Khamis, 1 Disember 2011

#7: Le Review of CCTV 25mm f1.4 (Part 2)

Bokeh comparison. Lihat Cat's Eye Effect pada lens CCTV.
Sila rujuk artikel Kenrockwell mengenai bokeh (yang saya fikir ia penjelasan paling detail mengenai bokeh di internet). Menurut beliau, bokeh yang bagus sepatutnya (secara sains optik) mempunyai tebing yang lembut (seperti Gaussian blur) hingga tebing bulatan bokeh tak dapat dikenali. Saya fikir bokeh lens pencake Lumix 14mm f2.5 adalah bokeh yang bagus walau pada wide open (f2.5). CCTV 25mm f1.4? Nampak ok dalam kegunaan biasa di bawah cahaya matahari. Tapi bila sumber cahaya dari lampu, lihat ini:

Tebing bokeh yang tidak lembut. Lens CCTV 25mm f1.4
Ya, tebing bokeh yang keras. Klasik.

Bentuk bokeh yang semakin menjauhi center gambar akan terdistort membentuk "mata kucing". Distribusi bokeh yang berjauhan dengan center gambar nampak makin padat. Formation bokeh yang berjauhan dengan center gambar membentuk seperti spiral. Cat's Eye + Spiral Formation, obviously ia membentuk swirl bokeh.

So, bokeh, cats eye effect, adakah ia tak bagus? Bagi saya, ia personal preference. Juga mengikut keperluan tujuan kita menggunakan kamera. Untuk special effect, saya akan pilih lens ini! Untuk fotografi yang memerlukan detail terbaik dan extreme precision, saya akan pilih lens yang bagus untuk kerja itu. Seperti bertanya, "kenapa di zaman moden ini masih menggunakan filem?". Ia ada keistimewaannya yang tersendiri.

Rabu, 30 November 2011

#6: Le Review of CCTV 25mm f1.4 (Part 1)

The ebay CCTV lens. Saya beli lens ini dari ebay dengan harga GBP 25.00 (approximately MYR 124.13) termasuk penghantaran (Standard international postage percuma saja. Takes 2 weeks dispatch dari Shum Shui Po, Hong Kong ke Johor Bahru). Inilah bendanya:

Tertulis: 25mm 1:1.4 TV LENS.
Dihantar hanya dalam envelope, lens ni memang compact dari segi saiz. Saya terima 4 barang. 1 lens, 1 macro ring, 1 C-Mount to Micro Four Thirds adapter dan 1 lens cap. Overall semuanya nampak ok kecuali lens cap yang nampaknya macam plastik murah saja.

Lens 25mm f1.4 ni saiznya sgt compact. Bodynya steel. Aperture ring dari getah yang dibuat bertekstur bergigi. Focusing ring berada di belakang aperture ring (sila ambil perhatian ya!) yang kadang-kadang boleh mengkonfiuskan photographer. Bukaan aperture memberikan bentuk yang pelik. Bukan bulat atau hexagon seperti lens yang biasa kita lihat, tapi bentuk yang tak seimbang seperti segi 4 yang tak sempurna. Saya tak pasti tentang bilangan bilah aperture blade, tapi ikut kiraan saya, bentuk bukaan aperture ada 10 bucu. Aperture maksimum adalah f1.4 dan aperture paling kecil adalah tertutup terus! Walau bagimanapun mengikut label, sebelum aperture tertutup terus, ia adalah pada f8.0. Body lens buatan steel dan warnanya hitam mati. Bahagian sambungan lens pada body kamera ada jalur skru (C-Mount) dan ia berwarna silver.

Bila di mount pada body kamera GF-2, lens ni nampak begitu tak sepadan kerana bentuknya yang pelik dan terlalu kecil walau untuk kamera kecil GF-2 itu. Mount adalah senang, hanya skru lens ini pada adapter yang disediakan kemas-kemas, kemudian pasangkan sahaja pada body kamera seperti mount lens biasa. Tiada electronical contact pada adapter, jadi untuk membolehkan kamera LUMIX GF-2 beroperasi dengan lens ini, maka setting "Shoot without lens" perlu dienablekan.

WARNING! Foto ini boleh membuatkan sesetengah orang rasa pening! Sample photos dari lens CCTV 25mm f1.4: Perhatikan bokehnya swirl (juga dipanggil "Cat's eye effect" kerana bentuknya yang tidak bulat sempurna seperti kebanyakan lens lain)

Walaupun in focus, tapi sharpness hanya di bahagian tengah. Menjauhi tengah, mula jadi OOF.
Aperture wide open at f1.4. 25mm adalah favorite saya untuk crop factor 2.0

Rabu, 16 November 2011

#5: The "Kilatan".

Entri ini sekadar nak berkongsi beberapa gambar yang saya sukai dari koleksi saya yang berkaitan dengan tempat lahir saya, Negeri Kelantan Darul Naim :)

Canon 40D + Canon EF-S 10-22mm f3.5-4.5
View dari tingkap kereta api KTM Ekspress Wau (KL Sentral - Wakaf Bharu) sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung bersama wa mini. Gambar padang rumput ini saya kurang pasti dimana, tapi mungkin ia di area Tanah Merah ke Pasir Mas. 
Sebuah rumah di tengah padang, angin segar bertiup sepoi-sepoi, cukup-cukup tenaga untuk condongkan urat lalang, terkena di muka terasa bugar, jauh terasing dari hiruk pikuk bandar. Saya sayang ini. Janganlah diubahkan. Dibawa itu desini.
Nikon F3 + Nippon Kogaku Nikkor-S 50mm f1.4
Berehat sekejap menunggu masuknya waktu solat Asar di Masjid Muhammadi di tengah-tengah Kota Bharu, saya berlegar-legar di sekeliling bangunan mencari bahan menarik untuk dirakam. Snap! 
Allah hu akbar! Allah hu akbar!
"Bang, bangun bang, dah azan dah.."

#4: O brother where art thou. Korea.

Lihat, saya dapat 1000 won!
Tiba saja di lapangan terbang, saya terus disambar seorang bro korea, offer servis teksi dari lapangan terbang ke bandar Seoul, siap dengan booking hotel sekali. Terpinga-pinga bersama 2 kawan yang lain, lagipun berada di bandar asing, akhirnya pilih juga servis dari orang yang tak dikenali ni. Lagipun dah cukup bagus ada orang mahu ambil tahu. Tip tup tip tup. Sampailah ke bandar Seoul. Masuk hotel.

Termenung kat bilik.

RM270 satu kepala dari lapangan terbang ke hotel. Chaiss betul prebet sapu tadi!
Terpegun mendengar kisah dari rakan yang baru pulang dari Korea beberapa hari lepas. Beliau pergi bersama 2 rakannya yang lain yang sebelum ini pernah ada pengalaman kesana. Kalau dia sanggup pergi 2 kali, bermakna memang betul-betul seronok la ikut fikiran saya.

Orang korea memang kawaii la. Macam filem diaorang. Aku orang malaysia datang sana, terasa kecil saja. Memang takde chance nak tackle awek korea sebab yang laki dekat sana semuanya hensem-hensem pulak. Kalau nak harap melayu ni memang boleh jalan laa... Hahahaha!
Berdasarkan pengalaman yang rakan saya ceritakan, saya boleh simpulkan, masyarakat Korea sangat patriotik. Kenderaan disana 90% keluaran negara mereka sendiri. Begitu juga barang elektrik di hotel. Samsung, LG, Hyundai pilihan kebanggaan mereka. Bahasa juga tak diganggu-gugat dengan bahasa asing. Mereka teruk berbahasa Inggeris, melambangkan kebanggaan dan patriotism mereka dengan bahasa kebangsaan mereka.
Kalau kita di Malaysia, nampak pelancong terpinga-pinga, ada tak kita nak offer diri untuk bantu mereka? Di korea, walau ada masaalah untuk berkomunikasi, tapi mereka tetap berani dengan suka hati untuk tanya anda "Can I help you sir?"
Mengujakan! Suatu hari nanti mungkin? :)

Selasa, 15 November 2011

#3: The GF-2

Memandangkan kamera baru isteri saya hanya menggunakan kitlens 14mm f2.5, jadi saya fikir ada baiknya saya dapatkan satu lens yang bagus untuk dibawa kemana-mana. Maksud saya, normal focal length. 50mm pada perakam 35mm. Disebabkan sistem Micro Four Third (panjang, skrng saya akan guna "m43" untuk Micro Four Third) ber-crop-factor 2.0, jadi nak dapatkan 50mm maka saya perlu cari lens bernilai 25mm. Ni ada masuk gambarnya, Panasonic Lumix GF-2, successor yang tak berapa sakses untuk model sebelumnya, GF-1. Sensor kecik, tapi flange focal distant (20mm) sangat pendek which means, ada banyak ruang untuk pasang adapter (berbanding yang lain, Nikon - 46.5mm, Canon - 44mm, malah Leica M - 27.8mm).

Panasonic Lumix GF-2
Konsepnya begini, kalau kamera ini nak guna lens Nikon F, maka bolehlah diletakkan "pemegang" (adapter) lens yang panjangnya 26mm (46.5mm-20mm) diantara lens dan kamera. Disebabkan kamera ini mempunyai flange focal distance hanya 20mm, maka secara teknikalnya kamera ini boleh mount  lens yang direka untuk:

Samsung NX mount, RED ONE interchangeable mount, Leica M mount, M39 (Leica) Screwmount, Contax G, Olympus Four Thirds System, Konica AR, Canon FL, Canon FD mount, Start (Soviet SLR), Minolta SR mount, Fujica X bayonet, Canon EF mount, Canon EF-S mount, Praktica B mount, Sigma's SA mount, Minolta/Sony A mount, Pentax K mount, M42, Contax C/Y Mount, Olympus OM mount, Nikon F-mount, Leica R mount, Arri PL, T mount dan Mamiya 654.

CCTV? Yaa.. CCTV lens juga :) Juga, petang tadi saya baru selesai menempah satu CCTV lens dari ebay untuk digunakan pada ini. Banyak online survey yang saya lakukan dan hasil dari CCTV lens memang tak boleh dipandang remeh. Cat's Eye Effect antara yang menarik terhasil dari optik CCTV. Mengikut seller saya, lens itu katanya akan tiba dalam 2-4 minggu lagi, shipped dari Hong Kong melalui penghantaran parcel ekonomi. Setibanya lens itu, insyaAllah saya akan terbitkan lagi artikel untuk review optik CCTV pada Panasonic Lumix GF-2.

By the way, ini adalah item ebay yang telah saya beli, CCTV 25mm f1.4 C-mount dan disertakan bersama adapter C-mount ke m43 serta macro ring. Hasil gambar dari lens yang sama di flickr bagi saya sangat intriguing dan mengujakan hingga ia boleh mengganggu tidur.

Rupa bukan segalanya. 25mm 1.4. So murah, so small, so ugly, yet so bagus!

#2: Introduction 2

Rasa susah nak mulakan post pertama di blog ni. Saya rasa tulisan saya kurang/tidak matang dimana-mana saya post. FB, Tumblr, VOX, semuanya rasa pelik bila dibaca semula. Post ini dan sebelumnya pun saya pasti akan rasa semacam bila saya bacanya semula dimasa depan. Saya admit, tulisan saya tak matang. Dengan wujudnya blog ini, harapnya dapatl la saya melatihkan diri selain bermonolog di alam siber ini.

Writing style saya, kadang-kadang agak kaku, susah nak faham, berbelit-belit, salah penggunaan kata etc. Saya suka tulis satu sentence dan baik pulihnya semula kemudian, dan kadang-kadang ini menyebabkan error kerna tak teliti membaiki semula struktur ayat. Contohnya, ok:

"Kilang Lynas selamat radiasi sebab radiasinya sedikit. Tapi lagi bagus tak ada radiasi terus dari ada sedikit"

Progression 1

"Kilang Lynas selamat radiasi sebab radiasinya sedikit. Tapi lagi bagus tak ada radiasi terus sebab ada sedikit pun masih jugak ada radiasi ada sedikit"

".. ada sedikit"  tu lah biasa error yang saya selalu saya buat. Okeh bebeh. Apapun saya akan dilihat (buat masa ini) akan menggunakan bahasa seperti ini untuk bermonolog disini.

Note: "Saya", kata nama pertama, "kamu" ke dua, "dia" kata nama ke tiga, dan bold+italic untuk "stream of consciousness".

#1: Introduction 1

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

In case of Amnesia: A Memory Database by Mr.Harmonies. Saya mungkin berangan saya Amnesia tanpa didiagnosis dari pakar, tapi apapun saya fikir suatu hari nanti saya akan kehilangan apa yang saya tahu sekarang ini. So, ini wujud. Seperti the moleskine diari tu. Cuma, siapa perlu diari 100 ringgit lagi bila dah ada ini dan itu.  

* Tapi nice jugak kalau dapat print ke moleskine. By the way, saya baru disini dan background page ini reminds me pada blouse isteri saya :)