Isnin, 13 Februari 2017

#153: Film Review: Pontianak Gua Musang (1964)


Pontianak Gua Musang (1964) arahan B.N. Rao, ambe tonton ni minggu lepas (last sekali ambe tonton seingat ambe bersama arwah ayah ambe dulu). Ambe rerun filem ni dan disini ambe nok nyatakan ni adalah filem horror berkualiti keluaran tempatan. 

Spoiler alert! Di akhir filem ni ambe dapati filem ini langsung tiada hantu pun dan ada penjelasan untuk semua kejadian. Walaupun heavily mixed dengan kepercayaan melayu lama pada jembalang, pontianak, jin, syaitan etc, tapi diakhirnya kebenaran terbongkar, semuanya hanyalah ilusi dan imaginasi dalam kepala si antagonis sahaja. Ambe dapati jalan filem ni agak moden (memandangkan tidak wujud pun hantu yang sebenar). BTW, tarian hantu oleh Mat Sentul dan Wahid Sate sangat surreal! Ambe rate filem ni 7/10. Highly recommended!
IDK, maybe ni poster dari tahun 1964

Scene ni surreal gila!

#152: Film Review: Raja Bersiong (1968)

Bukan cover asal, tapi ini awesome!
Ahmad Mahmud & Sarimah
Raja Bersiong (1968). Ambe dapati kita ada 2 filem tentang Raja Bersiong, satu dikeluarkan pada 1961 dan lagi satu 1968. Versi 1968 adalah dalam filem berwarna (Eastman Color). Ambe tonton 1968 kelmarin.

Sambil menonton, ambe ada terjumpa scene yang ambe fikir agak controversial, jadi ambe cepat-cepat wiki tentang kisah Raja Bersiong. Hikayat Raja Bersiong berlaku di zaman Pre-Islamic dan ambe dapati filem ni sangat menekankan "historical accuracy" di zaman sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu. Yep, zaman tu orang tempatan masih menyembah berhala, (mungkin beragama hindu atau buddha) dan ya, babak ini di filemkan dalam filem ini. Mungkin akan ada yang rasa kurang selesa, tapi itulah sejarah pre-islamic di Tanah Melayu.

Pada awal menonton filem ni, ambe boleh rasa ini bukan projek filem biasa-biasa. Raja Bersiong naik gajah dan diikuti oleh lebih kurang 100 askar dibelakang, lengkap dengan kelengkapan, memasuki pagar istana yang ambe agak-agak, 20 kaki tingginya, serta pintu istana setebal 2 kaki. Ini filem mahal! Dan, melalui wikipedia jugak ambe dapat info, kos pembuatan filem ni hampir RM800 ribu, iaitu 10 kali ganda melebihi average kos filem-filem lain di zaman itu.

Filem ini difilemkan dengan baik. Cuma mungkin akibat umurnya yang dah uzur, agak susah sekarang nak dapatkan kualiti yang bagus, Jalan cerita yang agak kompleks, ada elemen gory, cannibalism (minum darah manusia sahaja), mysticism, juga ada pergaduhan geng rebellion dengan geng setia, ada selit kisoh cinta, penyesalan etc. Ambe rate 7.5/10 untuk filem ni. Highly recommended!

Isnin, 6 Februari 2017

#151: The Best Microsoft Office Free Alternative

Microsoft Office 2016 suite.
Sejak Microsoft Office menggunakan marketing strategy secara subscription bayaran bulanan/tahunan, ambe mula cari alternatif lain bagi menggantikannya. Memang tak dinafikan Microsoft Office memang industrial standard untuk penghasilan dokumen / presentation / spreadsheet, tapi soal wang perlu diambil kira jugok. Ambe cuba bermacam alternatif opensource antaranya Apache OpenOffice, LibreOffice, GNUMeric etc. Tak ada satu pun yang boleh challenge features MS Office Suite.

WPS for Android
Baru-baru ni ambe ada install apps office dalam fon Android ambe. Ambe dapati, interface apps office dalam fon cukup moden dan mampu edit dokumen dengan baik. Hingga satu tahap, ambe fikir office untuk mobile device ini lebih baik dari sesetengah alternatif opensource untuk komputer desktop. Ambe install app bernama WPS Office for Android.

Disebabkan ambe agak kagum dengan performance dan user interface WPS Office di mobile device, hati ambe tergerak untuk search developer software ini. WPS sebenarnya mempunyai sejarah software development yang panjang. Sebelum ini dikenali sebagai KingSoft, dan based in China, dulunya (80s) developer untuk word processor untuk MS DOS.

WPS Office 2016 Spreadsheet
WPS Office 2016 Presentation
Ambe terkejut gok, di page WPS Office jugak ada Office suite untuk desktop, dan menarik lagi, ia FREE! Tambahan dengan 1GB cloud storage (jadi kamu boleh simpan file kamu di WPS Cloud, seperti cloud OneDrive!) juga secara percuma!

Ambe download dan install WPS Office 2016 (saiz installer jugak sangat kecil, ~70MB sahaja, berbanding MS Office, ~1GB. Interface WPS Office 2016 adalah modern, dan menyamai UI MS Office 2016 (toolbar ribbon). Interface WPS Office 2016 amat familiar jika kamu pengguna MS Office dan learning curve kamu akan jadi singkat.

Setakat ini, WPS Office 2016 lah alternatif terbaik untuk Microsoft Office yang ambe pernah cuba. Interface yang modern, features yang sangat mirip dengan MS Office. Highly recommended!