Selasa, 22 Disember 2015

#140: Film Review: Stand by Me Doraemon (2014)

Stand by Me Doraemon (2014). Ini mungkin bunyi macam childish untuk seorang yang dewasa, tapi Doraemon adalah antara karakter favorite dalam alam childhood ambe. Filem 2014 ni ambe baru tonton 2 hari lepas bersama Omar.

Ambe ingat filem ni macam kebanyakan filem kanak-kanak, tapi ambe silap. Sebelum ni memang ada filem kartun Doraemon yang "feature-length" (bukan siri TV 30 minit tu) dan ia memaparkan kisah yang jauh lebih kompleks dari siri TV Doraemon. Stand by Me Doraemon (2014) adalah filem 3D dari francaise ini yang melebihi expectation ambe. Filem ni kaya dengan scene lucu, sweet, sedih, grafik yang cantik, karakter yang comel, kisah cinta Nobita dan Sizuka, kisah buli Nobita yang incompetent dan selalu dibuli dan "paradox time travel". Ya! Paradox Time Travel! Sesuatu yang ambe fikir terlalu rumit untuk targeted audience kanak-kanak faham idea tu. Ambe bagi 7.5/10 untuk filem ni!

Stand By Me Doraemon (2014) trailer

Isnin, 14 Disember 2015

#139: Benefiting Spreadsheet App in Calculating and Displaying Data

Urodynamic Test
Baru-baru ni ambe baru di tukarkan ke unit lain kerana ambe dah berkhidmat di tempat yang sama dah melebihi 3 tahun. Tempat baru ambe adalah di bahagian Klinik Pakar. Di bahagian Klinik Pakar, ambe lebih banyak terlibat dalam kerja-kerja yang lebih khusus.

Satu hari ambe dikehendaki membantu satu ujian perubatan yang dinamakan UDS (Urodynamics Study). Disebabkan itu pertama kali ambe membantu dalam prosedur ni, ambe hanya ada idea yang kasar bagaimana prosedur ni berfungsi. Ambe hanya membantu dalam prosedur nursing sahaja (contohnya memasang catheter dan menyambung probe pada kulit). Selepas prosedur ni selesai, ambe ada mendapat gambaran aliran begini: 
  1. Pundi kencing di kosongkan. 
  2. Cecair (Normal Saline) yang akan dijadikan alat-ukur (reference) dimasukkan dalam pundi kencing dalam kuantiti yang dikawal. 
  3. Proses menunggu pesakit memberikan 4 jenis signal (rasa hendak kencing dari sedikit hingga tak tahan) dan ia ditandakan atas timeline. 
  4. Aliran cecair dihentikan. Patient akan diminta untuk kencing. 
  5. Lebihan cecair dalam pundi kencing di keluarkan dan disukat.
Ideanya begini, bila bertambahnya isipadu air dalam pundi kencing, contohnya bila 200ml cecair yang menjadi reference di masukkan dalam pundi kencing dan subjek rasa sangat tak tahan nak kencing, maka nilai 200ml tu ditandakan sebagai satu "milestone" yang memberikan sensasi "sangat tak tahan nak kencing" pada subjek.

Polyuria
Pegawai pengendali prosedur ni bagitahu ambe, masaalah timbul bila sangkaan kita, 200ml cecair reference dimasukkan dalam pundi kencing, tapi hakikatnya sepanjang prosedur, buah pinggang subjek masih menghasilkan urine. Jadi, jika proses memasukkan cecair reference sebanyak 200ml dilakukan dalam masa 2 jam, maka sebenarnya jumlah sebenar dalam pundi kencing adalah lebih dari 200ml kerana buah pinggang juga menghasilkan urine selama 2 jam tersebut. Bayangkan dengan lebihan beberapa ratus ml, tapi reference adalah 200ml. Lebih teruk lagi, dalam kes Polyuria (penghasilan urin berlebihan), contohnya 200ml cecair dimasukkan, bila jumlah kiraan akhir dibuat, rupanya terdapat 450ml didalam pundi kencing. Fenomena ini sangat mengganggu dalam mendapatkan keputusan yang tepat.

Terdapat effort yang dibuat untuk mengurangkan ralat ini. Antaranya mengawal diet pesakit sehari sebelum prosedur dengan tidak memberikan air berlebihan, kopi (sebab ia natural diuretic) etc, tapi kadang-kadang hal ini masih lagi berlaku. Ambe cuba dalami hal ini dan ambe fikir masaalah ni boleh diatasi dengan mathematical calculation dan ambe juga fikir ini masa yang sesuai untuk mengambil benefit dari aplikasi Spreadsheet untuk memudahkan kerja-kerja pengiraan.

Benefiting Spreadsheet Application
Masa-masa ini perlu direkod
Idea ambe begini, kalau seorang pemandu kereta memandu pada kelajuan constant 80 km/j, selepas 2 jam, pada jarak berapakah beliau? Jawapannya 160 km. Ambe cuba apply kiraan ni dengan rate penghasilan urine oleh subjek sepanjang tempoh prosedur. 

Disebabkan masa prosedur yang tidaklah terlalu panjang, ambe anggap rate penghasilan urine adalah tidak berubah (citation needed). Terdapat variable yang diketahui oleh pengendali prosedur iaitu, masa pundi kencing kosong, masa cecair dimasukkan, masa cecair berhenti dimasukkan, masa pundi kenci di kosongkan semula, jumlah cecair reference yang dimasukkan dan jumlah keseluruhan cecair + urine di akhir prosedur.

Dari variable-variable berkaitan masa ni ambe boleh dapatkan suatu tempoh yang boleh dijadikan rujukan. Ambe gunakan Microsoft Excel untuk buat pengiraan tempoh masa, contohnya cell A1 adalah masa pundi kencing dikosongkan diawal prosedur dan A2 adalah masa pundi kencing dikosongkan semula di akhir prosedur, maka bolehlah gunakan formula =(A2-A1)*24*60 untuk dapatkan tempoh masa beza A2 dan A1 dalam minit. Jika jumlah cecair reference bercampur urine di akhir prosedur adalah 500ml, berapakah jumlah urine didalam cecair itu? Jawapannya, 500ml ditolak dengan variable jumlah cecair reference yang dimasukkan.
Mengira tempoh beza 2 masa dan rate penghasilan urine serta rate aliran cecair reference
Dari semua variable-variable yang ada, ambe boleh dapatkan kiraan-kiraan yang berkaitan, contohnya rate penghasilan urine sepanjang tempoh prosedur, peratusan urine dan cecair reference, berapakah jumlah urine pada minit ke berapa, berapakah jumlah cecair yang dimasukkan pada mini ke berapa etc. Dengan semua nilai-nilai ini, susunkan ia dalam bentuk jadual untuk langkah seterusnya menghasilkan chart dengan paksi X sebagai timeline dalam minit. Ta-da!
Jadual sebagai persediaan data chart
Masukkan chart dalam spreadsheet dan gunakan jadual ini sebagai sumber data (select data). Untuk jadual pertama, plot data NS, URINE dan URINE+NS sahaja. Untuk paksi X, gunakan MINUTE. Paksi Y adalah volume dalam mililiter. Ta-da!
Chart yang di plot berdasarkan jadual. Klik untuk besarkan
Jika tadi pesakit memberitahu beliau rasa tak tahan untuk kencing di minit ke 80, dimana ketika itu 230ml cecair reference berada didalam pundi kencing, dari chart ini boleh juga rujuk jumlah urine yang sudah terkumpul pada waktu itu iaitu 177.78ml dan jumlah sebenar cecair dalam pundi kencing adalah 407.78ml. Lihat chart ini pada paksi X, pada minit ke 80, ada 177.78ml urine dan 230ml NS!

Data peratusan URINE/URINE+NS dan peratusan NS/URINE+NS tak boleh dimasukkan dalam chart diatas kerana ia dalam bentuk peratusan. Jadi, masukkan lagi satu chart dengan remaining 2 column. Chart ini dalam unit peratus. Ta-da!
Peratusan nisbah URINE dan NS berbanding masa