Ahad, 26 Julai 2015

#122: Traders Millions By The Minute

Traders Millions By The Minute (S01E02)

Online trading bukan perkara yang mudah. Tapi ambe suka bagaimana online trading membuka peluang pada orang kebanyakan untuk turut sama mencari rezeki dalam bidang ini. Tak kira kamu jutawan, papa kedana, dari bidang engineering, dari bidang perubatan, cikgu, budak sekolah, budak U, pekebun, suri rumah, misi, tukang masak, etc, kalau kamu mahir trading, tak ada apa yang boleh menyekat kamu mendapat profit.

Jane, misi sambilan. Full time ibu.
Berbanding dalam bidang profesional lain, contohnya pegawai perubatan, kamu perlu ada qualification untuk membolehkan kamu melakukan tugas sebagai pegawai perubatan. Kamu perlu ada ijazah kedoktoran, lesen perubatan yang perlu diperbaharui setiap tahun, etc. 

"Its not a hobby, its a business" - Charlie
Online trading tak perlu itu semua. Ia tak perlu tahu kamu adalah kerja apa, atau apa kelayakan akademik kamu. So bagi ambe, sebagai seorang yang tidaklah sangat berjaya dalam bidang akademik, dan langsung tidak mempunyai qualification dalam bidang ekonomi, online trading telah membuka peluang sama rata bagi ambe untuk orang yang mempunyai kelayakan dalam bidang ekonomi. Bagi ambe, asalkan kamu tahu dan faham apa yang kamu nak buat, faham tentang risikonya, kamu sanggup untuk hadapi semua hal-hal berkaitan, maka kamu patut cuba online trading.

Apparently Charlie guna MA pada High/Low. I'll try this!
Dari dokumentari diatas, ambe amat tertarik dengan personaliti Charlie. Beliau trade dari rumah dan menganggap rumahnya sebagai sebuah pejabat. Beliau sangat berdisiplin dan teratur. Beliau kaji chart awal-awal untuk trade kemudian. Workflow yang sangat teratur. 

Beliau juga mengubah diet pemakanan beliau kerana beliau sedar bekerja sebagai trader tak banyak melakukan pergerakan, jadi BMI serta body fat perlu diambil kira untuk memastikan kesihatan beliau bagus. 

Charlie juga menggunakan chart berbayar, berbanding kebanyakan trader banyak menggunakan chart percuma yang dibekalkan oleh broker.

Ambe bercita-cita untuk menjadi trader sepenuh masa yang bekerja dari rumah seperti Charlie. Sekarang apakah yang menghalang ambe untuk menjadi seperti Charlie? Qualification? Kelayakan akademik? Tak ada! Ambe fikir apa yang memisahkan ambe dan Charlie hanyalah kehendak!
Justin trade dari bilik tidurnya. Beliau ada kereta dan komputer. Tapi beliau pilih untuk tak jadi pemandu teksi.