Isnin, 5 Disember 2016

#150: Film Review: Jagat (2016)

Ambe tonton ni 2 hari lepas. Filem ni menampilkan muka-muka yang ambe tak pernah lihat sebelum ini dalam drama tempatan. Mungkin ada keluar di filem india tempatan, tapi ambe kurang terdedah. Jalan cerita filem nampaknya ada sedikit non-linear yang menjadi trend akhir-akhir ini. 

Character development yang bagus. Ambe lihat filem ni seperti ada 2 karakter utama (ambe ingat filem ni hanya tentang budak dalam poster filem ni sahaja). Karakter Appoi dan pakciknya Mexico sangat terbit dalam filem ni. Juga kadang-kadang watak Mexico lebih dominan dalam filem ni kerana dia bawak watak yang berat dan kamera banyak bersamanya.

Filem ini banyak dialog-dialog yang thoughtful. Mexico walaupun seorang gangster tapi beliau ada prinsip hidup yang kuat. Ambe suka ada seorang watak pakcik Appoi yang kerja nelayan dalam filem ni yang selalu bijak memberi kata-kata wisdom. 

Filem ni banyak recall memori ambe tentang kehidupan awal 90an. Ada juga scene yang ambe rasa disturbing contohnya scene Appoi telefon 999 di public phone dan buat bunyi kucing dan kemudiannya call 999 menangis teresak-esak selepas kematian pakciknya. Overall ambe suka filem ni kerana ia, walaupun hanya fiksyen, tapi ambe fikir agak dekat dalam memaparkan realiti masyarakat. Kamera work bagus. Cinematography, scenery yang dipilih pun ambe suka. Malah ambe suka detail-detail yang kecil contohnya botol arak yang bergoyang in sync dengan bot bergoyang. Soundtrack pun ok. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni.