Isnin, 15 April 2013

#33: Ilmu yang telah ghaib

Philips Heartstart XL biphasic defibrillator
The official defibrillator untuk hospital ambe. Tapi ambe tadok banyok information tentang defibrillator model ni kecuali harganya yang maha-mahal. Baru-baru ni ada representative dari Philips buat training untuk mesin ni. Tapi waktu tu ambe dan kawan-kawan tadok. Jadi terlepas la training untuk mesin ni. Ambe cuba-cuba cari di youtube kalau-kalau ada training video tentang defibrillator ni. Malangnya tadok juga. Video AED Philips ada la sebab Philips banyak keluarkan Automated External Defibrillator tapi untuk defibrillator manual macam ni memang tadok banyak info. Dokumen datang dengan mesin ni pun hanya ada manual "Instruction For Use" yang hanya menerangkan bab-bab mekanikal/eletrikal secara tersangat general dan langsung tak menyentuh tentang kaedah menggunakannya secara medical. Mungkin ini kerana Philips sangat berhati-hati dengan penulisan manual/instruction, maklumlah, bukan jual barang eletrik MLM wakakaka!

Anyway, minggu ni bos ambe akan memberi satu lecture tentang defibrillator ni. Ambe dok tahu dari mana dia dapat bahan sebab ambe search di google memang dok dapat apa-apa selain "instruction for use". Sebagai company besar, pada pendapat ambe, Philips patut keluarkan video training untuk mesin defibrillator ni (dan juga model-model lain) bagi memudahkan medical staff mempelajari tentang "brand-specific" defibrillator ni.

PS: Setakat ni "easter-egg" yang ambe jumpa - "System Check" iaitu menekan button "Strip" sambil pulas knob dari "Off" ke "Manual On". This is not good brother!

Tiada ulasan: