Khamis, 1 Disember 2011

#7: Le Review of CCTV 25mm f1.4 (Part 2)

Bokeh comparison. Lihat Cat's Eye Effect pada lens CCTV.
Sila rujuk artikel Kenrockwell mengenai bokeh (yang saya fikir ia penjelasan paling detail mengenai bokeh di internet). Menurut beliau, bokeh yang bagus sepatutnya (secara sains optik) mempunyai tebing yang lembut (seperti Gaussian blur) hingga tebing bulatan bokeh tak dapat dikenali. Saya fikir bokeh lens pencake Lumix 14mm f2.5 adalah bokeh yang bagus walau pada wide open (f2.5). CCTV 25mm f1.4? Nampak ok dalam kegunaan biasa di bawah cahaya matahari. Tapi bila sumber cahaya dari lampu, lihat ini:

Tebing bokeh yang tidak lembut. Lens CCTV 25mm f1.4
Ya, tebing bokeh yang keras. Klasik.

Bentuk bokeh yang semakin menjauhi center gambar akan terdistort membentuk "mata kucing". Distribusi bokeh yang berjauhan dengan center gambar nampak makin padat. Formation bokeh yang berjauhan dengan center gambar membentuk seperti spiral. Cat's Eye + Spiral Formation, obviously ia membentuk swirl bokeh.

So, bokeh, cats eye effect, adakah ia tak bagus? Bagi saya, ia personal preference. Juga mengikut keperluan tujuan kita menggunakan kamera. Untuk special effect, saya akan pilih lens ini! Untuk fotografi yang memerlukan detail terbaik dan extreme precision, saya akan pilih lens yang bagus untuk kerja itu. Seperti bertanya, "kenapa di zaman moden ini masih menggunakan filem?". Ia ada keistimewaannya yang tersendiri.