Rabu, 19 Jun 2013

#64: Network Router - A CPU without display with only 4MB storage

TP-Link TL-MR3420
Setelah berjaya menukar firmware router saya kepada OpenWrt, saya akhirnya berjaya boot kedalam firmware baru yang berasaskan Linux. Web interface juga baru yang boleh di themekan mengikut kemahuan saya(default untuk router saya adalah theme twitter bootstrap) dan juga boleh menggunakan telnet serta SSH melalui ip router, saya mula merasakan router saya ini sebenarnya bukan hanya network router, tapi sebuah komputer yang lengkap! Ia ada storage, RAM, processor, network card dengan 1 WAN dan 4 LAN, wifi transmitter, dan untuk TL-MR3420, ia juga ada 1 port USB 2.0!

Timbul satu kepuasan dalam diri saya bila berjaya menukar stock firmware kepada firmware berasaskan Linux ini kerana akhirnya router saya dapat menunjukkan potensi serta kemampuan sebenarnya yang sebelum ini hanya terhad untuk aktiviti routing network sahaja. Disebabkan ini juga fikiran saya mulai terbuka untuk melihat hardware-hardware seperti ini sebenarnya mempunyai banyak potensi tetapi dihadkan oleh software. Saya hanya melihat router saya ini sebagai satu alat yang passive dan tak boleh buat apa-apa selain network routing dan sekarang setelah di flash dengan firmware baru, saya mula melihatnya sebagai sebuah CPU yang sentiasa bersambung dengan internet, boleh run application seperti apache web server, openvpn, tor dan ia boleh hidup dengan tenaga eletrik sebanyak hanya 9 volt!
mrharmonies@harmonium ~ $ ssh root@192.168.1.1
root@192.168.1.1's password:


BusyBox v1.19.4 (2013-01-08 15:26:10 WIT) built-in shell (ash)
Enter 'help' for a list of built-in commands.

  _______                     ________        __
 |       |.-----.-----.-----.|  |  |  |.----.|  |_
 |   -   ||  _  |  -__|     ||  |  |  ||   _||   _|
 |_______||   __|_____|__|__||________||__|  |____|
          |__| W I R E L E S S   F R E E D O M
               U N L E A S H E D - Kernel 3.3.8 --->>>>
 ATTITUDE ADJUSTMENT (bleeding edge) ------------------
  * 1/4 oz Beras
  * 1/4 oz Kencur
  * 1/4 oz Kunir
  * 1/4 oz Jane
 --------------------cindy.wijaya----------------------
                   FORSAT | KASKUS
           www.facebook.com/groups/openwrt
   http://www.kaskus.us/showthread.php?t=10124215
             http://forum.openwrt-id.org
 ******************************************************
                      website:
               openwrt.hackshare.org (int)
               openwrt.agromapia.com (iix)
 ------------------------------------------------------

root@OpenWrt:~#
Setelah boot router, anda sudah boleh connect ke router anda melalui ssh atau telnet. Gunakan apa sahaja client telnet atau ssh yang anda mahu, dan connect ke IP address router (untuk saya, IP router adalah 192.168.1.1) contohnya dengan command telnet 192.168.1.1 untuk connect ke port 23 atau ssh root@192.168.1.1 untuk connect ke port 22 dengan username "root". Jika tidak ada apa-apa masaalah, skrin seperti diatas akan terpapar dan anda telahpun enter command line di router anda. Banyak command line telah tersedia didalam terminal ini kerana firmware telah disediakan bersama pakej BusyBox. Untuk install package baru, anda hanya perlu menggunakan package manager (ala apt-get di Debian) dengan command opkg. Contohnya, untuk install hanya perlu guna command opkg install openvpn dan secara automatik opkg akan install applikasi baru OpenVPN di router anda tanpa anda perlu bimbang tentang dependency yang melibatkan package-package lain. Ini adalah sangat menyenangkan dan menjimatkan banyak masa!

Install application Linux di router adalah amat mudah dengan bantuan opkg, walaubagaimanapun, terdapat 1 masaalah. Default storage pada router adalah hanya 4MB! Saiz firmware OpenWrt adalah lebih kurang 3.8MB dan ini bermakna, storage pada router hanya ada beberapa ratus kilobyte sahaja. Oleh itu, adalah mustahil untuk install apa-apa package (walaupun mempunyai tool yang cukup untuk install, tapi keadaan storage tidak membenarkan) didalam default storage pada router.

Tapi, bagi pengguna TP-Link TL-MR3420, anda bernasib baik kerana anda mempunyai 1 USB port! USB port 2.0 ini sebenarnya boleh digunakan (selain untuk menyambung modem 3G) boleh digunakan untuk menyambung external storage. Hanya perlu cucuk sahaja USB Pendrive pada USB port di router, USB Pendrive anda akan dikenal sebagai storage baru. Akan tetapi, beberapa workaround perlu dilakukan antaranya pendrive anda perlulah di format kepada partition linux swap dan partition ext2. Untuk lebih lanjut, sila ikuti workaround yang ditulis oleh Cindy Wijaya (kudos) mengenai cara untuk tambah storage pada router dan menjadikan USB Pendrive anda sebagai root storage (pendrive anda boleh di mount sebagai "/") dan anda boleh memiliki storage mengikut kapasiti pendrive anda (prosedur exroot).

Saya ada 2.54 GB storage pada router.
Anda tidak perlu space yang sangat besar untuk router. Memadai 1 atau 2 GB sudah cukup untuk install banyak application didalamnya dan menyimpan banyak data. Banyak aplikasi boleh didapati melalui opkg, dan antara beberapa aplikasi yang saya install adalah openvpn, tor dan vsftpd. Aplikasi openvpn adalah untuk menyambung sambungan ke Virtual Private Network, tor adalah untuk internet anonymity dan vsftpd adalah satu daemon ftp server untuk membolehkan anda connect router anda melalui ftp (memudahkan urusan upload dan download file dari komputer ke router).

Tiada ulasan: