Isnin, 11 Julai 2016

#147: Zakat Fitrah

Ada orang bagi idea, bagi zakat terus pada orang yang layak, bukan melalui badan zakat negeri. Bunyi macam idea yang bagus, tapi bila fikir dalam-dalam, macam tak praktikal.

Kalau kamu duduk KL, ramai orang kaya-kaya, kamu susah nak cari orang yang menepati criteria asnaf yang layak untuk terima zakat. Bila kamu duduk di tempat yang ramai orang tak berkemampuan pulak, kamu akan jumpa 20-30 keluarga yang menepati criteria layak terima zakat, jadi kamu gembira untuk serahkan rate zakat ikut negeri sebanyak 7-8 ringgit, tapi untuk dibahagi 20-30 keluarga? Tak praktikal kan? Kamu niat bantu tapi jadi lone-wolf dengan kemampuan sendirian yang terhad. Jadi serahkanlah tugas ini pada yang pakar. Mereka ada database dan pengumpulan duit zakat yang berpusat. Ada data registration beribu-ribu orang-orang yang layak terima zakat. Kamu tak mampu manage semua benda ni sendirian kan?

#146: Useless Skill

Ambe ni dok banyak cakap orangnya, tapi ambe dok suka bila bila orang guna ayat panjang tapi takde isi. Contohnya, instead of guna ayat pendek dan ringkas, "saya akan dapatkan persetujuan YB untuk projek ini", so annoying bila guna ayat ni, "saya akan bertanya pada YB untuk persetujuan projek ini dan YB akan memberikan jawapan samaada beliau bersetuju ataupun tidak. Selepas itu barulah kita tahu apakah pandangan YB terhadap projek ini berdasarkan jawapan yang diberikan oleh YB samaada bersetuju ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh YB merupakan satu jawapan yang kita tunggu-tunggu kerana berdasarkan jawapan YB lah kita akan teruskan projek ini ataupun tidak diteruskan." Ugh! Ambe admire ramai orang disebabkan skill bercakap yang bagus dan bijak mengeluarkan buah fikiran, satu kebolehan yang takde pada ambe. Tapi tolonglah jangan tunjuk skill bercakap jenis laguni. Ambe dok impressed. Mmeehh!

#145: Orang Mati Dalaman

Bila kamu dah GENUINELY takde rasa apa-apa bila kamu tolong orang dan orang tak ucap terima kasih, kamu tak rasa apa-apa bila orang perlekeh kamu, kamu tak rasa apa-apa bila orang mengumpat kamu, kamu tak rasa apa-apa bila ada orang menunjuk-nunjuk kekayaan beliau pada kamu, kamu takde rasa apa-apa beza pada 2 orang yang berlainan, kamu takde rasa beza beli tudung dengan kawan kamu atau beli dengan artis, kamu tak rasa apa-apa bila kemu jemput kawan baik kamu datang kenduri tapi tak datang, kamu tak rasa apa-apa bila orang buat salah pada kamu dan tak minta maaf, kamu tak rasa apa-apa bila orang sombong dengan kamu, dan lain-lain, kamu mungkin dah ignore sepenuhnya bahagian "small minds". Ramai orang tak akan faham perkara ni, mungkin akan panggil kamu dah "dead inside", sehingga kamu genuinely merasai sendiri betapa tranquilnya rasa tak perlu emotinally attached dengan orang lain. Taniah!

#144: Raya Like A Boss.

Atas rasa tanggungjawab ambe post ni supaya kamu tak terasa "down" disebabkan kamu sangat bersederhana di hari raya ini. Kamu bukan budak-budak lagi untuk participate permainan bernama "nampak kaya". Ubah mindset. Kamu terlalu bijak untuk semua ini. Uruskan kewangan kamu dengan bijak. Kurangkan drama. 1 part untuk simpan, 1 part untuk invest, 1 part untuk spend. Senyum, syukur dan ucap SHRMZB 1437H/2016!