Selasa, 4 Ogos 2015

#124: A Perfect Plan. Failed.

Ini burger.... Wait what?!
Tahun 2008 dulu, ambe ada buat pemeriksaan darah untuk Cholesterol. Kebetulan ambe kerja di tempat berkaitan ujikaji darah, so ambe gunakanlah kemudahan tu sepenuhnya. Turned out, darah ambe agak tinggi paras Cholesterolnya. Ambe dah jangka sebab ambe memang jenis makan tak kontrol. Ambe pun decide untuk kontrol pemakanan ambe dengan harapan untuk turunkan paras Cholesterol yang amat tak baik untuk jantung.

Ambe buat banyak perubahan diet. Oleh sebab Cholesterol berpunca dari haiwan dan ia tak ada dalam sumber makanan dalam tumbuhan, ambe decide untuk tukar, semua yang berpunca dari daging kepada alternatif yang boleh mengeyangkan, murah, kaya zat tetapi veggie, iaitu makanan yang terkenal di Johor dan tanah jawa, Tauhu dan Tempe. Tauhu dan Tempe, ada 0% Cholesterol (lihat soy bean nutritional fact dibawah). Ia ada tekstur yang seakan daging (lebih-lebih lagi Tempe). Ramai orang menggunakan bahan kekacang ini untuk menggantikan daging, contohnya burger diatas (jangan tertipu, gambar burger diatas adalah "Tempe Burger" yang diambil dari Wikipedia).

Soybean nutritional fact
Dari saat itu, ambe dengan penuh disiplin mengikuti plan diet ambe. Ambe langsung tak mengambil daging. Beef nutritional fact menunjukkan untuk setiap serving 85gram daging, 75mg adalah Cholesterol mewakili 25% had kolesterol harian. Dengan menukarnya pada soy product, ambe membawa Cholesterol kepada 0%.

Ambe follow diet ni untuk beberapa minggu. Mula-mula susah juga sebab yelah, dari karnivor tiba-tiba jadi veggie. Lama-kelamaan, ambe jadi suka pulak. Lebih-lebih lagi dengan penyediaan makanan berasaskan soybean di tempat ambe. Soy based product ni banyak originated dari negara jiran kita, Indonesia. Kalau ikut wikipedia pun tulis macam ni: 

"Tempeh (/ˈtɛmpeɪ/; Javanese: témpé, IPA: [tempe]) is a traditional soy product originally from Indonesia. It is made by a natural culturing and controlled fermentation process that binds soybeans into a cake form, similar to a very firm vegetarian burger patty. Tempeh is unique among major traditional soy foods in that it is the only one that did not originate from the Sinosphere cuisine. It originated in today's Indonesia, and is especially popular on the island of Java, where it is a staple source of protein. Like tofu, tempeh is made from soybeans, but it is a whole soybean product with different nutritional characteristics and textural qualities. Tempeh's fermentation process and its retention of the whole bean give it a higher content of protein, dietary fiber, and vitamins. It has a firm texture and an earthy flavor which becomes more pronounced as it ages. Because of its nutritional value, tempeh is used worldwide in vegetarian cuisine, where it is used as a meat analogue." - Wikipedia on Tempeh

Ditempat ambe bekerja waktu tu, makanan favorite ambe adalah Ayam Penyet. Ia masakan yang bagi ambe adalah simple, terdiri dari ayam yang digoreng garing, sup panas, sayur-sayur dan ulam-ulam mentah, tempe goreng, tauhu goreng dan banyak sambal! Ia kombinasi ringkas, tapi mak aih, sedapp! Nasi Ayam Penyet ada termasuk dalam senarai "40 Singapore foods we can't live without" yang dicompile oleh Catherine Ling dari CNN. Lagi yang menggunakan tempe dan tauhu adalah Nasi Ambeng, Rojak, Tauhu Bakar, Tauhu Sumbat, dan banyak lagi. 
Soybean vs Meat nutritional fact
Ini Ayam Penyet. Popular di Johor tapi disukai di seluruh negara!
Berbulan-bulan jugak lah ambe tak makan daging. Ambe pun ambik keputusan untuk repeat ujian darah. 

Seperti yang ambe jangka, tahap Cholesterol ambe yang sebelum ni melebihi julat normal, result kalini berada dalam julat sihat! Ambe suka! Tapi ada 1 bacaan yang ambe tak bagi tumpuan waktu ambe buat ujian darah tu, iaitu "Uric Acid".

Uric Acid adalah produk yang terhasil dari proses penguraian Protin dalam makanan. Dan diet ambe ni sangat kaya Protin! Lihat comparison nutritional fact untuk Soybean dan daging diatas, kandungan Protin dalam Soybean jauh lebih tinggi dari dalam daging! Tapi pada waktu tu ambe tak sedar apa kepentingan Uric Acid untuk berada di paras normal, apa yang ambe fikir adalah nak turunkan Cholesterol untuk selamatkan organ paling penting dalam badan manusia, iaitu jantung. Sehinggalah.....
Kalau dah jadi macam ni dah tahap kronik dah
Satu pagi. ambe nak bergerak ke tempat kerja, ambe rasa ibu jari kaki ambe sangat sakit. Ambe tengok ibu jari kaki ambe bertukar warna kemerahan. Tapi takde lah bengkak macam gambar kat sebelah ni. Sakitnya memang kuat. Rasanya macam kamu terpijak paku dan paku tu tertinggal dekat ibu jari kaki. 

Sakitnya hanya waktu berjalan sahaja. Waktu rehat, kaki tak bergerak, tak rasa apa-apa. Tapi rasa sangat sakit dan tak sakit langsung datang berselang-seli memang rasa sangat annoying. Ambe buat test darah. Memang sangat tinggi lah level Uric Acid ambe waktu tu.

Ambe mula fikir diet yang ambe reka sendiri ni memang FAIL! Niat ambe untuk turunkan tahap Cholesterol sekarang dah buat ambe terkena sumpahan medical condition lain pulak.  Lebihan Uric Acid sebab penguraian Protin berlebihan dalam badan banyak berkumpul dekat sendi kaki. Mulanya dekat ibu jari kaki sahaja. Lama kelamaan makin teruk sehingga pergelangan kaki pun jadi sakit. Ambe mula rasa keadaan ni sangat mengganggu kehidupan ambe. Ambe dokleh main drum, dokleh main sukan, dokleh lari laju dan etc yang menggunakan kaki. Oleh sebab tu jugak ambe tukar motor ambe yang bergear kepada skuter supaya ambe dok payah bersusah nak start dan main gear dengan kaki.

Rasa nok kerat je ankle kaki ambe ni. Pakai ni, selesai masaalah.
Di waktu umur ambe yang sedang optimum untuk produktif ni, bila ambe diserang sakit yang bagi ambe sebagai "remeh temeh", tapi sangat sakit dan mengganggu ni, kadang-kadang ada ketika ambe terfikir idea-idea yang sangat "gelap", contohnya macam caption gambar sebelah ni.

Bodoh kan? Tapi waktu sangat sakit, ambe dok rasa gitu. Sedang dalam kepala ambe begitu banyak hal yang nak dibuat, benda "remeh" ni yang menghalang ambe. Ambe tengok orang yang pakai kaki palsu lagi produktif banding dengan ambe. Frustration tu memang tinggi lah. Ambe juga banyak ambik pain killer dan ubat-ubatan lain untuk turunkan Uric Acid dalam darah ambe.

Buat masa sekarang ni, ambe buat check-up dekat tempat ambe kerja, diperiksa oleh orang yang memang pakar dalam bidang dia, Alhamdulillah ambe rasa OK sekarang. Sakit pun jarang-jarang dah datang. Ambe disuruh jaga BMI, minum banyak air, ambik diet kurang protin, senaman, pakai insole kasut etc. Kita tengok lah guane dalam masa berapa bulan lagi. Bini ambe pun supportive, banyak bantu ambe. Masak apa yang ambe boleh makan, kadang-kadang korbankan apa yang dia suka, untuk ambe sesuaikan dengan nutrition diet baru ambe. Kelakar bila fikir balik bagaimana semua ni bermula dengan niat ambe nok kurangkan Cholesterol untuk elak masaalah jantung, ambe terkena radang sendi pulak Hahaha! Takpelah, Cholesterol ambe sampai sekarang dalam level normal ;)

Ambe terfikir "scene" untuk keadaan ambe sekarang ni. Ada medical condition dipanggil untuk keadaan ni: Disebabkan nak badan jadi sihat, ada orang makan begitu banyak supplement Vitamin sehingga Vitamin-vitamin tu sangat berlebihan dalam darah sampai ketahap toksik, dipanggil "Hypervitaminosis". Pengajarannya, nak buat apa-apa jangan sampai ketahap melampau Hehehe!


Akhir sekali, jom tengok video paling Cliche untuk ditunjuk pada orang Gout Hahaha!

Tiada ulasan: