Ahad, 22 September 2013

#73: Some Recently Developed Film I Exposed 2-3 Years Prior

Rolleicord TLR
Ini adalah beberapa foto yang saya captured 2-3 tahun lepas dengan menggunakan kamera Twin Lens Reflex Rollei Rolleicord III type 2 dan menggunakan filem Ilford FP4 Plus ASA 125. Filem ini tidak didevelop sehingga beberapa hari lepas oleh kawan saya dari Johor Bahru, Dr Pishal Pauzi.

Sewaktu saya bertukar tempat kerja dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, rupanya saya ada tertinggal beberapa roll filem pada kawan saya. Saya baru menyedarinya setelah dihubungi kawan saya dan beliau sudi untuk memproses filem saya ini.

Kamera yang saya gunakan iaitu Rollei Rolleicord III type 2 sudah pun tidak saya miliki. Saya telah menjualnya kepada seorang rakan beberapa tahun lepas. Ia satu kamera yang bagus dan ringan berbanding kamera medium format lain yang saya miliki.

Dilengkapi lensa Schneider Kreuznach Xenar 75mm f3.5, ia bukanlah lens paling "laju" yang pernah saya gunakan untuk medium format, tapi ia definitely lens yang paling sharp pernah saya gunakan untuk kamera medium format. Lebih sharp berbanding Zeiss Biometar pada kamera Pentacon Six TL dan TLR Mamiyaflex yang saya gunakan.

Sepatutnya kamera ini menghasilkan gambar yang sangat sharp. Tetapi akibat dimamah usia, hasil scan filem-filem yang baru diproses ini tidaklah memuaskan dari segi sharpness. Kesan calar dan berbintik-bintik juga saya fikir berlaku akibat lambat diproses. Filem ini sudah expired dan delay bertahun-tahun pula untuk diproses.






Tiada ulasan: