Rabu, 19 Jun 2013

#65: OpenWrt, USB 3G Modem and MicroSD

Ruang untuk SimCard dan MicroSD card pada kebanyakan modem 3G
Modem 3G yang saya gunakan bersama router TP-Link TL-MR3420 adalah model ZTE MF180. Ia adalah modem 3G dwi fungsi yang mana ia boleh menjadi modem untuk servis 3G dan juga storage device bila kad MicroSD dimasukkan kedalamnya. Ia adalah fungsi yang baik kerana modem saya yang sebelum ini hanya modem semata-mata. Sekurang-kurangnya saya boleh menyimpan sedikit data/file didalam modem yang juga boleh bertindak sebagai pendrive.

Walaubagaimanapun, sewaktu pertama kali saya plug modem saya pada router saya yang telah saya flash OpenWrt, modem saya gagal untuk membuat sambungan. Lampu hijau berkelip-kelip, tapi ia tidak bersambung. Secara normalnya, sewaktu saya memakai stock firmware dari TP-Link, setelah 1 minit plug in pada router, sambungan 3G/HSDPA akan bersambung secara automatik. Di OpenWrt pula, seakan modem saya tidak dapat dikenali. Saya cuba menyiasat tentang ini dan akhirnya saya terjumpa satu artikel berkaitan masaalah ini. Katanya, hal ini terjadi kerana OpenWrt mengenali 3G modem saya sebagai CD drive (storage device). Modem dwi fungsi (3G dan MicroSD storage) mewujudkan satu "konflik" didalam OpenWrt kerana OpenWrt mengenali modem jenis ini sebagai storage sebelum mengenalnya sebagai 3G modem. Jadi, artikel itu mengesyorkan untuk "menghapuskan" fungsi storage pada 3G modem ini. Caranya ialah dengan meng"eject" device CD melalui command line sdparm --command=eject //dev/sg0. Dengan itu, storage device telah di unmount dan sekarang hanya tinggal 3G modem. Rujuk link ini untuk mengetahui lebih lanjut tatacara ini.

Tiada ulasan: