Isnin, 11 Julai 2016

#147: Zakat Fitrah

Ada orang bagi idea, bagi zakat terus pada orang yang layak, bukan melalui badan zakat negeri. Bunyi macam idea yang bagus, tapi bila fikir dalam-dalam, macam tak praktikal.

Kalau kamu duduk KL, ramai orang kaya-kaya, kamu susah nak cari orang yang menepati criteria asnaf yang layak untuk terima zakat. Bila kamu duduk di tempat yang ramai orang tak berkemampuan pulak, kamu akan jumpa 20-30 keluarga yang menepati criteria layak terima zakat, jadi kamu gembira untuk serahkan rate zakat ikut negeri sebanyak 7-8 ringgit, tapi untuk dibahagi 20-30 keluarga? Tak praktikal kan? Kamu niat bantu tapi jadi lone-wolf dengan kemampuan sendirian yang terhad. Jadi serahkanlah tugas ini pada yang pakar. Mereka ada database dan pengumpulan duit zakat yang berpusat. Ada data registration beribu-ribu orang-orang yang layak terima zakat. Kamu tak mampu manage semua benda ni sendirian kan?

Tiada ulasan: