Selasa, 25 Ogos 2015

#129: Replace Your MetaTrader's Annoying Sound File!

ARGHH! MY EARSSS!!
MetaTrader adalah platform trading yang bagus. Ambe guna MetaTrader hampir setiap hari. Tapi sapa yang tak benci dengan bunyi default audio alert yang memang shipped bersamanya?

Bunyi "Ding" bila ada sambungan, bunyi spring melantun bila ada error, bunyi kena hempuk bila order placed, "incoming mail" dengan bunyi angin bertiup, annoying gila! MetaTrader 4 atau MetaTrade 5, kedua-duanya sama saja. Lebih teruk lagi, bila kamu bawa laptop kamu ke tempat awam, kamu buka MetaTrader, dengan bunyi-bunyian tadi, orang dah dapat agak apa yang kamu sedang buat. Bawa laptop ke ofis? Kantoi! Jadi ambe keluar dengan satu solusi untuk selesaikan masaalah ni. Ambe replaced audio asal MetaTrader dengan audio yang ambe hand-picked sendiri dari internet. Ambe packagekan file-file audio ni dalam format ZIP untuk memudahkan sapa-sapa yang nak guna set audio ni menggantikan file-file audio asal di dalam folder "Sounds". Filename adalah sama dengan file audio asal MetaTrader jadi sila ambil perhatian, semua file audio asal MetaTrader akan di replace. Download file dibawah, cari folder MetaTrader bernama "Sounds" dan extract package kedalam folder tersebut.
mt-audio.zip

Tiada ulasan: