Khamis, 27 Ogos 2015

#130: Melawat Negeri Famous(a)

Indie Companie
Melaka adalah antara negeri yang ambe paling unfamiliar di semenanjung Malaysia. Ambe pernah datang ke Melaka beberapa tahun lepas tapi ambe tak sempat pusing-pusing pun. So ni kali kedua ambe menjejak kaki di negeri Melaka.

Ambe hadir untuk berkursus di negeri Melaka untuk tempoh 4 hari. Ambe datang menaiki kenderaan jabatan bersama beberapa orang staff lain. Selepas check-in disini, kawan ambe ajak untuk keluar makan di restoren sekitar bandar Melaka. 

Disebabkan antara kami tak ada seorang pun yang familiar di bandar Melaka ini, ambe mengambil keputusan untuk bertanya pada orang yang lalu lalang. Luckily seorang lelaki cina membantu group ambe dan menunjukan arah ke bandar Melaka. Jarak dari tempat ambe tinggal lebih kurang 3 km dari bandar. Dalam perjalanan ke bandar, kami melalui kawasan China Town, tepian sungai, Gereja berwarna merah, kaki lima berwarna merah, balai polis Melaka, dan tiba di satu lampangan dimana disitu terdapat 2 buah koc kereta api dan kapal terbang yang diletakkan di tengah-tengah lampangan. Ambe mula rasa kawasan itu familiar kerana sebelum ini ambe pernah singgah di sini. Sepanjang perjalanan ambe ada snap beberapa gambar:
Pintu Harmonika
Merah mendominasi warna cat-cat lain disini
The Arms of Alfonso Henriques
The Melaka's famous airplane
Berjalan di kaki-lima
Kepala Tren situated depan kapal terbang
Entrance. Lihat architecture pintu ni yang banyak pengaruh barat
Rumah tepi sungai
Grafiti di pintu kedai
Pokok dibawah A Famosa Fortress.

Tiada ulasan: