Isnin, 18 April 2016

#142: Life Strategy: Modal Insan

Wise man Warren Buffett thought on earning.
Ambe fikir adalah penting untuk ada banyak kemahiran dalam hidup ni. Lebih-lebih lagi skill yang tak ramai orang ada. Kalau kamu pandai masak sup sedap, tapi ada berjuta-juta orang pandai masak sup sedap, macamana bos kamu nak bezakan speciality kamu dengan berjuta orang lain? Tiba satu hari bos kamu suruh kamu kerja buat sup 2 syif 7 hari seminggu tanpa boleh cuti selama setahun dan bos kamu cakap kalau kamu enggan, kamu boleh berenti kerja sebab ada berjuta orang tunggu nak ganti tempat kamu. Rasa geram dan rasa diri ni worthless betul bila orang cakap lagutu. Cara nak revenge, belajarlah kemahiran lain dan belajar ia betul-betul. Supaya next time bos kamu cakap yang sama, kamu boleh reply, "IDGAF" on his face! LOL! Tapi itu untuk revenge je, idea utamanya adalah, secure your future. Terlalu berisiko untuk ada hanya satu source of income sekarang.

#141: Film Review: Joy (2015)

Joy (2015)
Filem ni adalah filem biographical kisoh benar tentang Joy Mangano, seorang wanita yang suka mereka-cipta, dalam kes filem ni, ciptaan beliau adalah sebatang mop yang boleh dipulas tanpa menyentuh bahagian mop yang kotor. Walaupun ciptaan nampak lekeh, simple, tapi ia amat praktikal (mungkin dekat rumah kamu pun ada mop ni, disini kamu boleh lihat bagaimana capaian marketing rekaan mop ni boleh sampai keseluruh dunia).

Filem ni menceritakan kisoh dari beliau dari kanak-kanan hingga dewasa dan susah payah beliau untuk menjual ciptaan beliau hingga terpaksa memajak rumah beliau sendiri dan pernah diistihar bankrupt. Ini kisoh tentang kecekalan, tak mahu menyerah kalah, lebih kurang macam filem Flash Of Genius (2008) apabila Robert Kearns mencipta patent windshield wiper tapi dimanipulasi oleh Ford hingga beliau menghadapi mental breakdown.

Ambe sangat recommended untuk tonton filem Joy (2015) sebab ia banyak memberi inspirasi pada orang yang baru dalam dunia perniagaan, jangan mudah putus asa dan jangan mudah konfius/rasa dimanipulated dengan situasi-situasi rumit berkaitan business, perundangan etc. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni.

Joy (2015) theatrical trailer