sendiri telah berdaftar di lawan ini kerana ia mempunyai banyak domain yang saya boleh pilih untuk menjadi sub-domainnya. Antaranya adalah jumpingcrab.com, chickenkiller.com, crabdance.com, mooo.com, strangled.net dan beberapa lagi domain dengan nama yang teruk. Ya, nama yang teruk sebagai hukuman anda tidak menggunakan domain berbayar LOL! Tapi bagi saya tak apalah kerana hasrat untuk mendapat static IP sendiri tercapai walau menggunakan nama domain yang teruk. 

Sign-up di laman freedns.afraid.org adalah percuma. Bila anda sudah selesai mendaftar, bolehlah anda buat satu subdomain baru dengan klik "Subdomains" di menu sebelah kiri laman. Untuk saya, saya telah memilih domain mooo.com kerana ia adalah yang paling pendek. Terpulanglah anda nak pilih yang mana satu. LOL! Untuk Type, saya memilih "A". Taip pada ruang "Subdomain" bagi subdomain mengikut kehendak anda (dimana static IP anda adalah "[subdomain].mooo.com"). Di ruang "Destination" adalah ruang untuk anda letakkan IP komputer anda (tak tahu IP sendiri? periksa IP komputer anda di http://checkip.dyndns.com/). Klik "Save!" dan taniah, anda telah mempunyai static IP anda sendiri yang beralamatkan nombor IP komputer anda (nombor IP komputer anda "untuk masa sekarang". Ingat, IP boleh berubah-ubah setiap kali disambung ISP). 

Anda sekarang sudah boleh cuba ping static IP anda dan boleh lihat ia mengeluarkan IP komputer anda seperti contoh dibawah, ping bibubibu.mooo.com akan mengeluarkan IP 183.171.169.157 (seperti yang di isi di ruang "Destination" sewaktu register subdomain tadi).
mrharmonies@harmonium ~ $ ping bibubibu.mooo.com
PING bibubibu.mooo.com (183.171.169.157) 56(84) bytes of data.
64 bytes from 183.171.169.157: icmp_req=1 ttl=55 time=301 ms
64 bytes from 183.171.169.157: icmp_req=2 ttl=55 time=349 ms
64 bytes from 183.171.169.157: icmp_req=3 ttl=55 time=285 ms
Anda tentu gembira kerana bibubibu.mooo.com sekarang telah di redirect ke IP komputer anda. Sekarang anda boleh run apache di komputer rumah anda dan anda boleh lihat laman localhost anda di internet dengan mengakses bibubibu.mooo.com.

Tetapi, apa akan jadi kalau IP komputer anda sekarang telah bertukar? Jika bibubibu.mooo.com sekarang pointing kepada 183.171.169.157, ia akan tetap terus point ke IP 183.171.169.157 itu walaupun IP anda terlah bertukar ke nombor IP baru. Contohnya jika IP anda sekarang adalah 22.112.231.224, bila anda melakukan ping kepada bibubibu.mooo.com, output ping adalah masih pada 183.171.169.157. Ini bukanlah apa yang kita mahukan kerana sepatutnya bibubibu.mooo.com sekarang pointing ke IP baru anda sekarang iaitu 22.112.231.224.

Jadi, untuk update bibubibu.mooo.com yang hanya point 183.171.169.157 setiap masa kepada bibubibu.mooo.com yang akan sentiasa point kepada IP terkini anda, ia memerlukan sedikit workaround (walaubagaimanapun, ia amat senang dengan freedns.afraid.org). Logon ke akaun freedns.afraid.org anda dan navigate ke menu "Dynamic DNS". Di laman ini, anda boleh lihat di bahagian bawah page terdapat ruang yang menglistkan subdomain yang telah anda buat tadi (dynamic update candidates). Disitu anda dapat lihat ada 4 link yang terdiri dari "Direct URL", "Wget Script", "Curl Script", "Edit Record". Ini adalah beberapa cara untuk update IP anda untuk diassign pada subdomain anda tadi. Jika tadi bibubibu.mooo.com point kepada 183.171.169.157 sedangkan IP anda sekarang adalah 156.112.213.128, bila anda klik link "Direct URL", secara automatik freedns.afraid.org akan update bibubibu.mooo.com kepada 156.112.213.128. Anda boleh cuba ping semula untuk kepastian:
mrharmonies@harmonium ~ $ ping bibubibu.mooo.com
PING bibubibu.mooo.com (156.112.213.128) 56(84) bytes of data.
64 bytes from 156.112.213.128: icmp_req=1 ttl=55 time=301 ms
64 bytes from 156.112.213.128: icmp_req=2 ttl=55 time=349 ms
64 bytes from 156.112.213.128: icmp_req=3 ttl=55 time=285 ms
Nah! bibubibu.mooo.com sekarang telah point ke IP terbaru anda! Setiap kali IP anda berubah, hanya perlu klik link "Direct URL" tadi untuk update (yang sebenarnya membawa kepada masaalah lain). Adakah anda mampu untuk klik link "Direct URL" setiap kali IP anda berubah?

Disinilah "Wget Script" dan "Curl Script" berguna! Download salah satu file ini dan pastikan komputer anda ada aplikasi wget atau curl kerana 2 skrip ini adalah DOS batch script yang akan execute wget atau curl setiap 10 minit untuk update subdomain anda tadi. Saya sebagai pengguna Linux hanya perlu tambahkan cron job untuk setiap 10 minit:
*/10 * * * * wget -q -N --read-timeout=0.0 --waitretry=5 --tries=400 http://freedns.afraid.org/dynamic/update.php?ABC123abc123qwerty789QWERTY789== > /dev/null

Tiada ulasan: